Saturday, June 20, 2009

Projek Fertigasi cili kg Tanjung kasau


Projek Fertigasi Cili yang diusahakan oleh Tok IMam Isa (Rumah atas bukit). Sebelum itu aku detailkan lagi apa sebenarnya fertigasi .Fertigasi ialah(fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.
Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.
Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.
Baru-baru ini aku sempat melihat Projek Fertigasi Tok Imam yang baru bermula bulan lepas, aku dipahamkan olehnya kos lebih kurang rm7000 sebab tempat perlindungan(kanvas atap) dibuat sendiri, benda lain-lain seperti piping, timer, pump dibuat oleh Mentornya. Projek Fertigasi cili dia ni dibina ditapak sebelah rumahnya. Sebenarnya pada mulanya Tok Imam nak menanam sejenis Labu(fertigasi lah) tapi atas kos tinggi dan benih yang sukar di pasaran dia memutuskan untuk meneruskan Projek Fertigasi cili terrlebih dahulu.

No comments: