SAYA tertarik dengan tulisan Pegawai Tuan (Putrajaya) bertajuk Benarkah pegawai awam curi tulang di Putrajaya? yang disiarkan di ruangan Forum pada 16 Julai 2010.
Kejadian atau perilaku curi tulang ini sememangnya banyak berlaku di jabatan-jabatan kerajaan. Antara sebabnya ialah kekurangan kerja dan lebihan kakitangan.
Pada pendapat saya, tidak perlulah Pegawai Tuan bersungguh- sungguh menidakkan kejadian dan kerenah yang berlaku. Pegawai Tuan perlu sedikit masa muhasabah diri, cuba ambil masa bercuti satu hari dan pilih secara rawak untuk melawat beberapa pejabat-pejabat kerajaan.
Pastinya Pegawai Tuan akan dapati banyak kerusi kosong, kakitangan berbual dan sebagainya. Bersarapan lama adalah perkara biasa. Alasan minum dengan pelanggan adalah perkara jarang-jarang berlaku kecuali jabatan yang melibatkan tender dan setaraf dengannya. Kebanyakan perkhidmatan adalah berkaitan yang dituntut rakyat.
Untuk prestasi, kecualikanlah Jabatan Pendaftaran kerana mereka agak efisien.
Saya beri satu dari beratus insiden yang saya lihat. Terkena pada satu hari Jumaat, saya berurusan dengan satu jabatan di Putrajaya. Setelah menunggu dari pukul 10.30 pagi, pegawai berkenaan masih tidak ada di pejabat. Saya diberitahu bahawa pegawai berkenaan sedang mesyuarat.
Saya tunggu sehingga pukul 11.45 pagi dan mengambil keputusan untuk balik dan datang semula pada petangnya. Saya harus segera keluar dari pejabat mereka (pukul 11.45 pagi) kerana pasti kakitangan kerajaan akan keluar pada jam 12.30 tengah hari (hari Jumaat). Strategi saya ialah untuk mengelak kesesakan di jalan keluar.
Alangkah terkejut saya kerana apabila saya ingin ke kawasan untuk mengambil kenderaan, berderetan kenderaan kakitangan kerajaan sedang bersusun untuk bergerak keluar. Jam baru pukul 12 tengah hari (Jumaat), terfikir, pukul berapa pula mereka bersiap hendak keluar.
Fahamlah saya yang kakitangan kerajaan ini sangat efisien sehingga hilang rasa bersalah lagi rasa malu kepada kami iaitu seorang pegawai syarikat swasta yang syarikatnya tidak pernah gagal untuk membayar cukai. Bertambah kecewa kerana duit pembayar-pembayar cukai juga telah digunakan untuk membayar Elaun Sara Hidup (COLA) RM350 kepada mereka.
Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Saturday, July 31, 2010
Monday, July 19, 2010
Aku Langgar Indon dengan aku..aku naik ambulans sekali
Aku sebenarnyer pernah naik ambulans satu ketika dulu bila aku kemalangan melanggar 2 orang Indonesia yang sedang berjalan dalam gelap, aku tak perasan cuma bila nak langgar tuu aku pasan ada macam seperti ada menda kat depan aku tanpa sempat brek terus aku langgar...parah gak Wak Indon tuu patah kaki..aku pun masa tu ingat dah cedera sebab aku aku melambung jatuh ke jalan tar tuu...jalannyer betul berhampiran sekarang ada Flat dan Pangsapuri kat situ, Motor KRISS yg pakai ketika itu agak teruk semua patah tayar pun pecah. Kejadian ni berlaku tak silap aku 7 tahun lepas di jalan Tropicanaa Selatan berdekatan IBU PEJAbAT KEADILAN tu, Dulu tempat tuu kawasan jin Bertendang kereta pun jarang2 masuk, tapi hari ni kat situ penuh dengan kedai dan rumah pangsapuri dan mewah. Pada Ketika aku berniga kat situ..ermm aku dapat tender kantin berhampiran situ..boleh laa menampung dan belajar berniaga masa. Dengan kapcai Kris tu laa Aku ulang alik ke kampung kayu ARa berdekatan untuk membeli barang-barang keperluan.Aku Ingat lagi dalam pukul 8 malam kot, masa tu pangsapuri kat situ sedang rancak dibina, bila kejadian berlaku ramai laa geng indon ni turun mujur laa aku tk dibelasah. Ketika keadaan kelam kabut tu lalu sebuah Patrol Car sedang meronda, diorang la menelefon Ambulans jadi aku yang sedang kesakitan naik sekali la dengan Wak tu, aku cuma luka ditangan dan lutut rasanya
Monday, July 12, 2010
Malaysia pun ramai artis macam Ariel tuu
Kawan aku kata kata kt malaysia ni pun ramai artis macam ariel tu...aku rasa pun memang betul cuma takde lagi yang terbongkar...Dulu2 pernah terbongkar....
Wednesday, June 30, 2010
Akhirnya data peribadi kita dipertahankan
KAT malaysia ni pelik sikit, ada syarikat swasta pulak yang menyimpan data peribadi seseorang, data peribadi seseorang digunakan oleh THE COMPANY contoh terdekat seperti Bank kononnya untuk menyiasat latar belakang seseorang, apa hak Syarikat seperti CTOS tuu, menyimpan data peribadi kita ni..gila punya prosedur .Aku tertanya-tanya siapakah ahli THE COMPANY yang melindungi syarikat seperti ini sebelum ni, keuntungan berpuluh juta, kemudian senang-senang jer nak Blacklist orang, ada satu lagi yang aku prihatin berkenaan samseng-samseng penarik kereta menggunakan laptop dan menembak(scan) no kereta..untuk mengetahu status kereta. DIsini apa-apa undang yang diguna pakai yang membolehkan seseorang memcerobohi maklumat yang dianggap sulit..Aku sarankan kalau engkorang berjumpa dengan samseng atau aku gelar penyamun berlesen ni, gunakan undang-undang yang ada untuk mempertahankan diri, atau susah2 belasah jer mereka ni. Disini aku petik2 kata Menteri Komunikasi dan Kebudayaan..... Rais berkata kedudukan syarikat-syarikat lain termasuk Credit Tips Off Sdn Bhd (CTOS) yang selama ini menggunakan data peribadi seseorang kini terletak di bawah bidang akta baru itu.
“Justifikasinya perlu dipohon kepada suruhanjaya tersebut, mereka tidak boleh lagi bergerak seperti biasa lantaran undang-undang ini akan mengenakan beberapa syarat dan sebelum syarat ini dipenuhi maka syarikat sepertinya tidak boleh beroperasi seperti sedia kala,” katanya.

Monday, June 28, 2010
Godaan tubuh wanita
LELAKI memang mudah terpedaya dengan fizikal wanita..KENAPA TAK PERCAYA? cuba perhati apabila ada seorang wanita cantik melintas didepan mata( macam iklan dlm tv tuu yg paparkan pelakon tuu melintas)..Macam tuu lah kat luar sana. Tetapi kepada wanita jangan cepat perasan, kerlingan lelaki bukan bermaksud mereka berminat atau jatuh cinta. Itu mungkin kerlingan sesaat bagi memenuhi libido yg sebentar...omputih kata Suddenly..Without any warning: abruptly, short. Idioms: all of a sudden. See fast/slow/velocity.
Bagaimanapun wanita harus tahu bahagian mana perkara ini berlaku aku nak sambung tapi segan pulak nk tulis
Bagaimanapun wanita harus tahu bahagian mana perkara ini berlaku aku nak sambung tapi segan pulak nk tulis
Thursday, June 24, 2010
Tempat Menarik Di Gerik berdekatan Kg. Tg Kasau laa
JALAN TERUS PERGI GERIK
Dalam perjalanan K.Kangsar-Gerik akan menemui Jambatan ni..sebelum itu bole la beli Ikan Pekasam kat tepi ni
BAGI mereka yang belum pernah ke Gerik dan bercita-cita nak pergi ke Sana, samaada ada Kenduri kawen ke, Seminar ker, nak memancing, melancong, bercuti, berburu, atau mencari-cari peluang perniagaan disana(peluang ni hanya terbuka kepada orang politk sahaja la sebab sini banyak kawasan balak dan ada berguni duit)menghantar anak ke MRSM kat sana ke. Perjalanan ke Gerik dari Kuala Lumpur bagi aku dah biasa, mungkin 3 jam, kalau naik bas tambah lagi sejam. Satu-satunye jalan dari KL ni boleh diikuti melalui Lebuhraya Selatan masuk ke Tol Kuala Kangsar, dari situ akan jumpa traffic light terus ke Gerik, kalau ke kiri saudara-saudari bole ke Taiping melalui jalan persekutuan(jalan lama la).....KALAU taknak bayar tol boleh laa ikut melalui jalan belakang ikut Kuala Selangor, terus ke Lumut keluar ke Taiping..Seronok jugak ikut jalan lama ni, tak payah bayar tol tapi perjalanan agak panjang la, tapi bole la melihat keindahan sepanjang jalan. APA_APA pun Aku mesti fofulorkan Kampung aku dulu satu DUNIA, dekat kampung ni tempat yang MENARIKnyer ialah (AKU TENGAH PIKIR) ???? Kalau suke masuk hutan kena pergi la ROYAL BELUM tuu, tapi nak masuk sini kena buat permit dulu, bila sampai sana ada org akan uruskan cuma bayar sahaja. Memancing di Tasik banding, melawat perkampungan orang asli disana. Dari Gerik Saudara boleh meneruskan perjalanan ke Kelantan( dlm 2jam) ke Thailand(sejam) ke Penang (sejam...lebey skt)

Aku ingat Dah Nak jadi...rupenye hampeh...
waduh-waduh
Sebenarnya lama aku tak menulis sendiri ni, selalunyer aku ambik ideal atau certa dalam suratkabar jerr...tapi hari ni sebab menemankan bos kat kedai mamak ni sambil tengok bola kesudahan...bekas penjajah tanah melayu Jepun menang 3-1 lawan Demmark. Aku certa la sikit lebih kurang kat dalam ni. Baru-baru ni dalam 3 bulan lepas la,(seorang yg aku penah kenal lama dulu2) entah macamner aku telah menjadi angau dengan seseorang, aku ingat semuanyer indah, aku pun ingat nak tutup buku. Maksud aku aku nak kawen laa .Bos pun nak sponsor lebih kurang...Ape nak tulis ni sila.. RUPA-RUPAnya tinggal angan-angan, entah apa la pulak tiba2 SI Dia tel tak angkat, mesej tak jawab...mengung betul, hari tu bukan maen lagi...subuh2 nak mesej aku, Aku ni laa jenis species yang cepat mengalah, kalau mesej berpuluh tak menjawab tandanyer memang laa taknak lagi, walaupun hari2 aku menjengok ke laman Fesbooknyer.Sebenarnyer aku layan fesbook tu dulu sbb dia la..Skrg blog pun dah terabai. Hero sekarang ni kira tengah frust la, mana tak frust aku beri hint dah kat orang tua aku..salah aku jugak kot..lantaklah. APa-ape pun mungkin ini ade hikmah dan pengajarannyer. Sebagai Hero dalam certa ni..hero tak bole putus asa. Kalau Si Dia nak baca certa ni baca laa...ermmmm aku rasa ada bagi alamat blog ni dulu. Mengantuk laa pulak bila bos nak balek ni dah pukul 4.30 pagi..aku igt baru pukul 3

Subscribe to:
Posts (Atom)