Friday, July 31, 2009

Suasana 'Kesejukan' Di Kuala Lumpur


Semalam Jumaat segala penjuru ada sekatan jalan raya, kat mana-mana pung jem panjang...tak tau la apa Agenda sebenarnyaaa..tapi sesiapa yang memandu semalam sakit jiwa dan panas..kata KPN hari ini dalam STAR “We apologise if this inconveniences members of the public who are against such illegal gatherings,” he added.

The anti-ISA movement, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) or the “Abolish the ISA Movement,” plans to have 100,000 people march to the Istana Negara to hand over a memorandum urging the Yang Di-Pertuan Agong to dissolve the Act.

Their supporters are expected to gather at several locations in the city, including Masjid Jamek, Kompleks Sogo and Masjid Negara.

The pro-ISA group known as Pembela Negara Federation of Non-Governmental Organisations Council (Magaran), which claims it comprises 56 NGOs with over 100,000 members, gave GMI an ultimatum to cancel the rally.


Thursday, July 30, 2009

Melayu Leka Hilang Kuasa

Malam tadi aku pusing-pusing kolumpo, dah lama tak keluar malam, dengan memandu kereta baru member aku tuuu jenis PERsona. Kereta baru ni memang sedap layan corner engkorang tekan jer memang dijamin stabil ponya, cuma kena ada keberanian sikit sahaja, aku bawak dia pusing merata dalam KL ni. Sebenarnyer member aku ni tak reti jalan dalam kolumpo jadi aku pung tunjukkan segala skil aku, segala penjuru aku masuk, Lepas tu pergi laa kat bukit bintang jam masa tu dah pukul 11.00 malam dah..tapi aku tengok ramainyer manusia, pastu aku baru perasan sekarang ni Musim Pak Arab bercuti.. Sekarang ni Malaysia adalah destinasi kesukaan diorang, Penuh aku tengak orang berpurdah hitam dengan pasangan masing-masing, ada yang bujang, ada yang bawak anak dan ada yang jalan sorang-sorang. Pak Arab sekarang ni mana berani nak melancung ke Negara Eropah atau benua Amarika. Salah seorang member aku yang bekerja line Toursm kata sekarang ni diorang penuh kat Kl hujung bulan ni diorang akan ke Pulau-pulau peranginan polak. Selepas segala jalan aku tunjuk pergi la makan kat mamak jalan tun razak sambil melihat pemandangan yang indah. Lepas tu balik ke damansara sampai kat pusat bandar damansara aku terserempak kereta mercedez baru ada sticker kat cermin tingkapnyerr 'melayu Leka Hilang Kuasa'. Semenjak dua menjak ni engkorang tak perasan ker perkara ni. Aku dah lama perasan..........dah abis assalamulaikum..see u when i see u

Wednesday, July 29, 2009

Awas Kijang Melintas

GAMBAR NI AKU CILOK DLM BLOG Org
Dalam perjalanan kuala Kangsar-ke Gerik atau Gerik-kuala Kangsar ada satu satu simpang sebagai jalan alternatif atau jalan pintas menuju ke taiping. Sebenarnya jalan ni terlindung dari Jalan Besar dan tak nampak jadi aku detailkan sikit... Kalau dari Gerik sebelum Lenggong cuba perlahankan kenderaan anda nampak satu papan tanda menunjukkan Ke ijok sumpitan Taiping sebelah kanan. Masuk melalu kebun Getah di situ engkorang akan jumpa simpang jalan ni. Dulu-dulu kecoh satu kejadian pembunuhan di Perak melibatkan orang kenamaan dan mayatnyer dibuang di sebuah jambatan berhampiran Sungai di jalan sini. Pemandangan sepanjang jalan ni memang menarik sebab melalui beberapa Air Terjun sebelum sampai ke Kawasan perkampungan dan yang paling menarik engkorang akan jumpa satu signbord seperti gambar yang terpapar diatas. Cerita Pembunuhan tersebut kalau rajin baca sehh

TAIPING 25 April - Empat lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mereka didapati bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh isteri kedua Raja Di-Hilir Perak, Hasleza Ishak.

Tukang kayu, Sabarudin Non, 34, dan nelayan, J. Manimaran, 26, didapati bersalah menyebabkan kematian Hasleza antara pukul 6 petang hingga 11 malam, 6 Oktober tahun lalu, di Kilometer 63, Jalan Sumpitan, Daerah Larut Matang dan Selama.

Seorang bomoh, Rahim Ismail, 47, dan Bentara di Istana Raja Di-Hilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Ansary, 41, juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun setelah didapati bersalah terhadap tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Hasleza.

Mereka didapati melakukan perbuatan itu bersama-sama seorang tertuduh lain, Mat Saad Mat Isa, 50, yang kini menjalani hukuman penjara 14 tahun setelah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Hakim Mohamed Noor memerintahkan Sabarudin, Manimaran, Rahim dan Tengku Aristonsjah menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap.

Sabarudin, Manimaran dan Rahim ditangkap pada 11 Oktober tahun lepas manakala Tengku Aristonsjah ditangkap pada 14 Oktober tahun lepas.

Sebelum ini Rahim dan Tengku Aristonsjah dituduh bersubahat dengan Mat Saad dalam melakukan perbuatan yang membawa kepada kematian Hasleza, 26.

Sabarudin dan Manimaran pula dibicarakan atas tuduhan asal membunuh Hasleza mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika disabitkan kesalahan ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Rahim dan Tengku Aristonsjah pula dituduh bersubahat dengan Mat Saad, Sabarudin dan Manimaran dalam melakukan pembunuhan itu dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 kanun yang sama.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, pihak pembela telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa sepanjang perbicaraan dan ketika memberi keterangan membela diri.

``Kesimpulan saya ialah percakapan Mat Saad (melalui telefon pada 6 Oktober 2002) adalah benar dan versi Rahim adalah bohong, direka-reka dan telah diubahsuai. Ia tidak munasabah, tak mungkin benar dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah,'' katanya.

Menurutnya, adalah tidak munasabah kerja santau seperti yang dikatakan oleh Rahim dan Tengku Aristonsjah dibincangkan oleh Mat Saad sedangkan pada ketika itu, dia telah menculik Hasleza dan melarikannya dengan kereta yang dipandu oleh Sabarudin.

Katanya, bagaimanapun, berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tertuduh telah melakukan perbuatan jenayah iaitu menyebabkan kematian Hasleza.

``Sabarudin dan Manimaran, mahkamah dapati kamu bersalah menyebabkan kematian Hasleza mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, serupa dengan tuduhan pindaan yang ditawarkan kepada Mat Saad. Rahim dan Tengku Aristonsjah, kamu berdua didapati bersalah bersubahat dengan Mat Saad, bukan dengan Sabarudin dan Manimaran dalam melakukan perbuatan ini dan saya sabitkan kesemua kamu dengan tuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,'' jelasnya.
Setelah mendengar rayuan untuk meringankan hukuman penjara daripada peguam-peguam tertuduh, Mohd. Noor berkata, beliau perlu bertegas dalam memutuskan hukuman demi mencapai maksud kepentingan awam.

Katanya, selain itu, hukuman yang diputuskan perlu menjadi pengajaran untuk menghindarkan orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama.

``Hukuman sukar dibeza-bezakan, kalau menghukum ikut peranan seperti yang dihujahkan oleh peguam, maka ia tidak mencapai keadilan kerana setiap tertuduh menyumbang kepada kematian Hasleza,'' katanya.

Mohd. Noor yang membacakan penghakiman bertulis hampir tiga jam berkata, perbuatan Sabarudin dan Manimaran yang mencampakkan Hasleza dari atas jambatan bersama-sama Mat Saad adalah satu perbuatan yang kejam.

Katanya, tidak kira sama ada pada ketika itu Hasleza masih bernyawa atau telah mati, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perbuatan mencampak itu adalah kejam.

``Hati apakah ini yang tidak ada belas kasihan melihat keadaan Hasleza yang terkapai-terkapai setelah ditampar, dicekup dan ditetak? Ini mesti perbuatan kejam,'' tegasnya.

Ketika Mohd. Noor melafazkan hukuman penjara 20 tahun, galeri awam yang penuh sesak dengan ahli keluarga dan saudara mara keempat-empat tertuduh hingar-bingar dengan suara tangisan sehingga polis terpaksa meminta mereka diam.
Sabarudin, Manimaran, Rahim dan Tengku Aristonsjah yang duduk di kandang salah juga dilihat menitiskan air mata apabila mendengar hukuman yang diputuskan terhadapnya.

Isteri Tengku Aristonsjah, Jarina Mat Yusof yang hadir bersama tiga orang anak lelakinya, nampak terkejut dan hiba serta gagal mengawal perasaannya sehingga terpaksa ditenteramkan oleh iparnya yang turut berada dalam mahkamah. Prosiding mahkamah hari ini menarik perhatian orang ramai selain ahli keluarga, saudara mara dan orang kampung tertuduh, menyebabkan galeri awam sesak malah separuh daripadanya terpaksa berdiri sehingga sidang mahkamah selesai.

Menurut fakta, Hasleza telah diculik daripada keretanya di Taman Pinji Perdana, Ipoh pada 6 Oktober tahun lalu dan mayatnya ditemui di bawah jambatan di KM63, Jalan Sumpitan, dekat kawasan air terjun Sungai Ibol, lima hari selepas itu.
Perbicaraan kes bunuh itu yang berlarutan selama 41 hari amat menarik perhatian orang awam; keempat-empat tertuduh dipanggil membela diri setelah mahkamah mendengar keterangan 55 saksi pihak pendakwa dan meneliti lebih 100 bahan bukti.

Pihak pembela telah mengemukakan lapan orang saksi termasuk madu Hasleza iaitu isteri pertama Raja Di-Hilir Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang memberi keterangan sebagai saksi memihak anak saudaranya, Tengku Aristonsjah.
Sementara itu, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah memfailkan serta merta notis rayuan bagi sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya, Tengku Aristonsjah ke Mahkamah Rayuan.

