Saturday, June 5, 2010

TIDAK ADA SEMANGAT TOLONG MELAYU

Aku suka sangat membaca Forum dalam Utusan Malaysia, dari situ kita dapat mengetahui macam-macam perkara diluar terutama orang-orang bawahan, dasar dasar kerajaan yang banyak meminggirkan dan melupakan golongan ni banyak memberi kesan pada pilihanraya yang lalu, Walaupun pada hari ini keadaan semakin baik dan berubah, ADA satu artikel itu mengceritakan kekesalan seorang IBU kerana anaknya tidak mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di Universiti Luar Negeri walaupun anaknya mendapat 10A dalam peperiksaan SPM, dan kekesalannya bagaimana seseorang yang bergelar dan mempunyai harta mendapat biasiswa untuk anaknya dan mampu untuk untuk menghantar anaknya belajar dimana sahaja, memang tak adil sungguh kan...disini aku selitkan juga Forum dari seorang Usahawan melayu kepada peminpim-peminpim MELAYU...keluhannya begini SEKARANG ini pun usahawan Melayu macam saya tersangat susah untuk mendapatkan projek dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh orang Cina dan India.

Malang menimpa syarikat GLC yang CEOnya Melayu tak sedar diri, tetap ambil syarikat Cina dan India untuk menguruskan pelbagai projek GLC walaupun CEO itu dilantik kerana Melayu dan orang kampung macam saya yang sokong UMNO.

Sedih, puak-puak Melayu yang diberi kuasa dan pangkat di GLC dan jabatan kerajaan pada hari ini tidak ada semangat tolong Melayu. Sebab falsafah dia ‘tolong perut dulu’. Beza dengan CEO Cina dan India semangat kaum dulu, itulah ‘kiasu’ yang dipegang erat oleh orang Cina.

USAHAWAN MELAYU

4 comments:

hang nadim said...

testing

CITY® said...

salam kawan...
saya juga peka dgn benda2 mcm ini
sebab itu,
ikhlas cakap saya bukanlah penyokong umno...
saya ramai juga dikelilingi sedara mara umno dan apa yg saya nampak , ramai yg tak ikhlas, asal dapat ke kocek sendiri benda2 lain dia tak kesah. saya juga ramai sedara mara pas, walau tak semua betul juga...

dan pendirian saya,
saya penyokong PAS...
lalalalala..
walau saya kerja gomen
opssss....

hans said...

yups
contoh terbaru skrg Kes Kampung Baru
siapa yang bagi idea?
orang melayu juga
orang melayu tu disokong siapa?
orang melayu juga

saya pun tak faham lah dengan orang2 atas nih

p/s : Review Lagenda Budak Setan Di Blog Saya

hang nadim said...

biru> biru u memang power laa tanpa berselindung lagi. Ini permainan mereka.

hans>Aku selalu pergi makan nasi dagang kat kampung Baru...