Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

Mahkamah benar penulis blog didedah


Salam..esok dah hari ketiga kita berpuasa, sebenarnya aku jumpa artikel ni sangat menarik untuk teladan kepada semua blogger diluar sana, kejadian berlaku di Washington, tetapi kalau mahkamah kat malaysia juga satu hari nanti membenarkan saman seperti ni, pasti Blogger yang suka mengibkan orang atau menyerang peribadi seseorang kecut perut...nak tau WASHINGTON 20 Ogos - Model Kanada, Liskula Cohen telah memenangi satu kes penting di mahkamah New York selepas Google terpaksa mendedahkan identiti seorang penulis blog yang telah memfitnah gadis yang menghiasi muka depan majalah Vogue itu.

Hakim Mahkamah Agung Negeri New York, Joan Madden pada Isnin lalu mengarahkan laman web gergasi itu supaya menyerahkan maklumat mengenai penulis blog yang dihasilkan sejak setahun lalu, menggunakan program Google, Blogger.com.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas Cohen, 36, memfailkan rayuan untuk mengenal pasti orang yang memaparkan gambar tidak senonoh Cohen dalam blog dan menggambarkan beliau sebagai 'ho' yang bermaksud vagina dan seorang 'psikotik, pembohong, pelacur... perempuan kelas bawahan.'

Blog tersebut telah ditutup pada Mac lalu.

Namun, Cohen yang muncul beberapa kali dalam peragaan pereka terbaik di seluruh dunia dan menghiasi muka depan majalah fesyen, bertekad untuk mengenal pasti identiti penyerangnya.

"Jika seseorang menyerang di jalan raya, anda mungkin tidak akan melepaskannya," katanya dalam wawancara eksklusif rancangan ABC, Good Morning America semalam.

"Jika seseorang menyerang anda secara peribadi, anda turut tidak melepaskannya.

"Jadi, mengapa saya harus melupakannya? Saya tidak ada alasan untuk mengabaikannya. Jadi, saya tidak perlu berbuat demikian (melupakan penyerang)," kata Cohen.

Berikutan perintah Madden, Google telah menyerahkan alamat e-mel dan alamat internet protokol (IP) komputer penulis blog tersebut dan membenarkan Cohen mencarinya.

Dia berjaya menemui penulis blog tersebut yang merupakan seorang wanita yang tidak dikenali dan tidak rapat dengannya.

"Dia tiada kaitan dalam hidup saya," kata Cohen.