Friday, December 10, 2010

Dulu kampung aku Lembu bersepah

res pak engku ni laen mcm la..nostalgia
Dulu kampung aku ada lembu, kambing, ikan besar2 sungai belkang rumah tuu. Hari ni aku kembalikan semua pembaca pada tahun 1984 1985, aku ketika itu dlm darjah 5..aku masa tuu pakai sebiji basikal hasil duit tabungan campur duit ayah aku(tapi abg aku sulung masa tuu pakai honda GSX moto besa). Masa tu kalau ade basikal mcm..pakai helikopter laa pulak tengah top BMX. Hari tuu setelah seharian main bola dengan kenkawan..aku pun balik la, sbb nati ade tugas seperti biasa. Lapar laa pulak aku pun selongkar laa dlm gebok tuu 'mcm almari letak lauk dlm tu' dah kenyang lepak jap...masa tuu tk pandai hisap rokok lagi..msk mngah la pandai hisap rokok ni. Suddely my mum sudah jerit..suruh aku cari sekor kambing tk balik kandang dh berapa hari. Adushh tugas mesti dilaksanakan(tapi asal ade hal jer aku yang kena abg aku p mana entah) aku kena berekan karang ayah aku balik dlm pkl 7.ptg mau kena back hand. Aku pun terus bergerak solo dgn basikal ala-ala BMX tuu cari ponya cari....haaaaaaa jumpe laa hasil maklumat orang2 kg, rupanya ada dekat kawasan felda tu..kg aku sebelah kawasan felda beb. Adegan kejar mengejar dgn kambing pun terjadi..puas jugak nk msk kandang ni ingat senang ke , kambing pulak ade laa 5,6 ekor selalunye org buat qiqah. Disebelah kandang kambing tuu ade pulak kandang lembu, dalam waktu magrib gitu kena laa buat api dlm kandang ni, pakai kayu yang besar...'BESAR ponya' lepas tuu letak pulak tahik lembu timbun kt ats kayu tuu.... confirm sampai pagi nyala. Ketika ditahun2 itu boleh kata orang kampung aku ni semuanya bela lembu, memang penuh laa tahi lembu dekat tepi jalan.Kalau ada kenduri kawen siap la..silap2 haribulan boleh terpijak. Kalau yang kena langgar tuu biasa laa..kena parang pun ada, ye laa ada org mngamuk msk kawasan rumah dia. Ohhh yer sebelah kandang lembu ni ada pokok limau, mcm limau madu tuuu tapi masam sikit..kalau dah masak tuuu manis la jugak. Aku ingat ponya laa lebat limau ni....lepas tuu depan sikit ade pokok mempelam apple, aku suke sgt mkn cecah kicap ade cabai boh gula skt. Kini itu semuanya tinggal kenangan, kampung tanjungkasau pun dah berubah rumah pun dah berselerak apabila jalan baru dibina di tengah kampung. Kalau aku ada duit bnyak nati aku nak level rumah ayah kt kampung sama dengan Jalan Besar tambak balik...buang semua pokok duian moktan, renovat rumah tu, cat cantik-cantik...confirm tak kena banjir lagi...angan-angan.

