Saturday, April 2, 2011

Tandas paling Kotor kt dunia Hentian Banding Gerik

tandas dekat depan tuu
Bulan lepas aku berkesempatan bekerja dekat Kota Bahru kelantan, mula2 tuuu tiap-tiap minggu berulang alik KL-KB...kadang kalau pergi ahad, hari khamis dh balik KL...selalunye ikut jalan KL-RaUb-Gua Musang-kota Bahru... Sepanjang ulang alik aku tuuu selalunyerr kereta selalu tersangkut dekat Bentong-raub, semuanya aku melalu pekan ni. Lepas tuu kalau ada lori memang laaa sangkut panjang...jalan paling bahaya selepas tuu ialah Bukit Tujuh sebelum sampai GUa Musang, memang bahaya btul jalan nii..patut laaa byk kemalangan kt situ. Ada jalan baru sedang dibina sebelum GUa musang nii tapi mungkin dibuka tahun ni kot. Satu hari tuu kereta kampeni rosak dekat Gua musang ..bayangkan lahh tempat jin bertendang., kereta baru tk sampai setahun tapi org sebelum mungkin tak jaga. Telepon kampeni diorang suruh selesaikan sendiri, besok baru ada rescue sampai. Huhhhhhhh gilerrr btlll dekat sehari aku dok tunggu tol truk dari KB, nak tarik pergi sana. Lepas kami diberi kereta baru...dan selesai akhirnyer tugas disana. Aku pun balik ke Gerik melalui jalan Jeli-gerik untuk membawa pulang kereta yg rusak hari tu. Sampai ke banding aku singgahlaaa kat hentian Jeti banding..bila masuk tandas kt situuuu...aduhhhhh aku rasa inilah tandas paling kotor paling busuk, tak terjaga..mcam haramjadah. Tandas yang diurusksn oleh majlis daerah Gerik mmg memalukan..Sbb charge ambik 30sen..memang malu betul laaa...kotornyerr

Monday, March 28, 2011

Bisnis apa nak buat dekat kampung ni


Air Mineral Kg TGkasau yg semakin kecik sbb org bangang smbung terus dari paip ni dan tk terjaga
Aku kalau duit dh banyak nak jugak dok kt kampung ni, dah malas dah dok KL ni...sakit kepla dah, mungkin beberapa tahun lagi kot. Walaupun peluang kt KL ni besar..tapi sampai satu tahap dah tak tercapai akal dh. Godaan pun banyak, kalau sapa yang silap rusak la. Sebab tuu aku lani..kerja balik rumah, lepak pun kat mamak rumah ni. Paling fedup kt KL bila jem....tiba2 tengah malam pun jem contoh dkt MRR2 tu..sakit kepala btl. Sebab tuu aku suka kalau ditugaskan kt luar, kt kota bahru ke, bandar2 kecik...dapat jugal tengok pemandangan cari kenalan baru. Tapi sekarang ni kena keja kt KL laaa kawasan pj pulak tuu...aduhhh lagi sakit kepala, org yg nak tolong picit pun tiada lagi. Sebulan dua ni aku sgt rajin berfesbok yang bestnyer jumpa kawan2 yang tingkatan 1;2 pulak tu..tak sangka btl. Disebabkan kerja aku setiap jam internet kena bukak bole laaa curi2 bukak. Kadang2 kalau dekat nak jugak balik kampung aku ni sebentar,,,ni jauh sgt paling laju aku penah 3jam Gerik-KL . Mata pun dh sngantuk...kpd pembaca jumpa blog ni sila komen..dtg sini selalu tau..salamkum

Saturday, March 26, 2011

Cepat Betul Masa Berlalu...pejam celik pejam celik.

singgah tasik Banding
Cepat betul masa berlalu...esok dah 27.3.2011 dan esok jugak hari jadi aku yang ke 3.......tua bangka dh rupenyer. Betul laa kata kwn2 semnjak hadirnye fesbok ni blog dh lma tk dikemaskini. Walaupun begitu carian dlm google kalau pesal kg aku atau geriik byk jugak yg keluar nama Kampung Halamanku ini. Ini memang fakta...kalau tk pecaya cuba gogle tgk. Bulan ni aku kerja dekat kawsan PJ-dmansara saje, huhhhhh mmg sakit jiwe kena kt sini...memanjang sesak, lepas tuu mmg kena kawasan sesak je. Aku pun tk tahu berapa lama bole tahan...ikut hati seronok lagi kalau kena kt luar mcm kt Kota bahru. Dalam 2 bulan lebih lagi...adik bungsu akan kawen jadi akan ada kenduri yang sederhana laa kt Kampung TanjungKasau ni, aku pun tk tahu mcmna nak adjust cuti ni, kerja yang dulu takpa laa bole adjust sendiri.. Tiada apa2 menarik pun dlm tahun baru ni..tapi aku rasa bintang aku nampak cerah tahun ni...rasanye laaa. Dekat 2 bulan kt KB seronok jugak...aku yang tak penah pergi kelantan selama ni tiba2 dapat dok kat sana, nanti kalau pergi sana nati tahu laaa nak jalan2 kat sana. Paling best kat Kota bahru ni, bab makan laaa..sedap murah, pagi dh pekena nasi..orangnye pun ramah ..marka pun comel2...... .so esok aku tulis lagi laa asslaamulaikum.

Wednesday, January 5, 2011

Harapan Tahun yang gemilang


Salam kepada semua...ini adalah artikel yang terkini pada tahun 2011 nii, semoga tahun baru ini kita akan beroleh kejayaan yg gemilang. Aku sekarang dah kerja tempat baru...tempat lama byk jugak aku beljar, wlaupun itu bukan bidang aku tapi aku byk explore dan kenal belbagai org baik kontraktor ataupun org2 kerajaan. Cuma tempat lama ituu dulu tak cerdik dlm mengagihkan gaji. Maklum org melayu berniaga semua duit yg dapat nak diblanjakan tapi pkerja tk dijaga. Kerja baru sekarang projek manager melayu, kampeni comfirm la cina tapi besar gilaa, gaji tip top cuma skrang kena kerja keras laa sikit. Dua hari lepas manager ckp, hang nak pegi perak. Aku kata boleh shj...tapi sementara jer kami outstation kt sini dlm 2 minggu. Lumut ni tempat parking org nk pegi pulau pangkor... Dalam 3 hari ni aku dah pusing keliling dah. Habis lorong kg cina, kampung melayu masuk. Kalau line clear nk kelik kapung mingu ni...chow cin cau..salamkum

Wednesday, December 15, 2010

Hartamas menjadi hentian anak muda


Hari itu aku dah tak seronok melepak di uptown hawkers dekat Damansara Utama tu sbb ramai sgt org jual brg kt situ, jadi kena la cari tempat baru . Hari itu ialah rasanya kira-kira 12 thn lepas.kalau tidak sbelum ituu hari2 aku dengan kenkawan melepak dari petang sampai ke malam satu tempat bernama salleh place, mengung betul. Lama membuang masa kat situ kenal laa kawan-kawan yang masih berhubung sampai skrang. Ada yang menjadi star seperti Farah asyikin tu dan ada yang dh kahwin lain. Seterusnya cerita tadi aku dengan membe aku sorang ni namanyer sayed s je laa, dia ni baru balik kemboja masa tuu tapi disbbkan dia tak berapa suka bosnye ketika itu, jadi hari2 laa dia balik awal. Aku dengan dia hari-hari laaa dok berkeliaran kt kawasan ni. Satu hari tuu sorang member cakap ada port baik baru kt hartamas, kami pun pegi laa servey....fuyooo persembahan menarik, pemandangan indah. Sejak malam tuuu..setiap mlm kami port situ, masa tuu parking pun senang lagi, hartamas square hanya sebuah kedai cina 'hidup segan mati tak mau' bomba tuuu kawasan parking, hujung belah kiri depan bestari tuu belum ada bangunan, ada mcm food court jugak...'norren noor' pelakon seksi thn 80an berniaga kt situ...tak igt dh jual pe. Lupa aku nk cakap nama tempat tuu 'Uncle Don' ...org kata dia ni mmg kaya plat no TV3, TV2 tuu dia yg pakai, TV2 dia pakai kat Posh kot. Kedai dia tuu terpampang muka dia kt wall tepi tu. Mungkin dia ni dulu proksi UMNO kot ? Ramai laa celebriti, datuk ke, gadis2 kt situ. Sebab itulah pada thn2 ni rangkaian tv3 masa tuu mcm hampeh tak mcm skrg, sbbnye CEO nyer tiap2 mlm dok bermanja dengan aweknye, aweknye pun kadang2 lepak dgn aku hehe namanye Lenny kwnnye jessy. Kami aktif sebulan jer kt situ...lepas tuuu ..ada pergi sekali sekala. Semasa kejadian orang mati kena belasah dekat situ dah tak pergi lama dah kira tempat tuu sampai ujung kegemilangannya, lama jgk tutup lepas dah jual, tempat tuu dh jadi teruk sbb dah ada mcm2 kt situ. Sekarang kedai tuu dah jadi restoran pelita. Skarang dekat hartamas square mmg gilerrr.......terutama musim bola, sesak betul. Jalan besar kat situ pun dah bertaraf lebuhraya bole tembus ke jln duta atau ke penchala link. Aku kenkadang pegi lagi satu mamak dkt situ. Kenkadang kalau lepak dgn bos sampai lewat malam bersama kumpulan skubanya..Aku tak reti menyelam dan tak minat pun aktiviti tuuu. Kadang tu kalau nasib baik nampak laa artis kontversi Fasha Sadha dgn Bf dia Jejai tuu baru balik disko...selalunye naik camry putih plat perak tinted gelap. Jejai ni masa baya aku hari2 jugak nampak kt uptown tuu, tapi masa tuu pak dia dah bagi M3 kt dia, pak dia kan MB Perak....... yg banyak balak kt tempat aku tu. Kalau yg lain golongan 'artis' tuu tk pasan laaa tapi ada satu tempat dkt jalan Yap Kwan Seng tuu, per nama tempat tuuu?.lagipun aku dah tak merayau macam dulu..dok pusing kawasan damansara ni saja, paling jauh aku pergi seremban dan kadang-kadang setiap hari. Kalau takde aral melintang awal tahun depan siap kot kerja kat sana. Esok hari khamis dah rupanya...sampai jumpa lagi..

Monday, December 13, 2010

Mana best Kenduri gotong-royong atau katering?

Zaman pun berubah, suasana kenduri pun turut berubah. Sekarang ni kalau nk makan kenduri secara gotong-royong dh jarang berlaku, hampir semua kenduri kawen skrg samada di kg atau di taman2 dah buat pakai khidmat katering. Bila pakai katering ni suasana pun mnjadi tawar, tiada lagi drama tiada lagi airmata. Almaklum smua dtg hanya utk makan kenduri shj lepas tuu terus balik. Tiada lagi kemeriahan seperti kenduri pak saudara aku...atau abg2 aku.. Disini aku ceritakan sedikt lebih kurang bagaimana kenduri gotong royong bermula. Persiapannya mungkin makan masa berbulan. Selepas pertunangan kedua pihak lelaki dan pompuan pun menetapkanlah hari pernikahan dan kenduri..selalunye kenduri belah perempuan laa hebat, pihak lelaki alaa kadar pun tk kisah..hehe. Selalunye kenduri ni buat lepas lepas raya atau musim cuti sekolah laa...mcm bulan ni la..(mslhnye mcm bln ni tkt hujan la kalau nasib tk baek).. Bila tarikh dh hampir sebulan tuu, tuan rumah pun buat laa masyuarat. Tetapi sebelum tuu dh habis beribu dh nak besarkan rumah, nak cat, nk betulkan mcm2 laa....byk pakai duit lorrr. Semasa kunduri abg aku dulu, akulah yg ditugaskan mnjadi tukang memadah(invite) org kg, tapi untuk masyuarat ni shj.. ayatnye lebih kurang mcm ni laa 'salamkum pak long.....emmm ayah suruh dtg rumah..mlm ni lepas isyk ade kenduri..masyuarat abg nk kawen ......' Sebelum tuu mak dh pakat dgn kaum wanita nk buat nyor rendang(kerisik) ataupun pulut manis. Kenduri masyuarat pun tiba, lepas tahlil..doa...ada laa nasi lauk makan gulai ayam, ikan cabai taucu, ikan masin ulam jering.... Masyuarat ni penting kena serahkan tugas masing2, kalau tk betul2 dan lontarkan tanggujawab masing2 nati kelam kabut dan ada pulak yg merajuk..aku dh tgk semua ni. Semasa ni jugak hari apa nk pasang khemah, nk angkut kayu ke akn ditetapkan. Aku detailkan sikit tugas-tugas tuu....... kalau ada lembu ditumbangkan..akan dilantik seorang kepala daging..jadi dia lah kena adjust nk potong daging dan bahagikn dlm kawah. Lain2nye ialah Kepala masak, kepala hidang, ketua penanggah, ketua basuh pinggan, tukang buat air, runner..penyambut tetamu, ........byk lagi ni. Ada jugak tukang rembat rokok jenuh tuan rumah nk beli rokok.....tapi itulah kemeriahan kenduri kawen.Aku selalunyee kaver semua, akulah orang yg akan myelamatkan keadaan. Untuk pngetahuan semua kalau sesorg tuu tk begitu akrab dgn org kampung, sombong jgn laa buat mcm gotong royong memang kena ban laa.. Pertama sekali dgn budak2 kg ni...bila balik kg sembang dgn diaorg, lepak, belanja ke...nati depa nk tolong byk Oooooooo.

Sunday, December 12, 2010

Mari Kita kenal Potensi Diri

Salam kepada pembaca diluar sana yang mengenali atau sebaliknye. Aku baca artikel ni tulisan sorang yg pakar bidang ini iaitu DR.azizan dan aku ambik yang perlu sahaja laa untuk diambik teladan. Semoga sama-sama dpt kita pelajari, contohi ape tuu potensi diri. Katanya semua individu itu ponyai potensi diri dan boleh dikesan digilap untuk mencapai kejayaan. Setiap individu perlu mengenali potensinye dlm mencari kekuatan. Caranye mungkin melalui cap cari, senarai soalan, anak mata tahi lalat dan tarikh lahir...apabila kita dah kenal pasti potensi itu barulah kita boleh bangunkan dalam kehidupan, dlm berniaga pekerjaan dan seterusnye.... katanya lagi lafazkan kata-kata seronok, kalau dah bekeluarga...lafazkan kata2 pujian ni kepada anak, isteri, kalau yang masih bujang lafazkan kepada gadisnyer tuu..dan kepada rakan sekeliling. Bila perkataan ni tertanam dlm kepala kita, inyaallah kejayaan pasti muncul. Contohnyer awak cantik, saya kacak, awak hemsem..aku kaya, saya berjaya...seeloknyer lakukan selama 21hari.... Kenapa perlu 21 hari? Ini kerana kitaran lengkap minda selama 21 hari. Buat jangan main-main yer. Kalau dah hari-hari cakap perkara macam ni automatik minda akan ingat. Bodoh, nakal, bangang, dan perkara yang mengaibkan jangan disebut...tapi boleh kah kita menahan diri dari perkataan-perkataan ini? Hanya yang power sahaja yang mampu kot. Jangan sesekali disebut perkataan itu kepada anak, cara yang betul royak mcm ni 'kamu anak yang baik' 'kamu anak yang dengar cakap' katanyer berikan kata-kata ini ketika anak baru hendak masuk tido, alaa mcm dlm cerita omputih tuu kan selalu ade adegan ni. Waktu tido dipilih sbbnya masa ni ia dipanggil 'alpha brain wawe' tenang dan maksimum. Apabila disebut 'nakal' 'bodoh' berulangkali kepada sesiapa jua pun, pasti minda akan tertanam dgn kata-kata itu...harikan hidup ini dengan pujian terutama kepada mereka yang sudah berfamily.....katakan kpd isteri..'ayang cantik sgt hari ni' .. atau kpd suami 'abg hemsem sangat' bila laaa aku nak alami saat itu...weii nii betul tak main-main. Selamat beramal