Sunday, June 14, 2009

Tanjung kasau dan Tiak Baling


Nampak Gunung Kenerong dengan Gunung Krunai

Pada setiap kali hari raya aidilfitri aku dan rombongan keluarga akan pulang ke kampung Tiak. Kampung Tiak dan Tanjung Kasau agak senonim dengan orang kampung Tanjung Kasau. Ini kerana Peneroka-peneroka asal Tanjungkasau berasal dari Tiak jadi sehingga kini masih ramai saudara mara terdekat menetap di Tiak. Dahulunya untuk datang ke Kampung Tanjungkasau dari Tiak cara terdekat ialah melalui hutan berdekatan dengan menempuhi sempadan sebuah kampung di tengah hutan iaitu Kampung Tera. Kampung Tera kini hanya tinggal nama kerana telah ditinggalkan sekian lama namun waris-waris memiliki geran tanah di sana (dipercayai masih terdapat pokok durian dan tanah perkuburan disana). Kemudian jalan raya melalui pengkalan hulu ke baling dibina, waktu tu jalan agak berbengkok dan melalui banjaran dan memakan masa 2 jam bas kalau menaiki kereta agak kurang setengah jam kot (Bas israel tak larat naik gunung paku)sambil melihat kereta kabel membawa bijih di ketika itu. Pada hari ini sebuah jalanraya baru Gerik-tiak-Butterworth telah siap dibangunkan dan perjalanan ke tiak cuma kini cuma memakan masa 30 minit sahaja.

No comments: