Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Thursday, June 18, 2009
Jangan Suka-suka Jadi Garentor
kereta idaman aku perrr... Kisah ni cerita lama tapi aku tulis sebagai iktibar kerana telah terjadi pada salah seorang ahli keluarga ku, Kejadian ni mungkin dah masuk 10 tahun lepas gara-gara tipu muslihat seorang mamat ni yang aku beri nama che ramon(bukan nama sebenar) che ramon dahulu seorang pegawai di felda berdekatan dan kumudian entah macam mana berkawan baik la dengan (salah orang ahli keluargaku ni), pada ketika itu ahli keluargaku ni menjalankan pernigaan secara kecil-kecilan dikampung seberang. Dipendekan cerita Che Ramon ni telah membeli sebuah kereta tak salah jenis volvo yang mana ahli keluarga aku ni menjadi garentor. Seperti yang diceritakan oleh aruah kak ipar aku si Ramon ni hanya membayar sekali sahaja ansuran keretanya itu, kemudiam kereta ni tersadai beberapa tahun. Pada ketika itu prosedur bank ialah tanggunjawab pihak garentor jikalau pembeli gagal membayar ansuran. Kemudian kes ni telah berlanjutan di mahkamah dan ahli keluarga ni telah di muf...(oleh pihak Insovenosi) perkara ni memberi beban yang sangat berat sehingga sekarang kerana perbuatan jahat che ramon(bukan nama sebenar). Sampai sekarang aku angin kat che Ramon ni yang pandai bermuka-muka dan sangat licik permainannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment