aku cilok kat sini http://aini-ann.fotopages.com/
opss akak ni aku tak kenal la tapi pak dia aku kenal..
Apabila melalui kampung Tanjungkasau dari jalan besar engkorang akan jumpa satu simpang masuk ke Felda Lawin Utara, Kalau dari Gerik belok kanan dan kalau dari Lenggong sila belok ke kiri. Sebelum masuk Lawin Utara akan jumpa sebuah Minimarket baru dekat Lubuk bedil milik usahawan ikan bilis tersohor. Dari simpang itu cuma lebih kurang 5 minit perjalanan dan kalau berjalan kaki 1/2 jam daa. Felda lawin Utara diusahakan dalam awal tahun 80an, maksud aku diterokoi dan ditanam pokok getah dan kelapa sawit dalam tahun-tahun itu la. Penduduk Tanjung kasau dan Felda Lawin Utara agak rapat dan mengenali satu lain dan jikalau ada majlis perkahwinan di Lawin utara pasti pihak kampung tanjung kasau dijemput dan begitulah sebaliknya
Di Felda Lawin Utara ni terdapat sebuah sungai yang agak jernih, dan terdapat satu tempat perkelahan dan air terjun di situ yang dinamakan Lata Lalang. Kebanyakan penduduk Lawin Utara menggunakan air ini untuk mandi mandi dan gunaan seharian dengan menyambung paip yang besar diatas sungai dan terus ke rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment