Wednesday, April 29, 2009

Antara Aktiviti Yang Diusahakan Oleh Orang Kampung Tanjung Kasau


Di sini aku nak cerita sikit pesal aktiviti orang-orang kampung...kebanyakan di sini melakukan pekerjaan sebagai pekebun kecik, motong getah laa, ada jugak yang berniaga kecil kecilan dan ada jugak yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan seperti cikgu, kerani dll ...kat atas di sini aku sertakan gambar beberapa hasil dari aktiviti mereka yang mengusahakan beberapa kerja...antara mat Sin.. dengan bengkelnya didepan rumah antara aktiviti masa lapangnya membuat ulu golok dengan mengdapatkan Kayu kayu yang seperti belian, nangka di hutan berdekatan, sebenarnya ulu golok ni ada pengikutnya sendiri, aku pung pening bila dengar diorang certa harga ulu ni berubah mengikut jenis kayu..kayu yang paling susah didapati lagilah mahal harganya.. dari rm30 hinggalah beberapa ratus...masyuklah mat Sin ni, selain tu dia jugak berkebolehan memasak, dengan penangan (mulut lasernya gema) riuh rendah suaranya ada yang makan hati ada yang buat tak tau...hehehe sabar jer lah
Selain itu mantan tok ketua Nor...aku rasa dia dah jadi tok ketua kot sekarang almaklum Umno dah kembali berkuasa, dia ni memelihara kambing dan menanam pokok dokong dan dibantu oleh datinnya kak milah mengusahakan katering untuk sekolah berdekatan...tok ketua ni sebenarnya ramai yang angin dengannya tapi biasa la memang susah nak jadi tok ketua ni...tak percaya tgk la Drama kat tv tu hehee..

No comments: