dato' power la suara
Masa aku kat kampung ada jugak aku pergi ikut geng-geng otai pergi berkaroeke, sekarang banyak kedai makan berkaroeke sepanjang jalan dari kuala kangsar sampai la kat Lebuhraya timur Barat, Karoeke ni terbuka acara terbuka, siapa yang rasa suara dia sedap henjutlah berapa lagu pun. Kalau yang jadi ulat tu ada la koleksi lagu sendiri, siap bawak cd lagi tuu, bayaran mengikut jumlah lagu, aku rasa 2 lagu singit kot. Tempat karoeke ada kat Batu hampar, Bandariang, rumah kuning, R@R Bas camp, 3 rasa padang kunyit dan terbaru sekali tempat perkelahan lata lawin. Kebanyakan penyanyi utama ni otai-otai yang dah pencen atau masih berkerja dan budak-budak kampung yang minat untuk mengasah bakat mereka. Aku pernah ikut jugak aktiviti ni, memang lawak pun sebab semua berebut nak menyanyi dulu, ada jugak yang sedap suaranya ada jugak yang cuba sedaya mungkin menyedapkan suara. Kebanyakan tempat karoeke ni biasanya dibina jauh dari kampung atau dari rumah penduduk bagi mengelakkan gangguan suara penyanyi. Sebenarnya aktiviti sebegini mungkin bagi mereka sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan persahabatan atau keluarga dan merehatkan penat setelah kekerja.
No comments:
Post a Comment