Saturday, July 31, 2010

Isu disiarkan Dalam Utusan..Isu Pegawai Kerajaan

SAYA tertarik dengan tulisan Pegawai Tuan (Putrajaya) bertajuk Benarkah pegawai awam curi tulang di Putrajaya? yang disiarkan di ruangan Forum pada 16 Julai 2010.

Kejadian atau perilaku curi tulang ini sememangnya banyak berlaku di jabatan-jabatan kerajaan. Antara sebabnya ialah kekurangan kerja dan lebihan kakitangan.

Pada pendapat saya, tidak perlulah Pegawai Tuan bersungguh- sungguh menidakkan kejadian dan kerenah yang berlaku. Pegawai Tuan perlu sedikit masa muhasabah diri, cuba ambil masa bercuti satu hari dan pilih secara rawak untuk melawat beberapa pejabat-pejabat kerajaan.

Pastinya Pegawai Tuan akan dapati banyak kerusi kosong, kakitangan berbual dan sebagainya. Bersarapan lama adalah perkara biasa. Alasan minum dengan pelanggan adalah perkara jarang-jarang berlaku kecuali jabatan yang melibatkan tender dan setaraf dengannya. Kebanyakan perkhidmatan adalah berkaitan yang dituntut rakyat.

Untuk prestasi, kecualikanlah Jabatan Pendaftaran kerana mereka agak efisien.

Saya beri satu dari beratus insiden yang saya lihat. Terkena pada satu hari Jumaat, saya berurusan dengan satu jabatan di Putrajaya. Setelah menunggu dari pukul 10.30 pagi, pegawai berkenaan masih tidak ada di pejabat. Saya diberitahu bahawa pegawai berkenaan sedang mesyuarat.

Saya tunggu sehingga pukul 11.45 pagi dan mengambil keputusan untuk balik dan datang semula pada petangnya. Saya harus segera keluar dari pejabat mereka (pukul 11.45 pagi) kerana pasti kakitangan kerajaan akan keluar pada jam 12.30 tengah hari (hari Jumaat). Strategi saya ialah untuk mengelak kesesakan di jalan keluar.

Alangkah terkejut saya kerana apabila saya ingin ke kawasan untuk mengambil kenderaan, berderetan kenderaan kakitangan kerajaan sedang bersusun untuk bergerak keluar. Jam baru pukul 12 tengah hari (Jumaat), terfikir, pukul berapa pula mereka bersiap hendak keluar.

Fahamlah saya yang kakitangan kerajaan ini sangat efisien sehingga hilang rasa bersalah lagi rasa malu kepada kami iaitu seorang pegawai syarikat swasta yang syarikatnya tidak pernah gagal untuk membayar cukai. Bertambah kecewa kerana duit pembayar-pembayar cukai juga telah digunakan untuk membayar Elaun Sara Hidup (COLA) RM350 kepada mereka.

Monday, July 19, 2010

Aku Langgar Indon dengan aku..aku naik ambulans sekali


Aku sebenarnyer pernah naik ambulans satu ketika dulu bila aku kemalangan melanggar 2 orang Indonesia yang sedang berjalan dalam gelap, aku tak perasan cuma bila nak langgar tuu aku pasan ada macam seperti ada menda kat depan aku tanpa sempat brek terus aku langgar...parah gak Wak Indon tuu patah kaki..aku pun masa tu ingat dah cedera sebab aku aku melambung jatuh ke jalan tar tuu...jalannyer betul berhampiran sekarang ada Flat dan Pangsapuri kat situ, Motor KRISS yg pakai ketika itu agak teruk semua patah tayar pun pecah. Kejadian ni berlaku tak silap aku 7 tahun lepas di jalan Tropicanaa Selatan berdekatan IBU PEJAbAT KEADILAN tu, Dulu tempat tuu kawasan jin Bertendang kereta pun jarang2 masuk, tapi hari ni kat situ penuh dengan kedai dan rumah pangsapuri dan mewah. Pada Ketika aku berniga kat situ..ermm aku dapat tender kantin berhampiran situ..boleh laa menampung dan belajar berniaga masa. Dengan kapcai Kris tu laa Aku ulang alik ke kampung kayu ARa berdekatan untuk membeli barang-barang keperluan.Aku Ingat lagi dalam pukul 8 malam kot, masa tu pangsapuri kat situ sedang rancak dibina, bila kejadian berlaku ramai laa geng indon ni turun mujur laa aku tk dibelasah. Ketika keadaan kelam kabut tu lalu sebuah Patrol Car sedang meronda, diorang la menelefon Ambulans jadi aku yang sedang kesakitan naik sekali la dengan Wak tu, aku cuma luka ditangan dan lutut rasanya

Monday, July 12, 2010

Malaysia pun ramai artis macam Ariel tuu

Kawan aku kata kata kt malaysia ni pun ramai artis macam ariel tu...aku rasa pun memang betul cuma takde lagi yang terbongkar...Dulu2 pernah terbongkar....