Tuesday, June 9, 2009

Bila Harga Getah naik


bercerita bila harga getah skrap naik,kenaikan harga getah dan kelapa sawit yang mendadak dalam pertengahan tahun lepas agaknya menyebabkan ramai laa pekebun-pekebun kecil, orang felda ke, atau rancangan yang sewaktu dengannya kaya sebentar, bagi yang beringat tu dapat la menabunng dalam ASB atau dalam Tabung Haji, tapi bagi mereka yang boros itu ramai yang menukar kereta baru atau menabung di tempat yang tak sepatutnya. Ermm sebenarnya aku pung dapat jugak tempiasnya almaklum la ayah aku ada jugak kebun getah ni heheheh, Tapi apa yang aku lihat kat kampung aku tuu, ramai yang salah langkah sedangkan mereka ni dah hampir 50an atau 60an lebih...tapi masih lagi ingat nak berseronok, masa waktu tu ramai la yang nikah lagi, kalau yang nikah tu takper laa jugak...tapi kalau yang tak nikah dengan sah tu per polak ceritanya, nak nasihat pun sapa la aku. Sebenarnya tempat aku tu tidaklah berapa jauh dari thailand, aku ingat dalm 45 minit sampai laa sana. Jadi waktu tu ramai laa pemuda dan golongan yang tua tak sedar diri menghabiskan waktu mereka di sana, engkorang pikirlah sendiri kalau dah pergi sana tuu takkan laa sekadar nak berjalan sahaja al maklum la Thailand tu katanya syurga dunia, bawak sahaja bekalan kepala agung semua boleh dapat.. tapi yang lebih kronik ada jugak mereka yang tergadai harta benda dikapung akibat penangan wanita siam ni..Masa tu korang nak tau dalam seguni gula sekerap tu boleh dapat dalam rm300, macam-macam kes jadi, yang mencuri pung ramai, kebanyakan kes mencuri tu bebudak penagih tegar laa dari kampung atau felda berdekatan. ish isshhhh. Kenaikan getah waktu itu jugak membolehkan segelintir orang kampung menukar kereta baru, dan bagi yang beringat tu bagusnya dapat la menabung untuk pergi ke tanah suci atau membeli tanah atau mengupgredkan rumah. Sebenar keadaan ni akan berlaku 10 tahun lebih atau kurang lebih, Tapi ramai yang silap langkah, sekarang harga getah turun dengan rendah sekali jadi bagi mereka yang lupa diri, penyesalan tiada gunanya. Dan untuk mereka yang berjimat cermat akan menikmati hasilnya kini dan masa akan datang.

Masjid al-ahmadiah kampung kenayat


Pada hari ini aku nak kisahkan masjid ditempat aku ni, nama masjid ini masjid al-ahmadiah terletak dikampung kenayat. Tapi sebenarnya kampung kenayat ni cuma 500m dari kampung tanjung kasau jer, masjid ini aku rasa telah berada di situ sejak tahun 50an lagi, mengikut cerita yang aku dengar tanah masjid ni telah di wakafkan oleh seorang peneroka asal kampung kenayat yang dikenali Tok Nebang .Pada tahun 2003 masjid telah didirikan semula dengan wajah yang baru hasil sumbangan seorang tokoh korporat dari Kuala lumpur. Namun kegagalan kontraktor yang bertanggunjawab telah menyebabkan masjid ni telah terbengkalai selama 2 tahun. Namun beberapa tahun lepas masjid ni gah dan siap sepenuhnya dan menjadi tumpuan jemaah dari kampung kenayat dan tanjung kasau, tapak asal masjid dengan kubah asal boleh dilihat didepan masjid. Di sebabkan masjid ni betul-betul berada di tepi jalan persekutuan, masjid ni menjadi tumpuan dari pengembara dari pelbagai pelusuk. Dari pengetahuan saya masjid ni telah didermakan tan sri shamsuddin kadir atas nama allahyarhamah isterinya puan sri sapura. Dari sumber yang aku selidiki Tan Sri shamsuddin kadir ialah bekas ketua pengarah telekom sebelum di swastakan, selepas beliau bersara dengan rakan baiknya Datuk Rameli musa pengasas ingress (merupakan penyokong kuat anuar ibrahim satu ketika dulu). Mereka menjadikan sapura sebuah syarikat telekomunikasi yang disegani dan menjadi vendor kepada syarikat besar. Bidang spare parts, pengangkutan, teknologi maklumat kepada kementerian pertahanan merupakan bidang mereka. Kini Tan sri telah bersara diambil alih oleh anaknya datuk shahrir shamsuddin. Sapura juga telah di anugerahkan lesen telepon cellular 017 dan menopoli telepon awam dengan jenama Uniphone pada satu ketika dulu. Ketika penstrukturan Renong mengambialih uniphone dan 017, Sapura mendapat sejumlah tunai yang besar. Dan ketika Renong hampir muflis sapura telah membeli unit oil and gasnya CREST dan diberi nama Sapuracreast Petroleum dan kini menjadi pemain besar dalam bidang minyak dan gas di malaysia. Tan Sri shamsuddin kadir telah berkahwin kali kedua beberapa tahun lepas dengan seorang wanita dari Iran yang cantik dan merupakan seorang eksekutif kanan. Kekayaan tan sri sukar aku gambarkan, dipercayai beliau juga mempuyai sebuah kapal layar di beri nama AL-Khaliq yang berharga puluhan juta. ohhh kaya kaya....terima kasih tan sri.

Saturday, June 6, 2009

selamat hari jadi alia maisara







Minggu lepas 31 jun 2009, ayah dan mak maisara balik kampung tanjung kasau, dan pada petang hari selepas asar pihak keluarga telah merairkan hari jadi alia maisara , yang jugak anak saudara aku. Majils secara kecil-kecilaan doa selamat dengan kehadiran jemaah surau kampung dan sanak saudara terdekat memeriahkan suasana. Masa maisara dilahirkan kat hospital putrajaya aku ada jugak bersama ayah dan mak aku berkampung di putrajaya, kini maisara dah genap setahun. Aku sebenarnya masa tu dok kampung lama disebabkan tak kekerja, jadi masa tu aku lah yang menjadi orang kuat org tua aku kalau-kalau ada sebarang agenda yang perlu. Sekarang aku dah kembali ke KL dan cuba perlahan lahan membina kembali....baiki kesilapan yang lampau, dan aku berjanji aku akan kembali dengan kejayaan.

Friday, June 5, 2009

suara akar umbi


aku kalau kelik kapung aku biasa sembang dengan ramai orang samaada dari pro atau dari pihak yang tak pro, petang-petang aku biasa lepak kat lawin utara kedai Rauf diehard Pas, atau kat padang jeri kedai suhaimi depan masjid atau kat kenayat kedai Yie diehard Ubno...kalu gie gerik aku selalu lepak kat kedai mail kokdiang tapi semua kat sana diehard Pas, kalu kedai mamak gerik kat hujung tuu ramai geng geng Ubno...ramai laa pelobi pelobi balak kat situ. Jadi setidaknya aku tau laa perkembangan terkini yang sedang bergolak. Berbalik certa sebenarnya kat sini, aku berasa heran apesal ketua kampung atau JKKk memilih bulu atau aliran politik ketika projek menurap jalan dikampung dibuat, contohnya kalau seseorang setiausaha atau ketua kampung jalan tuu dibuat sampai kat kebun diorang nak buat, kalau orang pas langsung tok ketua tak bagi, apa dia nak menyekat projek macam tu sedangkan bukan duit dia pung, keadaan macam ni telah menyakiti hati penduduk kampung yang terlibat walaupun semua orang maklum al-kisahnya kampung tersebut telah diterokai oleh tok atau cher dia dulu. Perkara ni jelas terjadi di kampung kenayat. Kalau yang pro tu sampai 3, 4 kali kena turap, Di kampung aku macam rumah Jamsari apesal diorang tak menurap jalan kat umah dia...turap je la. Engkorang tau tak? kalau dekat kampung baru cina mcm kampung air kala tuu jalan diturap sampai ke belakang dapur.. walaupun mereka bukannya penyokong Barisan nasi pung.. dan kalau dekat petaling jaya ni dekat taman-taman yang majoritinya cina setiap tahun jalan di turap baru oiii..

Alfatihah untuk aruah eli


Dalam pukul 8.00 tadi mak aku telepon dan memberitau eli adik kepada cikgu medan..atau abang kepada Jamsari telah meninggal dunia.. tak salah aku dia meninggal petang atau malam semalam, mak aku kata dia ada penyakit kencing manis, masa aku kat kapung sebulan hari tuu ada jugak jumpa dua tiga kali dekat kedai maknoh. kedai pak tam pahtu kat kenayat ada gak aku bersalam dengan dia, aku pung terkejut jugak. semoga aruah ditempatkan dalam orang orang yang beriman, semoga pembaca sudilah menghadiahkan al fatihah pada aruah eli..al fatihah

Sukanika Tanjung kasau..anjuran UmNo

pada 31hb hari ahad yang lepas buat pertama kalinya pihak yang berkenaan telah menganjurkan sukanika untuk penduduk kapung tanjung kasau. Acara sukan bermula pada pagi ahad 8.30 dan berakhir pukul 1 tghari dengan jamuan nasi berlaukan kari ayam, ikan masin, ulam sambal belacan, kehadiran datuk Termizi adun kenering seketika dengan ucapan politik perak amnya, dalam acara sukan berbagai acara telah diadakan seperti acara berebut kerusi, menarik upik pinang, bowling padang menggunakan buah nyior, futsal veteran, belia, dan macam mcam lagi..hadiah telah disedikan hasil sumbangan peminpin UmNo lah dan sumbangan ahli pernigaan ikan bilis saudara cikgu nizam yang membuka Mini market di lubuk bedil, anggaran yang hadir pada hari tuu tak salah aku dalam 100 orang lebih kot, termasuk lah bebudak kecik sebab aku dipertanggujawab menulis kehadiran...tapi aku datang lambat kerana pagi tuu kesejukan ..hehehe alasan. Saya akan cuba uplodkan gambar sedikit masa lagi

Wednesday, May 13, 2009

Apa Nak jadi nii...

masa aku kat kampung ni banyak jugak perkara yang tak enak aku dengar, dulu-dulu kes kecurian sekrap selalu terjadi sebab masa tu harga getah yang agak tinggi lani lain polak jadinya. korang nak tau per polak yang hilang sekarang ni kat kampung aku ni? Minggu lepas lembu sekandang hilang kat kampung padang jeri sebelah kampung aku ni, pastu polak buah pisang menjadi tumpuan penagih penagih tegar, mungkin harga pisang yang tinggi kot, banyak la pokok-pokok pisang orang kampung yang menjadi mangsa, sekarang tak kisah samaada pisang yang muda atau pun dah tua semua disapu oleh penagih dadah ni., memang orang kampung sudah mengenalpasti mereka yang terbabit melakukan kerja ni, kira geng pencuri skrap jugak la, tetapi disebabkan mereka ni belum lagi terserempak dengan orang kampung jadi tiada la tindakan yang boleh dibuat buat masa sekarang. Aku harap perkara ni dapat dibasmi dengan segera demi kesejahteraan dan keamanan kampung ku kampung tanjung kasau.