Wednesday, May 6, 2009

Rupa-rupanya banyak yang aku ketinggalan


Rupa-rupanya banyak yang aku tak tau perkembangan akhir-akhir ni dikampung aku ye laa dah 5 bulan tak balik. Mak beritau, katanya kedai kamal dah dijual kat paklong dan dibuat stor sahaja sekarang, dulu kamal ni bukak kedai runcit kat lubuk bedil nama tempat ujung kampung aku, dan dia sekeluarga dah pun berpindah kat kampungnya di Lenggong, mungkin perniagaannya merosot maka terpaksa la dijual shj tempat tu, lepas tu kedai makan zamree (formerly org kaya baru) pun dah ditutup dan sekarang diambil alih bapaknya menjalankan kedai barang runcit. Kedai zamreel ni betul betul tepi jalan berdepan dengan Air mineral kat kampung tanjung kasau ni. Kedai makan ni baru bukak setahun kot, mungkin dengan pengurusan yang lemah dia tak dapat bertahan barangkali. Sebab berniaga ni kena cukup segala ilmu dan seninya kalau setakat nak pakai bukak memang la tak berapa lama la berniaga, tapi khabarnya paklong Koha anak makwa dah bukak kedai teh tarik baru jalan nak masuk ke kampung , bersebelahan padang bola tu, koha ni memang dah lama berniaga, aku dengar perniagaannya lumayan mungkin dengan pengalaman menebar roti canainya tu. Aku harap dia akan maju jaya

No comments: