Thursday, June 11, 2009

Aku ni sebenarnya Pandai memasak

gambar Nasi Aloha takder aku letak gambar ni jer
tiba tiba aku nak coretkan kepandaian yang tak seberapa aku ni yang boleh memasak aku turunkan Ilmu aku ni sikit kat korang, aku suka sangat nasi ni, sebenarnya nasi ni jarang engkorang jumpa kat malaysia ni kalau kat Singapore nasi ni agak tersohor sekali, nasi ni dinamakan Nasi Oloha kaler dia putih jer tapi sedap OOoo, selalunya nasi aloha di padankan dengan Ayam Masak Merah, Daging Dendeng atau Daging Rendang, Dalcha Daging, acar . Kali terakhir aku masak nasi aloha dua tahun lepas kot, dekat sorang Pengarah ADDK (kenduri nak pergi haji) itupun sebab nak lobi projek la. Dua minggu kemudian ADDK panggil aku tapi aku tak terdaya sebab jauh pastu sampai 5 kali makan sehari, pengsan aku.
OK nak buat nasi ni senang jer sediakan bahan-bahannya
BASMATI, MINYAK JAGUNG ATAU MINYAK MOZOLA KE, SEBOTOL SALAD CREAM HEINZ, BAWANG MERAH HALIA BAWANG PUTIH DAN SEJENIS BAHAN DIPANGGIL BISTO YG CUMA ADA DI COLD STORAGE JE
Cara nak masak nasi ni senang jer, mula korang rebus dulu tulang tulang ayam atau kulit dia sebab nak pakai airnya nanti, Panaskan minyak jagung tadi campur la sikit dengan minyak biasa kemudian tumiskan bawang yang dihiris bila kuning jer, masukkan halia, bwg putih, bwg besar yg diblender tumis lah sekejap, lepas itu masukkan air rebusan tadi ikut nisbah 1:1.5 dan campurkan salad cream tadi dan Bisto( bisto nak beri nasi nanti kembang dan lembut.. bancuh dulu ye) masukkan garam dan kiub ayam ( garam masuk agak agak biar nasi ada rasa) bila dah masak enkorang cuba la menikmati nasi aloha nii perrrrr........aku pernah masak nasi ni kat rombongan dari trengganu seramai 300 org jamuan di dewan masjid putrajaya, semua makcik-makcik dalam tu tanya macamana nak buat nasi ni (masa tu JPM bawak rombongan dari trengganu tiap-tiap minggu semasa Trengganu dibawah PAS) kempen menawan trengganu rasanya.

No comments: