Wednesday, April 29, 2009

Aku Ceritakan Asal Usul GERIK..


Salamulaikum aku ceritakan sedikit catatan sejarah pembukaan Gerik yang aku cedok dari internet, ceritanya begini dikisahkan orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.Asal-usul Nama 'Gerik'Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kSEJARAH GERIKDari catatan sejarah, orang yang mula-mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani dan kemudian berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di utara. Raja Reman menceroboh masuk ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik telah ditakluki oleh Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan daerah Gerik menjadi jajahannya.Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah juga menyerahkan balik daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.Asal-usul Nama 'Gerik'Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

4 comments:

lebaiulaq said...

salam hangnadim...sya tertarik dgn artikel saudara ini..smmgnya sya tgh mncri info tntg asalusul keturunan sya..bleh jelaskan siapakah Tok Ad @ Tok saad didlm artikel ini???nenek moyang sya sudh lama kembali ke rahmatullah..tetapi salahsilah keturunannya masih ramai di tnjg kasau..sya tidak brpa kenal semuanya & sya ingin sekali menjejak kaki ke sna merapatkan kembali hubungan silaturrahim insyaAllah..yg sya ingt moyang sya bernama Tok Awang 'Gerik'.. telah lama menetap disna awal thn 18++..

hang nadim said...

lebaiulaq...waalaikumsalam, saya cuma ambik artikel tu dlm internet, cuma saya keliru leabaiulaq ada ramai saudara dekat kampung tanjungkasau., boleh perkenalkan diri...

zahari1950 said...

assalamualaikum..dikatakan sempadan patani satu masa dahulu pernah sampai ke Jenalik di Sauk. Sebelum perjanjian British Siam, orang Putih pernah melaksanakan satu sistem untuk dapatkan tanah jajahan Raja Reman tersebut untuk dimasukkan kedalam wilayah negeri Perak. Pegawai mereka (British) akan hidup bergaul dengan penduduk Melayu Patani. Malah mereka sanggup berkahwin dan beranak pinak. Kemudian pegawai British tadi mengeluarkan geran tanah kerajaan negeri Perak kepada penduduk kampung tersebut. Setelah selesai di Mukim berkenaan pegawai British yang ditugaskan akan berpindah lagi ke arah sempadan dan begitulah seterusnya. Sebaik sahaja kerajaan Patani menyedari taktik British ini, hampir seluruh kawasan Hulu Perak telah menjadi tanah jajahan Perak. Bila pihak Patani yang dibawah pemerintahan Siam menyiasat, mereka dapati penduduk memang telah memiliki geran tanah kerajaan Perak sebagai bukti bahawa tanah jajahan tersebut adalah tanah jajahan negeri Perak. Manakala kerajaan Patani di bawah kerajaan Siam tidak dapat membuktikan bahawa kawasan tersebut jajahan mereka kerana tiada sebarang dokumen bertulis. Pada satu ketika terjadi pertikaian "Nak Sahkan Sempadan" antara kerajaan perak dengan kerajaan Patani dibawah kerajaan Siam. Tempat pertikaian tersebut dikatakan berlaku di "Bukit Nasah" sekarang. Dari perkataan "Nak Sah" inilah lokasi tersebut mendapat namanya menjadi "BUKIT NASAH". Sekarang ini dikawasan itu kerajaan telah dirikan MRSM Gerik, Kolej Komuniti Gerik dan yang terbaru Sekolah Menengah Bistari.

Bagi pihak Siam pertikaian tersebut telah terlambat kerana seperti yang dikatakan bahawa hampir seluruh kawasan Hulu Perak hingga sampai ke sempadan Klian Intan telah menjadi milik kerajaan Perak di bawah naungan British berbuktikan geran tanah kerajaan negeri Perak yang dimiliki oleh rakyat.

Klian Intan dikatakan hanya diambil oleh British pada tahun 1909. Mungkin juga kelambatan ini berpunca dari lombong bijih timah "RAHMAN HYDROLIC" yang asalnya adalah kepunyaan "RAJA REMAN" yang berasal dari nama "RAJA RAHMAN" iaitu salah seorang Raja Patani. Dikatakan lombong bijih timah "Rahman Hydrolic" ini telah dilombong beratus tahun dahulu tetapi tak pernah habis. Pernah satu ketika ada pihak tertentu (kompeni lombong) menukarkan nama kawasan lombong dengan nama lain. Tiba-tiba sahaja bijih timahnya menghilang. Lalu mereka menamakan kembali kawasan lombong tersebut dengan kaitan nama "RAHMAN" iaitu "RAHMAN HYDROLIC". Dengan itu bijih timah pun banyak kembali dan dapat di lombong sehingga ke hari ini. Lombong yang bersejarah ini terletak di Klian Intan, di tengah perjalanan antara Bandar Gerik dan pengkalan Hulu.

Itulah sedikit sebanyak sejarah yang saya pernah saya dengar dan ada juga sejarah yang bertulis. Saya mohon maaf sekiranya terdapat pertentangan fakta dari sumber lain.

zahari1950 said...

Tambah sikit lagi. Pegawai British terakhir yang dikatakan melakukan kerja-kerja "himpit sempadan" ini adalah Hubert Berkeley. Orang Hulu Perak masa dahulu memanggilnya "Tuan Bekeli".

Mungkin kerana diberi peluang oleh kerajaan British dalam misi mereka untuk meluaskan jajahan kearah sempadan, terdapat pegawai British yang ditugaskan melakukan kerja-kerja "himpit sempadan" tersebut telah mendapat title "Raja Putih" kerana kuasa dan tabiat mereka mengahwini wanita tempatan dan menjadikan mereka seakan-akan "gundek raja".

Ada kemungkinan juga mereka terpaksa melakukan demikian bagi memenangi hati rakyat keturunan Patani di kawasan terebut. Wallahhua'lam..