Sebenar pada mulanya aku pung tak tau kat kampung tanjung kasau ni ada seorang Bomoh yang menjadi tumpuan ramai, dulu-dulu masa aku kat kampung aku selalu melihat kelibat seorang tua yang berjalan laju, kemudian aku pung menyiasat la siapakah gerangan orang tua ni, Semasa zamree membuka kedai makan diseberang jalan air mineral (skrag dah tutup) baru la aku tau kisah sebenar seperti yang diceritakan oleh orang kampung.
Pada satu petang yang indah tu aku pung pergi la rumah pakchu manaf dihujung kampung dan kebetulan Orang tua tersebut(yang jugak dipanggil cher) ada ketika itu, sambil pekena okok daun dan kopi 'o' kow aku pung bersembang la dan cuba mencungkil cerita dari 'cher', katanya 'cher' dah lama dok kat kampung ni dah berbelas tahun, dia duduk disebuah rumah seberang sungai tu dan mengambil upah menoreh(motong) kebun kepunyaan sorang pegawai kerajaan(kebun ni dulu org kg ponya dah dijual daaa). 'Cher' ni dah agak tua tapi masih kelihatan gagah dan hanya berpakaian kain pelekat sahaja.. aku kira umurnya dalam 80an kot, 'cher' tinggal kat situ bersama cucunya. Sebenarnya 'cher' ni orang Pattani tapi dah lama dah berhijrah kat daerah Gerik ni. Aku pon bertanya la pesal kebolehan dia, kata 'cher' ramai la orang luar datang untuk beriktiar seperti nak dapat kerja ker, nak kawin lagi ke, nak buang suwei ker, nak Scan ke,tambah power ke ..dan macam-macam lagi la. Kata pakchu manaf orang dari kell ell pun datang untuk berubat, kata 'cher' anak dato harun pernah sampai ke situ( dalam kepala aku power gak 'cher' ni). Kalau sembang dengan 'cher' ni kena terus terang jer sebab 'cher' ni kalau bersembang melalut tak tau punca, sampai aku pun hilang fokus. Pesan 'cher' kalau pergi umah dia bawak la gula sekilo ke, kopi ke.
No comments:
Post a Comment