Kalau nak beli ikan kelah kat org asli sini la port kt jeti tu.


thailand sebalik bukit tu (Dulu Laluan komunis)
Dari tanjungkasu ke Pekan gerik dan dari Gerik ke kelantan cuma mengambil masa 2 jam rasanya, sebab masa aku drive ke banding pun dalam lebih kurang 45minit. Lebuhraya Gerik-Jeli ataupun lebih dikenali sebagai Lebuhraya Timur-barat telah dibuka dalam tahun 1983 tidak silap aku. Lebuhraya ini dibina hampir 15 tahun untuk disiapkan, hingga kini dikatakan lebuhraya yang paling banyak dan tinggi untuk kos penyelenggaraan setiap tahun. Kemungkinan besar ini terjadi kerana Lebuhraya ini berada ditanah tinggi dan dibina di lereng bukit. Pada Hari perayaan atau cuti sekolah pasti ada kemalangan yang serius dan melibatkan kemalangan nyawa berlaku, aku nasihatkan pembaca yang baru pertama kali melalui lebuhraya ini mengambil berat dan berhati-hati memandu disini. Apabila melalui lebuhraya ni pasti melihat pemandangan yang menarik seolah-olah berada di sebuah daerah di switzerland, terutama sekali apabila melalui Tasik Banding. Di sini aku selitkan buktinya.