kat sini aku sertakan beberapa gambar semasa banjir besar kat kampung tanjung kasau, gambar
ni cuma gambar selepas banjir laa, nati aku cari lagi kalau ada. Dulu dulu pihak tok ketua ada jugak mintak senarai kerugian tapi hampeh senyap jerIA. Kerugiaan agak banyak laa tapi nak buat mcamna dah hukum alam, ketika kejadian banjir aku telah berada di kuala lumpur, aku rasa kejadian berlaku akhir bulan syawal masa tu, sebenarnya selepas aku tak dapat memperbaharui tender kantin aku, aku membawa semua barang atau kelengkapan kantin aku satu lori dari kl dan di letakkan di belakang pankin belakang rumah aku, akibat banjir besar hari tu habis separuh barang-barang dihanyutkan oleh arus sungai, bila aku balik masa tu keadaan rumah agak teruk sekali macam dalam sawah padi daa. DAN AKU SELITKAN BERITA DARI HARAKAHDAILY
Banjir lumpur yang melanda beberapa buah kampung kesan limpahan air Sungai Kenering dekat sini baru-baru ini telah mengakibatkan puluhan rumah mengalami kerosakan teruk selain harta benda hanyutSebanyak 55 keluarga di Kampung Padang Jeri, Tanjung Kasau, Tanjung Lobak, Air Pulau dan Ulu Lawin menjadi mangsa banjir yang tidak disangka-sangka itu kerana pertama kali berlaku seburuk itu sejak kira-kira 40 tahun lalu.
Berikutan itu, kerajaan negeri telah mengambil tindakan segera bagi meringankan bebanan serta penderitaan mangsa-mangsa terbabit dengan membuat lawatan serta menyampaikan bantuan kewangan.
Bantuan sebanyak RM150 kepada setiap keluarga mangsa disampaikan pada sebelah pagi selepas kejadian banjir lumpur melanda pada sebelah malamnya.
Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang ditemani Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim yang dibawa melawat ke rumah-rumah mangsa oleh Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Shukri Ahmad, Setiausaha PAS kawasan, Abu Bakar Mat Saleh dan rombongan.
Misbahul Munir berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan segera untuk bantuan kepada mangsa-mangsa terbabit berjumlah RM9,250 termasuk bantuan untuk makan tengah hari kepada kira-kira 300 mangsa.
"Banjir lumpur akibat limpahan air Sungai Kenering itu berlaku pada sebelah malam selepas hujan lebat di bahagian hulu sungai.
"Pada pagi keesokannya itu kita telah membuat lawatan ke tempat kejadian sambil memberi bantuan sebanyak RM150 kepada setiap keluarga mangsa," katanya kepada Harakahdaily.
Misbahul Munir berkata, banjir itu membabitkan 55 buah rumah, ada yang hanyut dan banyak yang mengalami kerosakan teruk dan difahamkan paling teruk sejak 40 tahun lalu.
Katanya, kerajaan negeri akan mengkaji tindakan segera sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah berkenaan daripada berulang lagi, sama ada kemungkinan akan mengarahkan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) mendalamkan serta melebarkan laluan sungai itu. - mks._
1 comment:
Tak dak pun gambar, nasib baik rumah aku tak kena tapi rumah abg aku teruk jugak air masuk, sampai paras pinggang al maklum lah rumah tepi sungai.
Post a Comment