Showing posts with label wajah Gerik. Show all posts
Showing posts with label wajah Gerik. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Gerik dulu dan sekarang





Aku sebenarnya terkilan jugak sebab Gerik agak ke belakang berbanding Daerah-daerah lain Perak, Walaupun Mantan menteri Besar Perak berasal dari Gerik tapi kemajuan yang dikecapi agak lambat dan tidak seiring atau sepadan dengan pengaruh yang ada waktu itu. Berbanding Pasir Salak yang begitu mengkagumkan aku,salah satu Mantan Menteri Besar Perak berasal dari situ bersungguh memajukan daerahnya. Kalau diharapkan Jalanraya di gerik yang baru ni bukannya peruntukan kerajaan negeri tapi dari kerajaan persekutuaan, per la yang ponya menteri besar hampeh...
Sebenarnya daerah Gerik sangatlah kaya kerana simpanan hutannya yang besar tapi ishhh maleh la aku nak story, aku selitkan gambar bangunan Umno gerik yang juga menempatkan Maybank dirasmikan pada tahun 1985 tak salah aku, kalau enkorang lepak kat arked mara atau kat tepi-tepi situ korang boleh tembak wifi kat situ. Gambar Gajah tu polak dah lama tuu, tak salah aku dulu kat depan tu ada masjid..masuk lorong kiri depan tu ada kedai gunting rambut pak abas..