Tuesday, June 15, 2010

Ada Yang Gila talak...Ada yang Merajuk Sampai tua

Semalam aku baca dlm metro seorang perempuan yang merajuk sampai tua kerana tidak dapat berkahwin dengan pilihan hatinyer, kini warga tua tersebut duduk seorang diri, dia kini duduk seorang diri dipinggir sebuah kampung dengan rumah yang yang agak daif lagu usang, tapi bila aku tengok namanyer tuuu, andaian aku ialah mungkin orang tuanyer dulu mahu dirinyer berkahwin dengan orang gelaran Syed kot(sbb aku tgk namanye Syarifah..)..mungkin ..Satu cerita menarik lagi seorang lelaki yang gila talak dalam mingguan malaysia, diceritakan lagi bekas isterinya dulu tidak cantik, gemuk. Kemudian menjadi cantik atas usaha kerasnya kalau sudi baca kat sini..
WANITA muda cantik bergaya itu berhati-hati menyusun langkah. Begitu menarik penampilannya. Pembawaan diri menunjukkan dia amat bahagia. Teman rapat berbisik: ''Setahun lepas dia manusia berbeza. Gemuk, tiada keyakinan diri. Yang sedihnya dia ditinggal suami gara-gara tidak cantik.''

Saya terkedu. Beberapa saat selepas itu, terlontar satu perkataan: ''Kejamnya.''

Teman yang bertindak sebagai kaunselor tidak bertauliah kepada wanita itu mengupas lanjut. Kebetulan ketika itu kami makan tengah hari bersama. Wanita itu menyapa, bersalaman dan memeluk teman saya. Ada air mata bergenang tetapi bukan kerana sedih sebaliknya membawa tafsiran yang pelbagai.

Wanita itu dalam proses bercerai. Beberapa kali dia diminta menghadiri sesi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam. Bertemu dengan lelaki yang pernah bergelar suami dalam hidupnya pada setiap sesi membawa semangat baru dalam hidupnya. Dia bersenam, aktif di gimnasium, mula bergaul dan meningkatkan keyakinan diri.

Membatalkan

Kali terakhir bertemu suami menyimpulkan cerita yang berbeza. Lelaki itu membatalkan hasrat untuk bercerai. Dia tergoda dengan keanggunan isteri yang ditinggalkan kerana pernah menjadi tidak cantik, gemuk dan tiada keyakinan diri.

Sedangkan ketika tali pernikahan dipateri, bentuk fizikal isterinya sememangnya begitu.

Diberitakan hidup lelaki itu kini tidak keruan. Pergerakan isterinya sentiasa diekori. Siang malam dia mengetuk pintu rumah dan pintu hati si isteri. Kemuncaknya dia menelefon isterinya memberitahu mahu mengambil nyawa sendiri lantaran niatnya untuk membatalkan perceraian tidak dipersetujui si isteri.

Dia mahu menghentikan denyutan nadi, namun ugutan demi ugutan tidak mampu mencairkan hati wanita yang amat terluka itu. Dia tidak mahu mengulangi episod luka ditinggalkan lantaran si suami jatuh cinta dengan wanita lain atas nama kecantikan. Dia tidak tahu takdir yang menunggunya di hadapan. Mana tahu kemalangan menimpa mencacatkan bentuk fizikal dirinya, tak mustahil dia akan ditinggalkan sekali lagi lantaran rupa paras dan bentuk badan mendasari mahligai yang dibina, bukannya keikhlasan atau cinta sejati.

Keadaan suami umpama orang gila mengejarnya ke sana sini juga tidak mengundang simpati. Kalau dahulu dia dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri tetapi hari ini dia nekad tidak mahu berpaling biar pun dinasihatkan berkali-kali supaya memberi peluang kedua kepada si suami. Pegawai kaunselor di jabatan agama juga buntu. Wanita itu sememangnya tidak mampu dilenturkan lagi menyebabkan lelaki itu gila talak dan tidak henti-henti meratap hiba.

Teman saya bertanya apa tindakan saya jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Mendengar jawapan segera saya mungkin mengambil tindakan yang serupa, dia menggeleng-geleng kepala. Katanya, dalam hidup memberi dan membuka peluang kedua adalah sesuatu yang mulia dan hasilnya mungkin lebih indah. Dia juga memberitahu tidak pernah menyangka wanita boleh berubah menjadi sekeras itu. Sebagai doktor perubatan dia jarang bermain dengan psikologi tetapi dalam mengutip pengalaman wanita itu, dia mengakui selain keras hati, ego kaum Hawa tidak kurang tingginya berbanding lelaki.

Malah perbuatan tidak waras itu boleh saja menambah kebencian bukan saja bekas isterinya malah banyak orang lain terhadap lelaki itu. Kita pernah membaca laporan berita seorang lelaki membaling jendela rumah seorang gadis gara-gara pinangannya ditolak. Perbuatan itu dilakukan berhari-hari terutama menjelang dinihari. Walaupun bukan gila talak namun hakikatnya sama - segagah manapun lelaki belum tentu kuat apabila hasratnya ditolak. Selembut mana pun hati wanita, akan ada masanya menjadi keras sehingga tidak mampu ditembusi......(penulis ni mungkin geng Oprah ni)

NOta> jangan marah yer aku copy paste je ni

5 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hati wanita.. Sekali luka.. Susah nak ubat.. Sekali hati dah keras dan nekad, apa pun dia boleh buat.. Gemuk pun leh jadi kurus.. Hmmmmm..

Banyak pengajaran kesah ni.. Thanx hang nadim kongsi kesah ni..

hang nadim said...

Farhana>teman penulis rencana ni ni seorg Dr.perubatan tidak pernah menyangka wanita boleh berubah menjadi sekeras itu, dlm amalannye jarang bermain dengan psikologi tetapi dalam mengutip pengalaman wanita itu, dia mengakui selain keras hati, ego kaum Hawa tidak kurang tingginya berbanding lelaki.

birU said...

salam hangN,

adakah ku juga merajuk sampai tuer
uhuhuhuh...

mu apa khabar?
sudah membuka peluang utk kali ke 2?
hahhahahah....

jijah montel said...

dah tak suka.. nak buat macam mana.. sapa2 pun gitu saya rasa.. bukannya ego atau apa.. tapi dah tak suka.. tak suka.. tak suka!

hang nadim said...

Biru> biru merajuk jugak ke..waduh2 awatnyerr..jgn merajuk sanagt ler

cik jijah> cikgu cuti sakan laa, balik mana meru ke SP, sebab itu kena buat org SUKA..tk begitu ...kan kan