Sunday, June 14, 2009

Kisah SIS yang kita patut tau

Disini aku petik kata-kata ulasan seorang pembaca bernama abikhsan dalam blog khirtoyo.com aku cedok serba sedikit isu sebenarnya.
Dan aku bersetuju dengan isu khirtoyo.
Pada pendapat saya, bukan isu nama Islam atau nama pertubuhan, tetapi ajaran apa yang diamalkan dan diperjuangkan oleh SIS ini.
Antara perkara yang mengguris hati saya sebagai orang Islam (tak tahulah perasaan orang lain) ialah:-

1. Orang kuat SIS kata dia tak akan berkahwin kerana tidak mahu menjadi hamba kepada suami/ lelaki. Tidakkah dia tahu perkahwinan itu fikrah sunnatullah. That's statement boleh dikira menghina sunnah.
2. Bila diajukan kenapa ramai SIS tak tutup aurat, maka dia mula berhujjah dalam Ayat Al-Qur'an ada ayat yang mafhumnya "Tiada paksaan dalam Agama (Islam). Maknanya lantaklah dia nak pakai tudung atau seksi, maka itu hak dia as provision dalam Al-Qur'an ikut pemahaman Ustazah SIS.
3. Sama-sama bersekongkol untuk penubuhan IFC.
4. Terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam kes Lina Joy (menyokong Lina Joy).
5. Terlalu memperjuangkan kesama rataan di antara gender Lelaki atau Perempuan.
6. Terlalu memperjuangkan hak asasi dan kebebasan. Contohnya seorang ibu bapa tidak boleh memaksa atau memukul anaknya untuk bersolah dan anak boleh saman ibu bapanya on this issue. Tak ke bangang tu.. Again akan keluar ayat "Tiada Paksaan Dalam Agama..."
7. Mencela pihak berkuasa yang menangkap pasangan berdua-duan di taman, kelab dan mempertikaikan konsep tangkap basah. Again akan keluar ayat kebebasan bersuara dan "Tiada Paksaan Dalam Agama"
8. Mempersendakan konsep poligami.
9. Salah sorang Mentor dia Ameena Wadud (Ex UIA) yang pernah jadi Imam kat Masjid New York. Dr Amina Wadud. She led a mixed gender prayer in New York, a few years ago (nst 18.02.09)
9. Banyak lagi lah.... tak kuasa nak tulis.

SIS baik dengan Ivy Josiah. Tak kisahlah nak berkawan dengan siapa... tapi tahu tak apa yang diperjuangkan oleh Ivy Josiah. Ivy Josiah Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita.
Dengan itu, saya bersetuju tidak kira resolusi puak atau parti mana maka kena tengok dan tegur juga apa yang SIS dok buat...

No comments: