masjid sultan salahuddin abdul aziz berdepan tasik shah alam
Shah Alam ni aku rasa agak besar tapi aku rasa macam kampung aku jugak seminggu atau sebulan sekali aku mesti pergi sana, lepak dengan geng-geng lama kat khalifah section 3, shah alam ni sebenarnya tempat yang paling boring sekali, kalau malam memang laa sunyi sepi. Masa aku duduk sana dulu, seberang hiway sempadan Taman Pertanian Bukit tu hutan la lagi sekarang ni penuh dengan rumah. Dulu sapa yang dok kat section 8 kira dok ulu la, macam dok kat sri muda section 24. Kebanyakan yang dok kat orang shah alam ni majoritinya melayu dari saudagar kaya, teknokrat,ahli politik, pekerja swasta, pekerja kerajaan, pekerja industri dan belbagai lagi, kalau kaum India yang banyak ada kat sekitar Sri muda atau alam megah, tapi tuu kat seberang sana dekat-dekat dengan kawasan perindustrian. Kalau pergi ke kawasan dari section 15 hinggalah section 36 banyaklah kilang-kilang besar kat situ. Tapi kat sini ada jugak perumahan seperti section 16, section 17, section 19 sampai la ke section 37 ehhh btl kot. Tapi kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan kat sebelah tu mungkin section 18 sebab disitu mungkin banyak kemudahan seperti bank dan Giant didirikan. Dulu-dulu orang Shah Alam ada Kompleks PKNS shj sekarang macam-macam ada, cuma panggung wayang sahaja takda.(Sebab shah alam memang dari dulu lagi tk boleh dirikan menda-menda macam ni)
Kebanyakan saudagar-saudagar kaya atau bekas ahli politik tinggal di Section 9, section 7 atau section 8 dibelakang IPk tu section 3, sec 4, sec 6. Tapi yang femes mestilah atas bukit kat section 7. Nun di bawah bukit section 7 banyak perumahan baru berdekatan dengan beberapa Universti, dari situ bole keluar ke Bandar Klang. Kalau nak pergi Shah Alam jalan yang paling senang keluar tol Bukit Jelutong dari nkve atau lebuhraya persekutuan selepas tol batu 3. Atau dari Ipoh masuk melalui simpang kat rawang Lebuhraya Guthrie terus menuju ke Section 13.
No comments:
Post a Comment