Wednesday, December 8, 2010

Komunis jalan-jalan dikampung, satu ketika dulu

Cerita ni aku dengar dari orang-orang lama dekat kampung aku. Zaman ni dalam tahun 50an, zaman ni memang komunis bermaharajelala. Memang dlm sejarah pun setelah Jepun mnyerah kalah komunis menguasai tanah melayu selama beberapa hari sebelum kedatangan pihak inggeris. Cuma dalam cerita ni aku ke depan sikit, pihak Inggeris dh datang dan sebuah kem yang besar siap ada lapangan terbang ada kat sebelah sg.kenayat.(betul ke ade airport kt kg aku dulu ni) aku tk pasti sebelum Jepun masuk ke? Atau lepas tu? Aku diberitau pihak komunis selalu mnyerang hendap kadang dibakarnye Bas, tapi org kampung tak dikacau....pembetulan bas ade sebiji tuu saja tau. Orang tua yang certa kisah ni pun masih kecik lagi...hahaha..katanya baya anak sedara aku lagi. Katanya suasana malam tuu sungguh gelap, tibaa2 ada seseorang dtg ke rumah beritau..dan berbisik. Ketika itu hanya beberapa org sahaja ponyai snapang patah. Rupanyaa beberapa kelibat komunis kelihatan ditebeng sungai(sg blkag rumah aku tu dulu....tinggi, ikan punya laa banyak, skrang ni ade la ikan beras besar jari tu). Yang berbisik tu bukannya orang biasa, darah panglima... Seperti digambarkan seperti filem 'Semerah Padi' tiba-tiba kaloq diketuk., jadi semua orang berhimpunlah dirumah tok ketua, lampu pelita semua padam...zikir pun dimulakan la. Zikir ni bukan sebarang zikir beb, nii zikir nak standby kalau ape terjadi..zikir taklah kuat hanya badan yang bergerak kot. Sebab tuu pada masa tu ada mandi minyak.. Tiba-tiba kedebummm.... Pihak askar mat salleh ni bedil mortar, askar mat salleh ni sebenarnya pun penakut jugak, diorang hentam sajer......meniarap laa semua org kampung bila dengar bunyi bedilan ni. Jap....pkena kopi 'O' dulu.Sebenarnya aku lupe la cerita ni...jangan marah tau.

Dalam perjalanan INI

Dalam perjalanan hidup kita ni, mcm-mcm akan kita tempuhi saat sedih dan saat gembira. Semasa aku kecil aku tak ingat lansung la apa yang terjadi. Saat yang aku ingat ialah ketika aku belajar di tadika, mungkin umur ketika itu dalam 6 tahun. Hari tuu yang aku ingat aku mnangis mcm kena rasuk sebab nak balik, walaupun mak ketika itu ada situ. Aku ingat lagi abang aku kadang-kadang pergi ambik naik basikal kadang-kadang pak menakan aku, tadika tuu jauh jugak sbb berada dikampung sebelah..kg padang jeri namanye, tempatnye sebuah dewan orang ramai. Ketika itu tahun 1979 lah....jalan lama lagi bengkang bengkok mcm nak naik fraser hill jln lama tu. Aku ingat lagi ketika itu askar mmg banyak mungkin daerah aku masa tuu terkenal dgn komunis kot. Paling best kalau nampak saja lori askar, aku kenkawan,sepupu aku terus ke tepi jalan..sambil melambaikan tangan tunjuk peace..@..sbenarnya ada sebab tuu. Kalau nasib baik ada abg askar tuu, buangkan ransen, bekalan makanan diaorg tuu..seronok gilerr tuu kalau dapat. Ada laa oren, kari, gula-gula. Aku masuk darjah satu Sek.Ren.keb kenayat, sekolah ni dekat jer dengan rumah aku. Sekolah tu sampai sekarang ada lagi, tapi dah ke bawah..apabila jln ditambak ,sek ni dah rendah. Tapi saat yang menakutkan aku ialah bila bersunat la, aku bersunat pun dah lambat, kira dah liat dah. Tapi masih lagi dlm sekolah rendah..ada aku ceritakan segala detailnye dlm artikel sebelum ini.Dalam hidup ini aku telah banyak membuat keputusan yang silap. Aku berazam pada tahun baru islam ni, aku nak tebus segalanya. Aku nak tolong mak dan ayah aku selagi mampu..dan nak kawen. Aku taknak lagi hidup macam ni. Alahaiiii.....sambung lain la ...ermmmm dasat laa hp ni

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Tahun baru hijrah

salam kepada smua pembaca, sebenarnya aku pun tk tau blog aku masih ada orang baca ke. Akan tetapi aku tk kisah aku tulis jer ape-pe yg datang dlm kepala ni. Hari ni umat islam mnyambut tahun baru dlm kalender islam, jadi mlm smlam kalau yang berkesempatan memohandan berdoa..tuuu alahdulilah lah. Kalau dekat kampung tanjung kasau ni dlm 10 hari lagi rasanye..orang kampung akan buat bubur shuro...tapi kadang2 ikut org jugak ade yang buat solo dan ade yang buat ramai. Bubur ni kalau sejuk dah jadi mcm kueh pun ade, tapi aku suka mkn masa tengah panas2, dlm bubur ni mcm2 ada..tak salah aku kaler nyer hijau....ermmm btl ke. Dah lama sgt tak makan ni mungkin kalau blk kampung bulan depan kalau org kampung buat aku bole try. Dulu sblum mkn bubur ni ada laa sedikit kunduri kecilan dipetang hari ada laa doa lebih kurang..ok nati aku cari gambarnye...

Monday, December 6, 2010

Hati-hati Bila meluahkan kata-kata

Bak kata pepatah melayu 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' . Sebenarnya bila kita nak berkata-ta ni jangan laa ikut sedap mulup sahaja, pikir dulu perasaan orang lain. Äku pulak jenis makan dalam saja...dan aku ingat setiap patah perkataan atau hinaan yang penah aku terima. Baik dari kawan-kawan, atau dari...saudara sendiri ke, sbb tu laa kalau ada saudara aku yang mulupnye begitu celupar skali, aku simpan sahaja satu hari nanti pasti kena laa tu...Kadang-kadang tuu boleh diterima, tapi apabila melibatkan maruah diri tuuu yang panas tuu, dlm hati sial betul...bila mlm dok terbayang je..sampai bersin tk boleh nak tido. oOOhhhh tekanan perasan oOooo. Kawan-kawan pun ada jugak yang perangai mcm tuuu...dulu2 mcm aku nak santau jee diorang ni hehe, tapi pada ketika itu laa. Aku pulak kadang-kadang tuu celupar jugak tapi tapi aku sentiasa pakai tapis...ye laaa takut jer org terasa. Sebenarnya artikel ni ditulis sebagai meluahkan kejadian yang terjadi ke ats aku..pada bulan lepas.......sekian terima kasih

Thursday, December 2, 2010

Kenapa Drama Melayu Mesti dengki, benci, hantu, miskin, kaya

Sebenarnya aku pun selalu jugak melayan drama melayu ni, baik keluaran tv3, astro...tapi RTM jarang la pulak melayan. Mungkin aku lupa ada lagi chenel dlm tv ni, rtm ni dramanye lagi meleret2 contoh paling jelas ada siri ni keluaran skop production dah bertahun tak habis2 lagi ceritanya. Mesti ada kira-kira ni...yelaaa dah meleret agaknye satu episod berapa untung? Bertajuk Si Capik, aku rasa untungnye bole laaa nak bayar daownpayment sebiji kereta kot. Sekarang dalam program drama tv3 pulak dramanye lain mcm la ada kemajuan besar, perubahan yang drastik. Dari slot lestari, akasia, ermmm malam jumaat tuu panggil ape entah. Setahun lepas ada satu bertajuk Nur kasih, tiap2 magrib tayang. Aku rasa masa drama ni tengah top ramai la pengkritik kat luar dok sembang sahaja pesal drama ni. Pujaan harus diberikan kepada pengarah ni sorang warganegara india rasanye, namanye mula muncul bila astro mlancarkan sop operanye Idaman, kluaran antah-utv kot. Berbalik drama hari ni kenapa drama melayu skrang ni, certa kayanye hebat2, anak diorang pakai kereta hebat2. Ermm dlm drama syarikat punya la besar.. Buatlaa certa yang bole memotivasikan orang, insafkan org ke. 'Lepas tu kalau certa hantu ni dia punya mengarut aduhhh kalah certa indonesia la

Wednesday, December 1, 2010

Harga Getah Naik Lagi

Sekarang ni getah skrap naik lagi hampir rm7 untuk sekilo bagi getag beku....ermm getah skrap laa. -Kalau sesiapa asa kebun getah dalam 10 ekar pun dah cukup untuk mnyamai pendapatan seorng pegawai kanan. Emmm itu pun kalau cuaca elok laa boleh la hari2 motong. Akan tetapi bila getah mahal ni lagi kerap laa skrap ni hilang...biasa laa kena curi dgn penyangak yg adasekitar kampung. Tidor dulu laaaa...esok nak kerja..