Monday, May 31, 2010

Lebuhraya KL-Seremban Ramai Penyamun/penyagak


Semenjak sebulan dua ni selang dua hari, kadang-kadang tiap hari kena turun Seremban. Aku dah tahu sangat dah kat mana selalu ada perangkap laju ni, Selalunyer kat seafield atau kat Nilai tu. Semenjak dua menjak ni hujan tak menentu kadang pagi, kadang petang mesti hujan. Hari ni masa perjalanan balik ke Damansara hujan sesunnguhnye lebat sampai tak nampak Jalan, sampai aku yang power ni serender behenti seketika...Sebenarnyer Aku nak Story satu kisah terkena dengan Call men dekat Lebuhraya Seremban akhir tahun lepas...

MALAM tuu Bos suruh aku turun JB, bawak budak dengan barang-barang nak siapkan pojek kat JOhor. Aku pulak masa tuu leka la pulak tak tengok keadaan Enjin, nak dijadikan cerita...Aku baru perasan enjin bau semacam, bila tengok temperature.... TUUUu Dia ponya laa tinggi, terus aku berhenti tepi hiway. Apabila bukak tempat Radiator kering kontong, tiba-tiba entah dari mana dua orang Call Men berbangsa India(SIAL) datang dengan mulut yang manis dan sungguh BERBAHASA. Diorang datang seberang hiway rupenyer. Aku pun tak biasa tempat tuuu...SORANG berbangsa india pun berkatalah "ABG NI SENANG SAHAJA, KITA TARIK PERGI BENGKEL SEKEJAP SAHAJA... UPAH DALAM RM60.00 SAJA SETEL LAA" apesal laa aku bengung tak tunggu PLUS..

BIlA dah tarik tuu dah sampai bengkel, tiba-tiba pomen tuu kata "BOS Ni GASKET DAH KONG KENA overhaul.." aku tanya harga dia kata kena RM500, Esok confirm siap..
DIpendekkan cerita Bos aku terpaksa membayar hampir RM2000.00 dengan enjin bunyi macam. Aku pergi tanya bengkel budak-budak melayu kat situ memang ramai dah kena, hampir setiap hari..ramai yang dah report kat POLIS Seremban tapi sampai sekarang perkara sama berlaku.(ADA seseorang melindungi sindiket ni).Moralnyer kalau kereta rosak tunggu laa PLUS, kalau ada saudara dekat situ mintak laa diorang tolong jangan nanti disembelih oleh orang ni.

NOTE; aku punya Touch N go pun depa sapu, diorang tukar dgn yang lain..(Sial ponya kel########33

Sunday, May 30, 2010

Musim durian...dah mule

TOk Ketua kampung tanjung kasau

HYE...semalam mak aku telepon, katanyer durian dah mula luruh..TAPI buah yang lain-lain mcm moktang(rambutan), mangges, langsat, dokong bulan depan boleh la makan kot. Jadi aku rasa elok sangatlah aku pulang ke kampung minggu depan, sambil makan beberapa kenduri kawen sempena cuti sekolah kat kampung tu, boleh gak balik mengkedarah Duian, kalau ada lebih tuu boleh gak bawak balik Kolumpo..pas-pas kat kat sedara...kawan-kawan. Semalam Mak cakap ada buat kunduri kecik-kecik makan pulut duian ni..ada laa baca tahlil untuk orang dulu-dulu. Aku boleh layan pengat durian jer, kalau yang campur santan tuu tak berapa laa...Ok laa layan jer lagu OS ni.....

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)

Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)

* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)

Siapakah Elon Musk ?


Aku terbaca artikel ni dalam Mingguan malaysia hari ni, sebenarnya aku pun tak pernah dengar nama ni, Elon Musk seorang saintis yang bijak yang berasal dari Afrika Selatan, aku kalau baca cerita macam ni memang layan, kadang-kadang boleh gak digunakan untuk goreng orang... hehehe. Sekali sekala kita layan artikel macam ni bagus jugak, bukannya nak tunjuk pandai tetapi setidak-tidaknya dapat jugak kita mengambil teladan. SIAPAKAH ELON MUSK...Artikel panjang sikit..RAMAI daripada anda mungkin sudah menonton wayang The Iron Man 2. Tentu anda sudah kenal watak utama yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. iaitu Tony Stark. Walaupun Iron Man itu sememangnya rekaan komik semata-mata tetapi watak Tony Stark adalah disandarkan kepada seorang genius yang benar-benar wujud!

Memperkenalkan Elon Musk. Pelik nama ini. Untuk seorang lelaki kulit putih berasal dari Afrika Selatan, tiada yang pelik sangat sebenarnya pada nama itu. Tetapi bagaimana dia dikaitkan dengan watak Tony Stark?

Pertamanya, dia terbabit dalam ledakan Internet, malah mencipta kekayaan pertamanya menerusinya. Kemudian dia terlibat pula dalam mencipta roket untuk bukan sekadar ke angkasa lepas tetapi sasaran ke Planet Marikh. Musk juga menarik perhatian penggemar automotif dengan model kereta elektriknya, Tesla Roadster. Paling terbaru, Musk termasuk dalam senarai majalah Time '100 orang yang paling bakal memberi kesan kepada global pada tahun 2010'. Teristimewa, artikelnya ditulis sendiri oleh pengarah filem Iron Man 2 tersebut iaitu Jon Favreau yang mengesahkan Musk menjadi inspirasi kepadanya dalam penghasilan filem yang hangat ditayangkan sekarang. Selain itu, Musk juga dilapor membenarkan pejabat SpaceX dijadikan lokasi penggambaran babak Stark membina baju perisainya.

Ternyata watak Tony Stark adalah personifikasi kepada Elon Musk iaitu seorang jutawan tetapi pada masa yang sama, adalah jurutera luar biasa yang terbabit dalam bidang roket, angkasa lepas, kereta elektrik, tenaga solar dan Internet. Manusia pintar sebegini, hanya muncul dalam bilangan kecil setiap satu generasi.

Malah, membaca kisah latar belakangnya, terasa lebih menyeronokkan dan lebih merangsang motivasi berbanding membaca kisah Bill Gates. Satu daripada artikel panjang yang cuba menghuraikan keperibadian Musk ialah tulisan Andrew Corsello dalam majalah GQ terbitan Februari 2009.

Menurut Corsello, pada usia enam tahun lagi, Musk rajin membaca dan tidak melupakan fakta-fakta yang diserapkan ke mindanya. Adiknya akan bertanya 'berapa jauhkah agaknya tinggi bulan di angkasa'. Kakaknya menjawab 'satu bilion kilometer!. Dan Musk, tersenyum dan berkata, 'sebenarnya, jaraknya ialah 384,400 km'. Kedua-dua adik beradiknya tersentak dan merenungnya dan Musk menyangka kesenyapan itu 'jemputan' untuk bercakap lagi, berkata, 'pada kadar purata'.

Berpengaruh

Majalah Esquire pula pada keluaran Oktober 2008 menyenaraikan Musk dalam 75 orang paling berpengaruh di dunia. Di situ, dia menjelaskan mengapa dirinya memberi tumpuan besar kepada usaha penerokaan angkasa lepas. Secara ringkasnya, Musk berhujah kemungkinan dunia berdepan dengan risiko terkena tahi bintang atau letusan gunung berapi raksasa yang akan memusnahkan manusia di muka bumi. Jalan paling wajar, ialah meneroka kehidupan di luar Bumi.

Atas alasan ini, dia memulakan SpaceX. Musk berazam untuk membawa manusia ke angkasa lepas dengan menghasilkan teknologi roket dan pada masa yang sama, memastikan kos membawa manusia ke angkasa lepas boleh dinikmati ramai.

Masih belum jelas siapa Musk? Pada usia 24 tahun, Musk menghentikan pengajian peringkat doktor persuratan (Ph.D) dalam bidang fizik di universiti tersohor Stanford tidak sampai 48 jam selepas mendaftarkan diri pada 1995. Dia memilih untuk menjadi pereka perisian komputer menerusi syarikat Zip2 dan empat tahun kemudian menjualnya pada harga AS$307 juta kepada Alta Vista, satu bahagian dalam Compaq.

Hasil daripada jualan itu, Musk bersama beberapa rakan melancarkan X.com iaitu syarikat perkhidmatan kewangan dengan kaedah pembayaran menerusi e-mel. Pada tahun 2000, X.com bercantum dengan Confinity, sebuah syarikat yang asalnya ditubuhkan bagi menyalurkan wang antara perkakasan Palm Pilot dan entiti yang digabungkan menerusi pembayaran e-mel menerusi PayPal, yang dimiliki oleh Confinity. Pada Februari 2001, X.com menukar namanya kepada PayPal. Pada Oktober 2002, PayPal dibeli oleh eBay pada harga AS$1.5 bilion dalam bentuk saham. Sebelum jualan itu, Musk sebagai pemegang saham terbesarnya, memiliki 11.7 peratus ekuiti.

Meneruskan cita-citanya, Musk melancarkan syarikat ketiganya, Space Exploration Technologies (SpaceX) yang kini dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. SpaceX membangun dan mengeluarkan roket ke angkasa lepas.

Pada 23 Disember 2008, SpaceX diberi kontrak bernilai AS$1.6 bilion oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) untuk melancarkan 12 penerbangan roket angkasa lepas Falcon 9 dan Dragon ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi menggantikan Space Shuttle yang dihentikan perkhidmatan tahun ini.

Di peringkat permulaan, roket milik Musk itu berfungsi mengangkut kargo manakala angkasawan menaiki roket Rusia, Soyuz. Pada masa ini, Musk masih melobi untuk mendapat kontrak mengangkut angkasawan AS ke ISS.

teknologi

Kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan mengenai industri angkasa lepas. Selama ini, ia dikuasai oleh syarikat gergasi seperti Northrop Grumman, Lockheed Martin, Boeng dan sebagainya. Malaysia sendiri menggunakan teknologi firma Perancis untuk melancarkan satelit Measat. Tetapi SpaceX ini lahir sebagai sebuah 'syarikat baru bermula' tetapi kerana ia didokong oleh manusia pintar seperti Musk, era angkasa lepas diteroka oleh syarikat biasa, sudah bermula.

Sebagai penggemar kereta, saya mengaku pertama kali terbaca mengenai Musk bila dia memperkenalkan kereta elektrik Tesla Roadster pada Oktober tahun lalu. Tatkala persoalan mengenai pentingnya industri automotif mencari sumber alternatif kepada bahan api tradisional iaitu minyak petrol dan kemudian terdengar keluhan pembuat kereta bahawa kos melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kereta elektrik sangat tinggi, tiba-tiba Musk muncul dengan Tesla Roadster.

Lebih memalukan industri automotif global, Musk bukan orang yang dikenali pun sebagai 'orang automotif' seperti Carlos Ghosn misalnya. Namun, kemunculannya bersama Tesla adalah manifestasi wawasannya untuk mewujudkan persekitaran lebih hijau kepada Bumi. Malah, Tesla disasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang mampu dimiliki oleh ramai orang. Tesla Roadster mungkin sedikit premium tetapi Musk berhujah bahawa harganya yang mahal bertujuan menampung kos R&D untuk model untuk pengguna umum kelak. Sudah ada majalah automotif menyamakan wawasan Musk dengan Henry Ford yang menghasilkan Model T untuk kegunaan rakyat umum.

Lebih menarik, Musk menawarkan kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta supaya menggunakan enjin elektrik yang dikeluarkan oleh Tesla Motors supaya boleh menjadi pemangkin kepada R&D kereta elektrik masing-masing. Harap Proton mengambil perhatian dalam hal ini. Talian hubungan Tesla Motor boleh diperolehi di www.teslamotors.com

Nanti bila Elon Musk berkunjung ke Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan mendengar ceramahnya. Ia pasti menjana semangat untuk memajukan diri tanpa sekatan waima ke angkasa lepas sekali pun!

Saturday, May 29, 2010

Budak Kecik HIsap Rokok..40 btg sehari

Baru tadi aku terjumpa gambar ni, memang power budak ni... aku hisap rokok pun lepas dapat kerja video

Friday, May 28, 2010

Tip Untuk Mengelakkan Kena Saman


SEBAGAI pengguna jalan raya, kita kena laa ambik tahu serba sikit perkara ni, Sebenarnya sebagai pengguna Jalan raya macam AKu ni yang selalu pergi sana pergi sini, macam-macam aku jumpa dan kadang-kadang bila memandu terleka, cuai seperti tak pakai tali pinggang, laju, langgar lampu syarat, himpit menghimpit(masa jem la). Tetapi kalau kena perangkap laju tuu tak tahu laa nak elakkan sebab abg trafik letak kamera kat tempat kita tk nampak, cuma kalau kereta dari depan tu dah bagi Lampu, terutama kat Lebuhraya pandai-pandai la Slowkan sikit....sila KALAU lampu syarat ni selalu terkena sebelah malam biasanyer kat Bandar Besar macam Kl, PJ ni laa. Ingat boleh lepas kuning tuu tiba-tiba ada ABANG kat depan, DALAM kes tak pakai tali pinggang ni kadang-kadang jalan tu kita tahu selalu ada ABG trafik, tapi mungkin hari tuu nak cepat baru lepas makan ke, pusing-pusing bawah jambatan terkena hari tu ada operasi. CARAnya Beri salam dulu, Terus mengaku "ADUhhh tak pakai tali pinggang la tadi Abg" lepas tuu sembang dengan dia elok-elok buat lawak sikit, Saya kerja dekat-dekat sini je Abg nak pegi Putrajaya bos suruh( Kelentong laa mana-mana pun) "Abang Saman ni berapa ratus.....aduhhhh banyak tuu kalau bagi Org tua kat kampung Sukor rahmat tuu" bila DIa dok membebel tuu terus counter attack "ABang Boleh Adjust" Bila dia kata "BERAPA" cakap je adaa dua merah je.. terus tarik pelan-pelan lipat kecik bagi je. "THANK u brader; Moralnyer bawak sembang dulu, diorang pun manusia gak sama macam kita dok kat tengah panas terik tuu. Semuanyer dalam kepala bila nak rehat tu...(KADANG-KADANG satu merah pun boleh jangan la cakap duit banyak, cakap laa Semalam Duit saya banyak penuh dalam beg ni, bayar tu bayar ni..ada ni banyak ni lagi

Wednesday, May 26, 2010

Cium Molop tuu.....


cerita ni aku kisarkan berdasarkan pengalaman aku laa dulu-dulu, yang aku tengok depan mata aku sendiri. Tapi sekarang ni tak terjumpa pulak adegan-adegan macam ni lagi. Kejadian ada yang berlaku siang hari dan ada yang berlaku malam hari. ERmm macamana laa aku nak gambarkan kat engkorang ni. Aku cuba laaa yang terbaik..kalau NAk jugak tahu sila

PADA Satu hari tuuu aku baru balik dari Shah Alam, kejadian berlaku lepas tol Batu 3, tiba-tiba aku terpandang sebuah kereta Kelisa kat tepi jalan, aku nampak satu pasangan tersebut berpeluk selamba tepi hiway macam adegan filem melayu, mungkin baru lepas gaduh kot ker masuk jembalang ke (hero tk paham betul la)why tepi hiway.

Cerita lain pulak...PAda satu petang indah tuu aku dari Sri Damansara sedang menuju ke Sungai Buloh, macam biasa mata aku liar memandang sekeliling TIBA-TIbA...aku ZoOOM OUt>ternampak (jenis kereta aku tak ingat Mungkin Kancil) macam tadi kereta tuu park kat tepi jalan gak alaa tepi org jual pokokbunga tuu..aku kat line kiri, jalan sibuk gak hari tuuu dari tepi nampak tingkap terbukak WEIIii Aku NAMpAK satu pasangan ni.. diorang selamba jerr cium molop kat situ, aku yang sepintas lalu terlihat adegan tuu tercengang, muskil. (dalam kepala betul ka tadi tu)...ramainya tengok

ada lagi cerita tapi bos suruh buat Shop drawing pulak. Lama tak godek Autocad ni

Tuesday, May 25, 2010

PEJABAT UNTUK DISEWA


PEJABAT untuk disewa dari RM600.00- hingga RM5000.00
LOKASI ARA DAMANSARA< TAIPAN 1,2 OASIS dan Puncak DANA sila email ke sabre300@gmail.com link ke sini0136765630 SABRE 1

Monday, May 24, 2010

Kereta Aku kena Pecah ...babi punya ke#####g........


Petang tadi masa aku nak alih keta aku terperasan... pesal pa lain macam jer dlm keta aku ni, rupanye dah kena masuk dengan penyamun.Sebenarnye kat opis ni dekat dia punya design lain macam sikit, Shoplot kat sini dia ada basement masing2,jadi kat sebelah Opis aku ni sebelah yayasan Hepar malaysia ada lagi parking kosong, aku pun selalu port kat situ sebab teduh tak kena hujan. Petang tadi aku nampak beberapa keling dok minum todi kat situ,errmm 3 biji moto kot, aku ingat takde pe laa berlaku walaupun aku rasa tk sedap hati, Kereta aku ni pulak alarm dah rosak..tapi mcamner diorang boleh bukak pintu aku tuu ishh ishh) lepas aku confirm memang dah keta aku kena selongkor, aku check duit syiling jer hilang, pastu ada la beberapa kad yang tak aktif. Besok memang aku nak cari keling ni, apa nak jadi-jadilah

Friday, May 21, 2010

Bila BLog Aku Menjadi Bahasa Inggeris


Rupa-rupanyer baru aku sedar blog ni boleh ditukarkan bahasa menjadi bahasa inggeris..Lambat betul laa aku explore menda ni. Itu laa tak bertanya pada Orang..Tapi bahasa yang diterjemahkan itu ada yang berbunyi betul tapi banyak yang bunyi lain

Andartu Terlampau

seksinyer haliza ni
Filem yang dilakonkan oleh haliza misbun dan dikeluarkan oleh syarikatnyer sendiri> Dibintangi oleh adik Iparnyer awie, Fahrin ahmad, Ari Wibowo, dibantu oleh Erra Fazira dan Azhar Sulaiman, Fara Fauzana, Datuk Jalaludin Hassan, Dato’ Haji Rahim Razali dan ramai lagi.. Tapi kalau anak teruna yang belum kawin macam aku ni dipanggil apa pulak yerr ermmm hehe. Sinopsis cerita ni berkisarkan kalau rajin bacalah kalau malas takdak sapa nak marah. Begini seh...Cerita yang mengisahkan tentang seorang gadis lewat 20an bernama Nik Melati Sukma yang tertekan gara-gara masih lagi belum kberkahwin. Pelbagai usaha dilakukan oleh kedua orang tuanya iaitu Fatimah dan Nik Mat bagi membolehkanya bersetuju untuk berkahwin sehingga sanggup 'mix and match' anaknya itu dengan calon yang dirasakan mereka sesuai. Namun Nik Melati Sukma atau Nikki nekad mencari jodohnya sendiri.

Pelbagai peristiwa lucu yang melingkari perjalanan Nikki dalam usahanya mencari calon suami sementelah ibunya Fatimah telah memberi kata dua:seandainya tidak membawa pulang calon suami dalam masa 21 hari, maka Nikki tiada pilihan melainkan terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya itu serta persetujui bersama oleh bapanya Nik Mat.

Dalam melayari pelbagai senario bersama senarai calon-calon suaminya yang panjang, Nikki semakin lelah kerana apa yang dimahukannya tidak diperolehinya. Putra Aziz Al-Biruni; anak rakan baik ibunya, walaupun tampan namun kerjayanya sebagai peguam menjadikan sifat yang suka berperang di mahkamah bagi menegakkan kebenaran terbawa-bawa hingga ke luar dan ini turut melemaskan Nikki.

Maka Nikki yang amat terkenal dengan sifatnya ynga 'impulsive' lantas mengambil keputusan nekad untuk berkahwin degan Omar Shariff, lelaki yang sentiasa ada dalam hidupnya sekian lama. Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila Nikki bertemu kembali kekasih lama yang dicintainya sewaktu di universiti dulu iaitu John Johny Johnathan.

Paling tragis sekaligus membuatkan Nikki berfikir dua kali samada untuk meneruskan pernikahannya dengan Omar Shariff atau tidak ialah, apabila John Johny Jonathan melamarnya pada hari pernikahannya itu. Apakah sifat impulsive NIkki kali ini mampu mendorongnya untuk membatalkan pernikahan dengan Omar Shariff di saat akhir?Jawapanya ada di dalam Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!


Sinopsis Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami

Thursday, May 20, 2010

Perogol Kacak Di Penjara 150 Tahun, 24 Sebatan

Ambik..itula berita yang aku baca tadi, lalu aku pung membuat teori la dengan kawan-kawan aku, kemungkinan dia ni ada bela something ni, ada memakai..Ceritanyer macamni
Seorang peniaga kecil yang digelar “perogol bersiri” oleh polis dihukum penjara 50 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari selepas mengaku bersalah terhadap 15 tuduhan iaitu enam kes rogol, dua kes percubaan merogol, satu kes seks luar tabii dan enam tuduhan merompak sejak Mei 2007 sehingga November tahun lepas.. Rashidi Omar,29, dari Durian Tunggal dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain setelah dibacakan pertuduhan dan fakta kes dalam prosiding mahkamah yang berlangsung dari pagi sehingga keputusan hakim dibacakan kira-kira 5 petang.

Pendakwaan kes yang dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin dan Haslida Ismail telah menarik perhatian orang ramai yang memenuhi semua tempat duduk dalam mahkamah.

Mengikut fakta kes, kesalahan pertama dilakukan Rashidi ialah merogol seorang kanak-kanak berusia 7 tahun 10 bulan pada 24 Mei 2007 di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate di Jasin dan kesalahan terakhir pada 21 Nov 2009 sebelum ditangkap polis pada 1 Dis 2009.

Bagi kes rogol, Rashidi yang memberitahu mahkamah pekerjaan terakhirnya sebagai penjual putu piring di sebuah pasar raya di Jalan Bachang di sini, secara keseluruhannya melakukan satu kes pada 2007, dua kes pada 2008 dan enam kes sepanjang tahun lepas.

Bagi pertuduhan kes rogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan manakala bagi pertuduhan merompak mengikut Seksyen 392 kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Antara pertuduhan dihadapi Rashidi ialah merogol remaja berusia 15 tahun 11 bulan di Ladang Kelapa Sawit Hainan Estate, Cheng pada 1 April, 2008 dan merogol seorang gadis berumur 19 tahun dan merompak telefon bimbit Nokia N-Gage milik mangsa di kebun kelapa sawit belakang perumahan Taman Seri Sutera, Alor Gajah pada 31 Mac 2008.

Dia juga dituduh merogol seorang wanita berusia 44 tahun di Ladang Kelapa Sawit Tong Bee, Jalan Kolam, Machap, Alor Gajah serta merompak komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai mangsa sebanyak RM200 pada 7 Jun 2009. Pada 7 Okt 2009, dia dituduh merogol seorang wanita berusia 35 tahun dan melakukan seks luar tabii iaitu memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa di sebuah butik di Tanjung Minyak.

Bagi kesemua kes, Rashidi telah menggunakan motosikal dan memperdaya mangsa untuk mengikut beliau ke suatu tempat yang sunyi sebelum merogol dan merompak mangsa dengan mengacukan pisau kecil ke atas mangsa.

Ketika diberi peluang untuk merayu kepada mahkamah sebelum dijatuhi hukuman, Rashidi berkata dia telah menginsafi perbuatannya dan meminta maaf kepada semua mangsa.

“Saya sepatutnya menjadi contoh kepada kedua-dua adik saya tetapi apa yang saya lakukan adalah sebaliknya,” katanya. Hakim Zaharah menasihatinya supaya mengotakan kata-katanya bahawa telah benar-benar insaf.

Tuesday, May 18, 2010

Uji Rashid : Semakin Hari Semakin Sayang (HQ Audio)



Lagu retro ni kalau layan tengah tengah malam memang bestaku dedikasikan pada ahakss...

Saturday, May 15, 2010

Sebuah Filem paling Best dlm Eranyer


Aku rasa dan tak silap aku ada 3 filem menggunakan judul Hari ESOK.
Menanti Hari Esok (1977)
Tiada Esok Bagimu (1979)
Esok Masih Ada (1980), Kesemua filem ini mencatatkan keuntungan yang besar dan berjaya menggondol belbagai anugerah pada era itu. Kadang-kadang filem ini masih lagi ditayangkan di TV. Cerita filem ini semua diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan Hero pun dia jugak kot. Tidak salah aku, ada satu filem ni yang mana satu tak pasti memaparkan seorang budak kecik yang genius, yang sekarang mungkin umurnyer dah 40an lebih kot, budak tuu pada tahun itu sungguh terkenal kerana selalu masuk dalam surat khabar tempatan kerana umurnya 5 atau 6 tahun telah petah membaca. Itulah satu sebab Datuk Jins mengambil dia menjadi seorang pelakon. Mengikut cerita Pro DiRaja Engku Aziz pernah mengambilnye menjadi anak angkat ketika beliau disekolah Menengah. Tapi nasib tak menyebelahinyer.. beberapa tahun lepas ceritanyer pernah timbul yang sekarang mencari rezeki sebagai penebar Roti Canai disebuah Daerah diKedah, pernah ditangkap kerana terlibat dalam kes Ganja, Memang sayang betul laa.

Thursday, May 13, 2010

Nilai tubuh wanita kepada Seorang Lelaki


Kata orang tak perlu mencari secantik Balqis, jika diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa berharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Memang idealnya lelaki mahupun wanita yang serba sempurna-bertubuh ramping, berkulit putih dan berwajah cantik. Akan tetapi dan realitinyer syarat sempurna ini bukanlah penilaian utama lelaki kepada wanita.
Ada perkara lain yang mempengaruhi penilaian lelaki kepada seorang wanita khususnya isteri mereka. Ada bahagian tubuh khusus yang dapat menakluk lelaki....

* Aroma badan
lelaki sukakan bau badan isteri yang harum terutama selepas bangun tidur.Di tambah lagi dengan haruman pewangi yang masih melekat di bantal. Ahh alangkah indahnye pagi yang sebegitu hehehe.

* Kulit
Wanita tidak perlu berkulit putih. Yang penting kulit dirawat dengan betul supaya terus selembut bayu(yang nii kena rajin pergi Spa la) tentu sekali suami tak jemu-jemu membelainyer.

*Payu dara
Bad ni memang pesona paling menggoda. Malah para pakar pernah mengakui melihat payu dara boleh memanjangkan umur seseorang. Tentu sekali payu dara tak perlu semontok Moddona tapi yang paling penting ada bentuk payu dara dan memberi respons apabila disentuh.

*Bibir
selalu orang kata bibir seksi. Ermm tetapi bagaimanakah bibir yang seksi itu? jawapan mudah untuk ini ialah yang mudah dicium. Maka disarankan pakailah gincu yang bersesuaian supaya suami tergoda untuk mengucup mahupun menciumnyer..

*Rambut
Rambut adalah mahkota wanita. ia adalah tarikan kepada lelaki. Rambut tak perlu panjang mengurai atau hitam berkilau. Cukuplah sekadar kelihatan sihat dan berbau harum gitu. Rambut adalah bahagian yang penting yang selalu dicium suami.

*Mata
Selalu orang mudah terpukau dengan mata yang bersinar. Ditambah dengan bulu mata yang lentik dengan bantuan kosmetik, tentu sekali menjadi pandangan 'syurga' buat suami.

Bahagian tubuh lain yang perlu diambil kira dan disukai lelaki ialah kuku(untuk cakaran membangkit berahi), leher dan telinga bahagian bawah,
Memang perlu tak secantik Balqis mahupun setulus Zulaikha, tetapi jagalah dan rawatlah moga rasa dan kasih sayang suami terus membara...Tuuuuu dia.

Wednesday, May 12, 2010

4 syarikat 'Kutu' disiasat


Gambar Hiasan
Akhirnyer kena cekup jugak, kutu wang pos ni aku dengar dalam tahun lepas lagi, agak popular di Shah Alam, kemudian dekat Johor. Sebenarnyer aku pun pernah pergi dengar bisnis talk diorang ni, semua macam skim cepat kaya jugak laa. Kononnyer dengan sejumlah wang dilaburkan walaupun kita tidak mencari Orang bawah dalam masa 5 atau 6 bulan duit akan berkali ganda... maaf berkali-kali ganda, ada membe aku hari tu dok pujuk, dia kata satu family dia masukkan nama. Cerita yang aku dengar seseorang pelabur mencari orang bawah atau downline lagi laa banyak habuannyer. Semasa aku dengar talk hari tuu seorang perempuan pangkat Kakak laa, katanya program ni ialah membantu orang melayu untuk menjadi kaya...(dlm kepala aku kaya untuk dia la) lalu untuk memberi keyakinan pada kami ditunjukkanlah wang pos atas nama dia, memang banyak wang pos dia, dalam jumlah rm20 jerr tapi beratus keping, tapi mujurlah aku tak terpedaya janji penyamun-penyamun ini. Semuanyer kaki menipu....sebenarnyer ramai yang dah masuk skim ni dan berangan macam-macam, satu tahap sampai member aku cakap nak beli wang pos dekat Shah Alam kehabisan Stok. Moral disini semuanyer yang terkena adalah orang melayu. Setahu aku BANK NEGARA dah siasat pasti duit ni akan dibekukan

Monday, May 10, 2010

Resepi AsaM Pedas ....


Hari ni masa aku melayan lagu dekat SINAr kat opis aku, member Opis dari Top Floor ajak makan tengahari dekat sebuah restoran yang baru bukak berhampiran opis aku, aku bertahu dia Restoran tu takde menu yang menarik lagi... cuma jual Asam Pedas jer, dia kata takper laa kita try hari ini, dia pun komen laa "apa laa invest 100k jual menda ni jer" aku kata ada satu restoran dengan Mentari Sunway makanan dan lauk dia fuyooooo punyala panjang sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Sebenarnyer asam pedas ni bukan setakat Ikan jer, daging, ayam pun boleh buat. Ada sesetengah restoran Menu diorang Mcm tu jer mungkin ada telur Dadar dan ulam-ulam dan sambal belacan...Disini aku tulis sedikit Resepi Asam Pedas ni kalau sila...Bahan-bahan ( 1 keluarga leh makan )

* 1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
* 4 ulas bawang merah-ditumbuk
* 3 ulas bawang putih-ditumbuk
* 2cm kunyit hidup-ditumbuk
* 1 btg serai dititik
* 3 btg daun kesum
* 1 bunga kantan-dibelah dua
* 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
* 3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
* 1 1/2 mangkuk kecil air biasa
* garam dan gula (ikut rasa)
* minyak masak
* sedikit belacan (optional-ada yg x makan belacan)

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
2. Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
4. Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan.

Penulis Blog Hidup Lumayan

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.
Aku ambik dari sebuah Blog yang tersiar dalam Metro bulan lepas

Adegan Kejar Mengejar Dengan Budak Kelantan


Sebenarnyer adegan ni tak laa macam cerita James BOND tu, Tapi bila aku ingat menda ni lucu jugak, kejadian berlaku awal tahun hari tuu kot dalam tengah malam. Aku ni kalau balik kg suka malam2 cepat sampai sikit Hiway pun tak berapa sibuk. Tiba-tiba agak-agak dah nak sampai pun dekat kampung aku tuu berhampiran Lenggong. Semasa aku tengah melayan perasaan sorang-sorang siaran radio pun dah putus-putus, entah dari mana aku pun tak pasan tak silap aku ada dua buah kereta melulu masuk dan terus cucuk dari belakang, aku ni pantang sikit pemandu jenis macam ni, lepas tuu tak sabar-sabar nak potong padahal ada kenderaan tengah datang dari depan, Ni confirm budak kelantan ni nak balik kampung(dlm kepala aku.... memang btl la nampak ada stiker negeri depa lepas potong) Untuk pengetahuan semua, jalan Gerik nii memang laaa menjadi laluan alternatif bagi mereka pulang ke Kelantan bila hari Raya Puasa atau Raya Haji. Keadaan macam ni menyebabkan abang pun dah panas, selepas jer melalu jalan DALAM GAMBAR NI, aku beri diorang potong dulu... lepas tuuu aku ikut rapat-rapat tapi aku tak potong, walaupun aku pun bukannyer berani sangat, aku acah jer mmg selalu aku kt KL ni, aku tengok kereta diorang pun kereta standard jer takder turbo-turbo pun, aku ni kalau sampai satu tahap jadi panas mengung gak hehehe, so adegan kejar cucuk mencucuk ni pun berakhir laa bila sampai kat kampung aku, aku tengok Kereta depan pun dan panas sebab aku nampak dia main break..dok tekan-tekan break, dia tak aku dah hafal semua corner kat Jalan Ni.

Sunday, May 9, 2010

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur


Aku rasa aku pernah baca cerita ni dulu, dah lama dah disini aku beri lebih kurang la sinopsis Novel ni, kisah begini....... Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mengisahkan tentang liku – liku kehidupan Encik Muhammad dalam menjalankan perniagaannya. En.Muhammad merupakan salah seorang dari pengarah sebuah firma perdagangan yang terkenal di Kuala Lumpur dan berkongsi dengan En. Tan serta Tan Sri Syed Aris. Encik Muhammad seorang yang bercita- cita besar dan telah membuka sebuah Ladang Orkid yang diuruskan oleh isterinya Cik Tipah dan merancang untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Lembah Tualang. Antara kampung terlibat ialah kampungnya sendiri iaitu Kampung Pulai.Encik Muhammad menghadapi masalah dan rintangan dalam memajukan Lembah Tualang sebagai kawasan perlombongan. Beliau terpaksa membeli tanah orang kampung dan memindahkan mereka ke kawasan tanah rancangan felda. Pada masa yang sama masyarakat memandang serong terhadapnya setelah tersebar khabar angin mengatakan rancangannya memajukan Jeram Medang sebagai pusat maksiat.

Rahim, anak Encik Muhammad yang belajar di luar negara turut menentang cadangan bapanya dan menganggap sebagai seorang pemeras , tamak dan zalim. Bagi mendapatkan sokongan anaknya , En. Muhamamad cuba merapatkan Mahani anak Tan Sri Syed Aris dan akhirnya mereka berkahwin. En. Muhammad Yusof, Wakil rakyat Lembah Tualang telah membantu Encik Muhammad menyelesaikan masalah penempatan penduduk Kampung Pulau ke Tanah Rancangan Felda.

Masalah Encik Muhamad masih belum selesai apabila rancangannya turut diganggu oleh Lebai Maarup salah seorang penduduk di Kampung Pulai. Lebai Maarup merupakan seorang anak muda yang mempunyai tanah di situ dan tidak mahu menjualkan tanahnya, sebaliknya ingin mewakafkanya. Rahim anaknya berjaya memujuk ayahnya supaya bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup dan sebagai pertukaran, Rahim bersetuju menjadi pengurus syarikat perlombongan bapanya.

Tema yang cuba dibangkitkan dalam novel ini berkaitan dengan kebangkitan bangsa Melayu di dalam bidang perniagaan . Pada masa yang sama wujud kebangkitan pergerakan dakwah Islamiah dikalangan generasi muda dari dalam dan luar negeri.

Plot novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mempunyai lebih dari satu cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Ceritanya mengenai cadangan En. Muhammad mengembangkan perniagaannya. Cerita kedua berkaitan perkembangan dan penerapan nilai – nilai islam yang dibawa Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain- lain. Kepelbagaian plot yang digunakan pengarang menyebabkan ia tidak kronologi dan berlapis – lapis dan bercampur aduk dengan peristiwa lain . Struktur plot dalam novel ini bersifat moden yang terdiri dari lima tahap iaitu eksposisi , aksi menaik , klimaks , aksi menurun dan penyelesaian. Bagi memastikan cerita lebih menarik, Keris Mas telah memaparkan unsur konflik dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Konflik yang wujud dalam novel ini iaitu;
Konflik dalam diri watak yang diwakili oleh En. Muhammad dengan penduduk Kampung Pulai dan Konflik di antara Mahani dengan Rahim.
Konflik antara manusia dengan manusia contohnya Sudin dengan Mat Akil , Encik Muhammmad dengan Tauke Chan , Lebai Maarup dengan Mat Akil dan bebarapa watak lain.
Konflik antara manusia dengan Tuhan contohnya Ketaatan Encik Muhammad pada ajaran islam tetapi tidak mahu menerima cadangan Lebai Maarup mewakafkan tanahnya ke jalan Allah.

Saturday, May 8, 2010

Awas Speed Trap dihadapan


Dalam 2 bulan lagi roadtax keta dah nak ispired ni, aku cuba check saman dlm laman sesawang POlis ni alamak banyak jugak laa, nak kena bereskan laa nanti kalau kena black list tak boleh renew. Satu malaysia ada saman dekat kampung aku pun ada, naya betul. Selalunyer kalau travel malam memang laa tak dapat membaca kat mana ada perangkap ni, kalau waktu siang dapat laa tau bila ada kereta dari depan memberi lampu, confirm laaa ada roadblock kat depan nati, jadi tak reti-reti lagi..Jikalau sesiapa yang menggunakan lebuhraya Elite setiap hari elok laa hati-hati dan memperlahankan kereta, antara simpang dari dari shah alam tuuu hinggalah ke Seafield jelas menunjukkan 90km sejam sahaja ataupun dari Simpang Putra Height, boleh dikatakan selalu ada jer polis sedang menembak kamera kat bawah Bangunan Jejambat bersebelahan track go kart tu...bawak lah 90km jer yerr

Friday, May 7, 2010

Berkat solat hajat jemaah


Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya beberapa jemaah umrah di Langkawi, Kedah membabitkan kerugian lebih RM162,000 sebelum menghilangkan diri akhirnya berjaya dicekup pihak berkuasa ketika sedang berehat di rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.
Difahamkan, ketika ditahan suspek cuba melarikan diri, namun gagal kerana kediamannya itu sudah dikepung sekumpulan anggota dari Balai Polis Kuala Selangor.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, suspek yang berusia awal 40-an itu dikatakan cuba meloloskan diri melalui pintu belakang rumahnya sebaik menghidu kehadiran pihak berkuasa namun usahanya itu gagal.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
“Dia (suspek) akan diserahkan kepada polis Langkawi, untuk siasatan lanjut,” katanya.Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan seramai 65 jemaah di Langkawi, menjadi mangsa penipuan pakej umrah murah anjuran sebuah syarikat pelancongan berpejabat di Sungai Buloh, Selangor, mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di sini, Isnin lalu. Majlis bacaan Yasin diadakan untuk memohon supaya dilembutkan hati wakil pengurusan syarikat berkenaan supaya memulangkan wang deposit yang dikutip daripada kumpulan jemaah itu RM2,500 setiap seorang. Seorang mangsa, Hassan Latif, 52, berkata majlis solat hajat yang diimamkan seorang guru agama, Ayob Ahmad itu turut bertujuan mengeratkan silaturahim antara jemaah dan mohon diperkukuhkan iman. “Kami juga mengadakan majlis ini untuk memohon ketenangan kepada semua jemaah yang menghadapi kesukaran selepas ditipu wakil syarikat pelancongan berkenaan, baru-baru ini,” katanya. Beliau berkata, pihaknya juga kini sepakat melantik Musa Abdul Rahman selaku wakil untuk berada di ibu negara bagi mendapatkan kembali wang dan pasport antarabangsa mereka yang masih dipegang syarikat berkenaan.

Thursday, May 6, 2010

Kalau Aku(blogger yg) Diberi RM4 juta.....


salah sorang blogger yang tersohor dalam arena politik mendedah diberi RM4 juta, begitulah tajuk berita akbar tempatan minggu lepas, Blogger yang menamakan dirinyer SEPAK ORANG ITU yg bermarkas diKelantan...tiba-tiba menjadi tumpuan ramai, hehehee tapi kenapa baru sekarang nak Royak, inilah menjadi kemuskilan ni lain kali hulur2 laa sikit kat blogers junior macam aku ni. Sebenarnyerr itu adalah cerita politik, bagi yang bijak pandai macam kita ni mesti dapat membezakannyer Semua cerita ni adalah yang berpunca dari DUit...tak begitu ? akan tetapi kalau laa aku yang mendapat perntukan sebanyak itu, aku akan menggajikan pemuda kampung aku dan orang sekitar kampung yang bijak dalam bidang ni, biar tempat aku menjadi terkenal dan dikenali ramai...terutama kampung tanjungkasau ni, dengan bermodal sebanyak itu aku pung berbincang laaa panjang lebar, aku lantiklah penasihat yang bertauliah dan tak bertauliah, idea dicurahkan, stategi disusun.. heeheheh hari-hari orang kampung aku belanja makan ikan siakap, udang galah ke, ketam ke...kaya-kaya. Opss tak boleh lebih-lebih nati orang marah pulak..

Tuesday, May 4, 2010

Sebab Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

begitulah perumpamaan yang dapat aku halusikan, dalam mingggu ni dimana-mana sahaja orang bercerita pesal satu kes ni, yang semua orang telah maklum yang terjadi disebuah lokasi di Bandaraya Shah alam, tempat tuu aku rasa agak familiar bagi aku sebab dulu aku adalah PiZaa Delivery...ermm masa tahun tuuu Concord pun belum ada. Bagi aku kes ni memang touching sikit, samada Sapa yang berada diPihak benar ....jadi tak beranilah aku nak tuju pada mana-mana pihak nanti Naya kena pelankung pulak, cuma diharapkan Keluarga Mangsa dapat bersabar yer....... Dalam buletin Utama lagi bes berita diorang lagi detail, begitu jugak Bernama atau Awani dapat kita saksikan certa-certa baru yang muncul, aku ada jugak tengok forum-forum yang bincangkan kes ni...semuanyer bersimpati dan ada jugak sebaliknyer. Cuba korang taip pesal certa ni dan baca satu persatu barulah kita dapat tahu sikit sebanyak. Moral disini jangan laa dok merayau tengah malam elok dok rumah diam-diam, layan Tv ker internet ker sambil pekena Kopi'O'. Aku ingat nak pergi section 3 esok lepak kat Khalifah jumpa kawan-kawan smbil korek certa orang sebelah sana.

Sunday, May 2, 2010

Nasi Beriani stail aku


Pagi jumaat hari tu aku pergi Seremban, Lepas breakfast kat R&R seremban. Aku pun terus menuju ke Lokasi Site Projek laa berhampiran seremban 2, bos aku suruh tunggu satu mamat ni sub-cont...tunggu punya tunggu tk datang2 angin betul, lepas tuu dia kata lepas jumaat lak datang, bedebah punya orang..ERmmm jadi sementara nak sampai waktu jumaat ni, aku pun masuk laa dekat Tesco berhampiran, aku beli laa perkakas Nasi Beriani jap lagi nak balik kampung angan-angan nak Masak dah lama tk asah skil memasak ni, Lepas jumaat Dalam pukul 3ptg camtu, kononnyer pegawai mangkuk hayun tuuu kata nak datang, tapi hampeh tak dapat datang Ish ishhh, kalau aku tahu awal-awal lagi aku balik kampung. Aku pun story lebih kurang kat Bos aku, mamat ni pun kena Blacklist heheehe. Jumaat malam dalam pukul 9mlm gitu, aku pun masuk hiway nak balik, laaaaa ramai pulak nak balik kampung, Jem pulak hiway hari tuuu jadi perjalanan agak perlahan. Lusa tuu aku try laa masak Nasi Beriani ni dekat kampuung...

Bahan-bahannyer : BASmathi Tesco(murah sikit) 5kg, rempah beriani tesco, rempah beriani adabi, susu cair, planta, pewarna kuning telo, badam, daun ketumbar ....esok laa aku sambung

Aku panaskan dulu air pakai dapur kayu, bila air dalam periuk mengelegak jer tuuu masuk laa beras tuuu kacaU pelan-pelan sampai separuh masak gitu, masuk bahan-bahan digoreng seperti yang tertera dibawah ni...

Aku dah goreng bawah halia bwg putih dengan minyak planta kalau ada minyak sapi boh skit. rempah beriani yg dicampur beberapa jenama kari, daun ketumabr dah belnder dgn bwg hlia skit. Masuk Susu cair dan rempah ni dalam Periuk nasi. garam biar adaaa rasa.

TUTUp periuk Rapat, balut dengan kain letak pulak Pemberat kat atas tuu. Dah setengah jam bukak masukkan Pewarna kuning telur yg bacuh dgn air biasa(atau air mawar) badam, kismis, bawang goreng, jgn kacau sgt nanti beras tuu patah..tak cantik maaaa..