Aku suka sangat membaca Forum dalam Utusan Malaysia, dari situ kita dapat mengetahui macam-macam perkara diluar terutama orang-orang bawahan, dasar dasar kerajaan yang banyak meminggirkan dan melupakan golongan ni banyak memberi kesan pada pilihanraya yang lalu, Walaupun pada hari ini keadaan semakin baik dan berubah, ADA satu artikel itu mengceritakan kekesalan seorang IBU kerana anaknya tidak mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di Universiti Luar Negeri walaupun anaknya mendapat 10A dalam peperiksaan SPM, dan kekesalannya bagaimana seseorang yang bergelar dan mempunyai harta mendapat biasiswa untuk anaknya dan mampu untuk untuk menghantar anaknya belajar dimana sahaja, memang tak adil sungguh kan...disini aku selitkan juga Forum dari seorang Usahawan melayu kepada peminpim-peminpim MELAYU...keluhannya begini SEKARANG ini pun usahawan Melayu macam saya tersangat susah untuk mendapatkan projek dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh orang Cina dan India.
Malang menimpa syarikat GLC yang CEOnya Melayu tak sedar diri, tetap ambil syarikat Cina dan India untuk menguruskan pelbagai projek GLC walaupun CEO itu dilantik kerana Melayu dan orang kampung macam saya yang sokong UMNO.
Sedih, puak-puak Melayu yang diberi kuasa dan pangkat di GLC dan jabatan kerajaan pada hari ini tidak ada semangat tolong Melayu. Sebab falsafah dia ‘tolong perut dulu’. Beza dengan CEO Cina dan India semangat kaum dulu, itulah ‘kiasu’ yang dipegang erat oleh orang Cina.
USAHAWAN MELAYU