Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Wednesday, December 8, 2010
Dalam perjalanan INI
Dalam perjalanan hidup kita ni, mcm-mcm akan kita tempuhi saat sedih dan saat gembira. Semasa aku kecil aku tak ingat lansung la apa yang terjadi. Saat yang aku ingat ialah ketika aku belajar di tadika, mungkin umur ketika itu dalam 6 tahun. Hari tuu yang aku ingat aku mnangis mcm kena rasuk sebab nak balik, walaupun mak ketika itu ada situ. Aku ingat lagi abang aku kadang-kadang pergi ambik naik basikal kadang-kadang pak menakan aku, tadika tuu jauh jugak sbb berada dikampung sebelah..kg padang jeri namanye, tempatnye sebuah dewan orang ramai. Ketika itu tahun 1979 lah....jalan lama lagi bengkang bengkok mcm nak naik fraser hill jln lama tu. Aku ingat lagi ketika itu askar mmg banyak mungkin daerah aku masa tuu terkenal dgn komunis kot. Paling best kalau nampak saja lori askar, aku kenkawan,sepupu aku terus ke tepi jalan..sambil melambaikan tangan tunjuk peace..@..sbenarnya ada sebab tuu. Kalau nasib baik ada abg askar tuu, buangkan ransen, bekalan makanan diaorg tuu..seronok gilerr tuu kalau dapat. Ada laa oren, kari, gula-gula. Aku masuk darjah satu Sek.Ren.keb kenayat, sekolah ni dekat jer dengan rumah aku. Sekolah tu sampai sekarang ada lagi, tapi dah ke bawah..apabila jln ditambak ,sek ni dah rendah. Tapi saat yang menakutkan aku ialah bila bersunat la, aku bersunat pun dah lambat, kira dah liat dah. Tapi masih lagi dlm sekolah rendah..ada aku ceritakan segala detailnye dlm artikel sebelum ini.Dalam hidup ini aku telah banyak membuat keputusan yang silap. Aku berazam pada tahun baru islam ni, aku nak tebus segalanya. Aku nak tolong mak dan ayah aku selagi mampu..dan nak kawen. Aku taknak lagi hidup macam ni. Alahaiiii.....sambung lain la ...ermmmm dasat laa hp ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment