Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Friday, November 23, 2012
Dah nak sampai tahun baru..
Lama sudah tak menulis dekat blog aku nii...hari inii kesempatan yang ada aku tulis.....apa yg terlintas, ramai dah followers yg hilang tk dapat dikesan. Jadi tuan ponya mintak maaf laaa ye...sebenarnya malas. Sekarang nii aku berkerja di Kuantan Pahang, hari nii bandar kuantan penuh dengan manusia dengan karnival Jom Heboh tuu, habis dah Kuantan ni aku pusing...dari Gambang sampai laaaa dkt bulatan Jabor. Kami kat sini menyewa sebuah homestay dekat taman PSJ dkt dengan Balok..kira pantai tuuu dekat laaaa, cuma pantai sini tak berapa lawa..yg lawa tuu mungkin area Swiss Garden laaa. Berbalik kepada agenda seterusnye aku mesti bincangkan pesal kampung aku laaaa..nama aku memang dh blacklist dengan ketua kampung nii, tapi aku cakap benda yang betul...aku cakap Apasal Jalan Kampung Tak Diturap, hahaha....tapi memang betul pun..itu baru satu isu shj..kalau bincang sampai 8 tahun lagi pun tak habis. Apa-apa pun kalau kita ada duit baru sembang beso...tadak duit cakap pun tak guna..
Tuesday, October 9, 2012
Projek Bijih Besi
Projek Lombong Bijih Besi yang mungkin melaburkan puluhan juta ringgit didepan kampung TanjungKasau ni mungkin akan menjadi kenyataan. Aku dah dengar cerita nii dari tahun lepas lagi..mengikut cerita bahagian sebelah bukit seperti gambar di atas tersimpan Bijih Besi bermutu tinggi. Bukit ni betul-betul depan kampung aku milik peneroka felda Papulut. Mengikut cerita yang sahih pihak pemaju telah memberi sedikit wang sebagai tanda jadi kepada pemilik tanah, namun begitu ada jugak pemilik yang tidak bersetuju dengan projek lombong ini ...walaupun dijanjikan ganjaran setiap bulan puluhan ribu ringgit.
Bukit Felda Papulut ni memang depan kampung aku, cuma kita tunggu sahaja laa dari sumber rasmi cerita Lombong Bijih Besi ni. Wowww projek puluh juta niiiii
Wednesday, May 2, 2012
Apa yang Lelaki takutkan sangat Pada wanita
SELALUnya kita tertanya2 kenapa wanita yang cukup serba serbi belum ada teman pendamping. Jawapannya lazim ialah takut keciwa lagi atau belum ada jodoh. Semuanya bermula dari diri sendiri...(pandai pulak aku tulis) wanita seharusnya tahu bagaimana cara untuk menawan hati lelaki idaman. TAHu bagaimana untuk berperilaku supaya tidak dijauhi oleh lelaki....kalau nak tahu..AMA
Monday, March 5, 2012
MAS perlu belajar daripada AirAsia
KUALA LUMPUR 4 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru Malaysia Airline System Bhd. (MAS) untuk belajar daripada AirAsia mengenai langkah-langkah pengurangan kos serta struktur pengurusan bagi membolehkan syarikat penerbangan nasional itu kembali mencatat keuntungan.
"Inilah peluang terbaik untuk belajar dan melihat kenapa syarikat penerbangan nasional mengalami krisis kewangan yang teruk sedangkan syarikat penerbangan tambang murah meraih keuntungan yang tinggi, " kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.
Tambah Dr. Mahathir, pertukaran saham di antara Khazanah Nasional Bhd. dan pemegang saham utama AirAsia seharusnya mengikat kedua-dua syarikat tersebut.
Pada Ogos lalu, MAS dan AirAsia telah memeterai perjanjian kerjasama apabila pemegang kepentingan utama kedua-dua syarikat tersebut, Tune Air dan Khazanah Nasional melaksanakan pertukaran saham.
Ini menjadikan Tune Air memegang 20.5 peratus kepentingan ekuiti di dalam MAS, manakala Khazanah pula memiliki 10 peratus saham di dalam AirAsia selain pengasas bersama Tune Air, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun menyertai lembaga pengarah MAS.
''Kedua-dua syarikat penerbangan ini beroperasi dari negara yang sama jadi tidak ada sebab untuk MAS gagal. Mereka harus berganding bahu dengan AirAsia.
''AirAsia meraih keuntungan yang besar, mereka mampu mencipta keuntungan walaupun harga tambang mereka sangat rendah.
''Jadi, ada sesuatu yang MAS boleh belajar daripada AirAsia terutama dari segi pengurusan, pengurangan kos dan seterusnya mencipta keuntungan, " ujar beliau lagi.
MAS merekodkan kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, kerugian terbesar dalam sejarah penubuhannya di sebalik perolehan sebanyak RM13.9 bilion.
AirAsia pula merekodkan keuntungan bersih RM564.1 juta dengan perolehan sebanyak RM4.47 bilion.
Ketika ditanya sama ada Khazanah patut mengurangkan kepentingannya jika krisis MAS berterusan, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak mampu untuk menjawabnya." - BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)