Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Thursday, May 5, 2016
AYO ASIA PEMBORONG KASUT BUNDLE
Assalamualaikum ..Kedai Kasut Rare kami dibuka selepas Jumaat, berikutnya sabtu dan ahad 12-12 mlm. Harga RM70 sepasang..Lokasi tekan sini https://waze.to/lr/hw284r1qc8. tekan sini maps 3°12'54.3"N 101°34'00.8"E
https://goo.gl/maps/mpFeCDyvYK42 — at Ayo Asia Pemborong Kasut Bundle.
Wednesday, February 4, 2015
Pelajar UITM mati disembelih lelaki Gila
Kelmarin kita digembarkan dengan kejadian seorang pelajar UITM permatang pauh mati disembelih. Group whapsapp tersebar dgn cpt.ohhhh sekarang ni musim org gila whapsapp plk..sebenarnya admin pun byk group jgk. Mula2 org ckp disamun dan dikelar. Namun berita dlm TV melaporkan motif sebenar. Agak bersimpati dgn simati masih muda dan tahun pertama pengajian. Dlm cerita rakan2 yg dilaporkan dlm paper mgatakan mangsa dilarikan dgn paksaan. Alfatihah kepada mangsa....namun seperti biasa pihak UITM akan nafikan mangsa dilarikan.
Tuesday, February 3, 2015
Hang Nadim kembali daaaa...
Assalamuaaikum.. Kepada yg pernah mengenali dan mmbaca blog ini...admin ingin mengucapkan terima kasih banyak2. Sebenar dh lupa password hari tuu akhirnya berjaya juga. Dlm pemerhatian admin...artikel yg Daging Dendeng mmg mndapat carian yg tinggi. Pernah seorg kwn cuba ...tapi atas kesilapan teknik mungkin kicap terlebih hitam plk katanya. Admin akan cuba mncari artikel yg menarik atau menu yg pernah admin Masak utk tatapan kalian. Smoga pembaca dan yg mengenali admin sentiasa dirahmati Allah. Aminnn
Thursday, May 2, 2013
Friday, November 23, 2012
Dah nak sampai tahun baru..
Lama sudah tak menulis dekat blog aku nii...hari inii kesempatan yang ada aku tulis.....apa yg terlintas, ramai dah followers yg hilang tk dapat dikesan. Jadi tuan ponya mintak maaf laaa ye...sebenarnya malas. Sekarang nii aku berkerja di Kuantan Pahang, hari nii bandar kuantan penuh dengan manusia dengan karnival Jom Heboh tuu, habis dah Kuantan ni aku pusing...dari Gambang sampai laaaa dkt bulatan Jabor. Kami kat sini menyewa sebuah homestay dekat taman PSJ dkt dengan Balok..kira pantai tuuu dekat laaaa, cuma pantai sini tak berapa lawa..yg lawa tuu mungkin area Swiss Garden laaa. Berbalik kepada agenda seterusnye aku mesti bincangkan pesal kampung aku laaaa..nama aku memang dh blacklist dengan ketua kampung nii, tapi aku cakap benda yang betul...aku cakap Apasal Jalan Kampung Tak Diturap, hahaha....tapi memang betul pun..itu baru satu isu shj..kalau bincang sampai 8 tahun lagi pun tak habis. Apa-apa pun kalau kita ada duit baru sembang beso...tadak duit cakap pun tak guna..
Tuesday, October 9, 2012
Projek Bijih Besi
Projek Lombong Bijih Besi yang mungkin melaburkan puluhan juta ringgit didepan kampung TanjungKasau ni mungkin akan menjadi kenyataan. Aku dah dengar cerita nii dari tahun lepas lagi..mengikut cerita bahagian sebelah bukit seperti gambar di atas tersimpan Bijih Besi bermutu tinggi. Bukit ni betul-betul depan kampung aku milik peneroka felda Papulut. Mengikut cerita yang sahih pihak pemaju telah memberi sedikit wang sebagai tanda jadi kepada pemilik tanah, namun begitu ada jugak pemilik yang tidak bersetuju dengan projek lombong ini ...walaupun dijanjikan ganjaran setiap bulan puluhan ribu ringgit.
Bukit Felda Papulut ni memang depan kampung aku, cuma kita tunggu sahaja laa dari sumber rasmi cerita Lombong Bijih Besi ni. Wowww projek puluh juta niiiii
Wednesday, May 2, 2012
Apa yang Lelaki takutkan sangat Pada wanita
SELALUnya kita tertanya2 kenapa wanita yang cukup serba serbi belum ada teman pendamping. Jawapannya lazim ialah takut keciwa lagi atau belum ada jodoh. Semuanya bermula dari diri sendiri...(pandai pulak aku tulis) wanita seharusnya tahu bagaimana cara untuk menawan hati lelaki idaman. TAHu bagaimana untuk berperilaku supaya tidak dijauhi oleh lelaki....kalau nak tahu..AMA
Monday, March 5, 2012
MAS perlu belajar daripada AirAsia
KUALA LUMPUR 4 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru Malaysia Airline System Bhd. (MAS) untuk belajar daripada AirAsia mengenai langkah-langkah pengurangan kos serta struktur pengurusan bagi membolehkan syarikat penerbangan nasional itu kembali mencatat keuntungan.
"Inilah peluang terbaik untuk belajar dan melihat kenapa syarikat penerbangan nasional mengalami krisis kewangan yang teruk sedangkan syarikat penerbangan tambang murah meraih keuntungan yang tinggi, " kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.
Tambah Dr. Mahathir, pertukaran saham di antara Khazanah Nasional Bhd. dan pemegang saham utama AirAsia seharusnya mengikat kedua-dua syarikat tersebut.
Pada Ogos lalu, MAS dan AirAsia telah memeterai perjanjian kerjasama apabila pemegang kepentingan utama kedua-dua syarikat tersebut, Tune Air dan Khazanah Nasional melaksanakan pertukaran saham.
Ini menjadikan Tune Air memegang 20.5 peratus kepentingan ekuiti di dalam MAS, manakala Khazanah pula memiliki 10 peratus saham di dalam AirAsia selain pengasas bersama Tune Air, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun menyertai lembaga pengarah MAS.
''Kedua-dua syarikat penerbangan ini beroperasi dari negara yang sama jadi tidak ada sebab untuk MAS gagal. Mereka harus berganding bahu dengan AirAsia.
''AirAsia meraih keuntungan yang besar, mereka mampu mencipta keuntungan walaupun harga tambang mereka sangat rendah.
''Jadi, ada sesuatu yang MAS boleh belajar daripada AirAsia terutama dari segi pengurusan, pengurangan kos dan seterusnya mencipta keuntungan, " ujar beliau lagi.
MAS merekodkan kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, kerugian terbesar dalam sejarah penubuhannya di sebalik perolehan sebanyak RM13.9 bilion.
AirAsia pula merekodkan keuntungan bersih RM564.1 juta dengan perolehan sebanyak RM4.47 bilion.
Ketika ditanya sama ada Khazanah patut mengurangkan kepentingannya jika krisis MAS berterusan, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak mampu untuk menjawabnya." - BERNAMA

Wednesday, December 7, 2011
Monday, October 10, 2011
Mee Goreng Basah Pecah Batu Lawin..

Aku dulu suka sangat makan mee goreng basah dekat pecah batu nii..masa tuu tiap minggu aku ditugaskan oleh mak saudara aku ambik duit getah dkt kg air pulau tuu, jadi upah nya aku singgah laa beli mee kt sini. Masa tuu Jalan Lama lagi kat situ selalu laa Geng2 lori balak berhenti mandi sbb dekat situu air nye sejuk. Orang kata suaminya tuu kerabat Raja dari pahang lepas tuu datang kt situu bukak tanah, berniaga dok situ sampai laa skarang, aku pun tak tau samaada perkara tuu betul ke tak? Tapi kat Lawin orang panggil dia engku. Pada ketika ituu lewat 80an kot.. mee goreng tuu mmg top.Bak kata orang meniti dibibir lagi2 kalau orang yang belanja lagi la sedap. Selalu yang masak Mee Goreng basah nii bini dia laaa, walaupun Mee yang dia masak nii sedap dan tersohor...muka dia tuu tak macam orang nak berniaga pun, kita tengok pun takut.. lansung aku tak paham memang sombong sungguh. Walaupun perkara tuu dh 25 thn berlalu aku masih lagi teriang2 kesombongannya dan riak mukanya tuu. Mungkin sebab tuu laa orang akan makan sekali dua shj lps tuu taubat tk singgah lagi. Sekarang diaorang masih lagi dudok kat tepi Jalan Baru tuu..jalan nak masuk Felda Papulut tuu..alaaa lepas dari Pekan Lawin dlm 1KM tengok belah kanan tuu. Ada kedai sebelah kiri..kalau dari Gerik sebelah kanan laa..aku pun dah 20 thn lps tak singah kedai tuu. Tapi mungkin sekarang dia berubah kot...kot..bydaway depa masih berniaga lagi tuu, singgah laa try Mee Basah tuu.
Tuesday, October 4, 2011
Sunday, October 2, 2011
Kampung Yang Tenggelam
TIGA puluh lima tahun telah berlalu. Bagi yang mengalaminya sendiri, tidak sedetik pun nostalgia Kampung Temengor yang terletak di Gerik, Perak ‘tenggelam’ dalam ingatan.Kisah lampau kewujudan kampung Melayu itu hanya tinggal sejarah apabila Lembaga Letrik Negara kini Tenaga Nasional Berhad (TNB), membina empangan stesen hidroelektrik di kawasan tersebut.
Pelaksanaan projek yang mengambil masa lima tahun bernilai RM340 juta itu, telah menenggelamkan keseluruhan ‘isi perut’ sebuah kampung terpencil tetapi dianggap paling istimewa oleh setiap penghuninya.
Maka ‘berkuburlah’ di dasar Tasik Temengor rumah-rumah bertongkat kayu dan beratap rumbia, masjid, sekolah termasuklah juga tanah sawah, dusun serta sebahagian kebun getah.
Penenggelaman Kampung Temengor sekali gus menandakan berakhirnya suatu zaman ‘primitif’ bagi masyarakat tebing sungai yang telah wujud selama lebih 300 tahun dahulu.
Namun, benarlah kata orang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Setelah projek hidroelektrik itu siap sepenuhnya pada tahun 1978, ia berupaya menyumbang sebanyak 348 megawatt keupayaan terpasang dan menghasilkan tenaga purata berjumlah 900 juta unit setahun.
Malah, penghijrahan membabitkan 124 buah keluarga menghadapi kehidupan baru di Kampung Ganda Temengor menjadi bukti usaha gigih TNB membangunkan potensi hidroelektrik di Semenanjung Malaysia selain memberi sinar baru kepada mereka yang terlibat.
Yang pasti, jika dahulu, rumah penduduk tidak dilengkapi kemudahan asas, skim penempatan semula yang ditawarkan TNB lengkap dengan ciri-ciri serba moden. Antaranya termasuklah sebuah rumah dengan bekalan elektrik dan air serta tanah seluas hampir lima hektar (12 ekar) untuk bercucuk tanam.
Biarpun ingatan pada kampung asal yang ditinggalkan sejak lama dahulu masih segar, namun tidak ramai anak kampung itu yang berpeluang untuk kembali ke kampung asal mereka sejak melalui detik-detik penghijrahan pada 26 Jun 1976.
Yang pasti, walaupun tiada apa lagi yang tersisa kerana keseluruhan kawasan Kampung Temengor telah lama ditenggelami air, pokok-pokok getah yang ‘terselamat’, cukup untuk mengubati kerinduan terhadap kenangan lalu di kalangan waris yang tinggal. Hehehe jangan marah aku cilok dlm Utusan bertarikh 1.10.2011...layan
Saturday, October 1, 2011
Balik kampung Ikut Jalan belakang-keluar taiping
Melayan Jiwa

Hari tuu aku kesempatan balik kampung ikut jalan Kuala selangor..semasa ituu lebuhraya LATAR belum bukak lagi. Tapi baru-baru ni Lebuhraya LATAR dh beroperasi, kita boleh masuk dari rawang, ,Hiway Gutrie atau Jalan Besar leps penjara Sg.Buluh tuuu.. Jalan nii jauh laaa sikit kalau nak sampai ke Gerik tuu akan tetapi satu sen tol pun tak perlu dibayar tapi itupun kalau kita tk ikut LATAR yang berakhir ke IJOK tuu..Semasa aku balik hari tuu aku ikut Jalan Kuala Selangor, lepas tuu tembus ke jalan Air Tawar melalui sawah padi yang sayup-sayup mata memandang....seperti didlm gambar, rasanye kawasan tuu dah masuk daerah Pasir Salak......kemudian tuu terus aku masuk kawasan estet dari Beruas keluar Terong Taiping,kita boleh jugak ikut Pantai Remis keluar ke Terong ikut jalan biasa. Entah macamna aku boleh ikut estet mujurla kereta tak berapa banyak..rasanye jalan tuu boleh jugak keluar ke Manong Kuala Kangsar. Sesekali boleh laaa kalau nk tengok bendang selepas sempadan Teluk Intan tuu..ok laaaa aku nak jumpa lepak tengok bola sat..jumpa lagi.

Friday, September 30, 2011
KL SENTRAL dibina oleh MRCB

Aku sekarang ada dekat KL sentral KL, masa nak datang tadi terlajak pulak sebab jalan tengah premix....tempat nii memang dasyat sekarang ni, nanti kalau dah siap semua projek kat sini lagi laa cantik dan meriah.. sebuah projek dipinggir KL. Sekarang tengah rancak mcm2 bangunan dibina tak termasuk bangunan yang telah siap dibina macam Hotel Hilton, SSSM.. dlln. Tapi kita cuma mampu tengok sahaja laaa. Aku tengah tido mimpi cantik ponya tiba-tiba membe aku telepon jam 4 pagi mintak tolong bwk kereta nk ambik kakaknya dekat KTM..mujur laaa sebelum tuu dah lena sebentar, lepas mandi aku gegas ke mari..aku tengah dok depan niii teksi dah banyak, bas pun dah banyak, kete2 nak ambik orang hantar orang pun dah banyak. Sebenarnya aku bukak hp rupa-rupanya ada wifi free dari bangunan MRCB ni jadi aku coret laaa serba sedikit. Berbalik KL sentral pagi2 memaang laa ramai sebab semua stesen ada kat sini mcam airport pun ada..masa aku sampai tadi gelap lagi sekarang dah ramai lampu pun dah pasang...okey....depa dah sampai....aku gerak dulu
Kenduri Aku Bila Pulak?

Kunduri adik aku dekat kampung nii 4 bulan lepas...dalam bulan 6 hari tuuu..masa cuti sekolah. Ramai jugak laaa orang memeriahkan majlis pada hari tuu, naik kebas laaaa kaki aku ke hulu kemari. Pada pertama kalinya nasi pada hari tuu dimasak mggunakan secara Kukus..nampak mcm comlicated tapi org tuu buat senang jer..Lauk hari tuuu Ayam goreng rempah, daging hitam, kari daging, jelatah
Melawat Genting sambil hirup angin Malam

Malam semalam aku ikut kawan naik genting higlands...lama betul tak naik sana dan bertahun-tahun rasanya. Aku pergi kali naik lori pergi kejap jerr dok kat atas tuuu tak sampai sejam sebab nak ambik barang kerja renovation. Masa nak balik macam-macam laa lawak kluar...dah sampai terowong lori buat hal pulak...tiba breakdown..tapi kami belasah jugak laaa dengan kelajuan yang minima..ermm almalum tengah malam bunyi enjin pun macam nak runtuh. Akhir dlm pukul 1 pagi sampai laa umah, seblum tuu hantar lori dulu kat workshop kat wangsa maju tuu...ok laa
Tuesday, September 27, 2011
Lama Tak Tulis Pakai desktop
aku tengah explore blog niii...lama tk bukak naik pening pulak....patut laa aku cuba posting pakai henpon tk boleh rupenya ada setting sudah lari...emmm itu sahaja laa dapat saya tulis pada Hari selasa ni..Hari Minggu terakhir Raya ni kalau ada open house jangan lupa jemput abang yer..
Saturday, September 3, 2011
Selamat Hari Raya aidilfitri kepada semua...
gambar pagi raya masjid kenayat
salamkum terlebih dahulu abg mengucapkan Selamat Hari Raya adilfitri terutama kepada semua saudara mara...kawan2, teman dekat jauh dan sesiapa yang sudi membaca blog ini. Abg berada dikampung hampir seminggu..esok mungkin kembali ke KL, niii pun menggunakan wi fi dikedai mamak di pekan lawin tk jauh dari kg, mnggunakan nokia E5, nak tulis pun text kecik jerr..tapi memandangkan dah lama tk kemaskini dan blog ini, kepada pengunjung yang masih mintak maaflah kerana abg jarang2 dan hilang tk dapat dikesan...., sebenarnya tiada cerita nak tulis apa pun...cuma tadi layan berita sedih bila seorang jurugambar Bernama terkorban semasa mnjalankan tugas di Somalia..mari kita hadiahkan al fatihah kepada allahyarham..al-fatihah. Suasana di Kampung Tgkasau sungguh meriah sekali, seronok..... tenang, gembira terutama berjumpa dengan org yang jarang kita jumpa. Hari raya nii dapat laaa jumpa kawan2 lama, chotee, dee, yus...geng2 otai jefri....ramai lagi. Semasa artukel nii ditulis dekat mamak nii jumpa laaa org2 lama yang dok kat kampung dulu seblum mereka berpindah ke felda dekat sini mcm zul, badar, brahim, ferli pendek......ramai laaa. Ok laaaaaaa selamat hari raya semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)