Beliau turut memfailkan notis rayuan bagi pihak peguam tertuduh keempat, Gurbachan Singh yang juga merayu terhadap sabitan dan hukuman anak guamnya, Rahim.
Peguam A. Tanasekharan dan N. Ahilan juga akan memfailkan notis rayuan bagi merayu sabitan dan hukuman terhadap Sabarudin dan Manimaran dalam tempoh 14 hari.
2 bebas tuduhan subahat sebab kematian Hasleza

PUTRAJAYA 17 Ogos ?Bekas Bentara Istana Raja Di-Hilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Mohd. Ansary dan bomoh, Rahim Ismail hari ini dibebaskan daripada tuduhan bersubahat menyebabkan kematian isteri kedua majikannya, Hasleza Ishak, setelah Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan mereka.
Bagaimanapun, rayuan tukang kayu, Sabarudin Non dan nelayan, J. Manimaran terhadap sabitan menyebabkan kematian Hasleza, empat tahun lalu, ditolak oleh mahkamah itu tetapi hukuman penjara 20 tahun yang dijatuhkan terhadap mereka dikurangkan kepada 14 tahun

Monday, July 27, 2009

Misteri: 'Isteri' balik rumah

Gambar HANTU
SEJAK sekian lama, cerita misteri terutama membabitkan makhluk halus dan kehidupan orang Melayu seakan tidak boleh dipisahkan. Cerita sama tetap berupaya menarik perhatian walau diulang berkali-kali dengan sedikit tokok tambah.

Makhluk halus memang ada dan kewujudannya diterangkan dengan jelas dalam al-Quran. Ia memang diketahui tetapi apa yang menjadikan kewujudannya tidak disenangi ialah cara ia memberitahu kehadirannya melalui gangguan, usikan atau jelmaan yang menakutkan.
Manusia dan makhluk halus juga tidak boleh menjadi kawan dan jika ada yang melanggar hukum itu, akibatnya akan membinasakan diri.

Cerita ini pernah menggemparkan sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukit Merah di Perak. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Syakir, 29, memberitahu tidak lama dulu dia dan isteri serta anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang ke rumah mentua agak kehairanan mendapati pondok kecil di simpang masuk kampung isterinya lengang, sedangkan waktu baru menjangkau jam 8 malam.

“Saya memandu dengan perlahan dan berhati-hati kerana jalan masuk ke kampung isteri yang terletak agak jauh dari jalan besar, sempit dan tidak rata. Di kirinya pula ada tali air. Tanda tanya mengapa tiada anak muda melepak di pondok itu hilang begitu saja.

“Saya tidak pula berasa cuak dengan keadaan sunyi sepi dan gelap di kiri kanan jalan. Mungkin sebab sudah biasa berdepan dengan gangguan makhluk halus. Malah sepanjang perjalanan ia langsung tidak terlintas di ingatan,” katanya.

Sesampai di laman rumah mentuanya, Syakir turun mendukung anak perempuannya, manakala isteri mengangkat beg baju. Kehairanan sekali lagi timbul apabila ibu mentuanya segera keluar menyambar cucu lantas dibawa masuk dalam rumah dengan tergesa-gesa.

Syakir yang ingin mengambil angin malam duduk di atas pelantar di depan rumah tertanya-tanya dengan ajakan ibu mentuanya yang bersungguh-sungguh mahu dia masuk ke dalam dengan segera.

“Saya berasa berasa pelik sangat perangai ibu mentua. Dia seolah-olah bersembunyi di belakang pintu sambil menggamit saya supaya segera masuk ke rumah. Sebaik melangkah masuk, dia cepat-cepat menutup pintu. Gayanya macam ingin menghalang benda lain masuk.

“Selepas itu, barulah saya tahu cerita sebenar di sebalik tindak tanduk ibu mentua saya. Ia juga menjadi sebab mengapa pondok di simpang sunyi sepi. Rupa-rupanya, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila seorang wanita warga emas yang baru dikebumikan tiga hari lalu dilihat merayau-rayau,” katanya.

Kejadian mula disedari suami wanita berkenaan sendiri yang terperanjat besar mendapati makanan sudah sedia terhidang di atas meja apabila dia pulang bekerja. Bunyi seperti orang sedang mandi dalam bilik air tambah menghairankannya.

Dia yang pada awalnya menyangka rumah diceroboh masuk, terus kaku dan membuka langkah seribu apabila melihat tubuh yang melangkah keluar dari bilik air ialah isterinya yang baru dikebumikan. Sejak itu, si suami tidak berani tidur di rumahnya dan sebaik malam menjelma, dia akan menumpang tidur di rumah saudara mara atau jiran.

“Ibu mentua saya memberitahu jelmaan itu juga mula mengganggu orang kampung, merayau-rayau mengetuk pintu rumah penduduk. Dia bersyukur kerana kejadian menyeramkan itu tidak berlaku kepadanya tetapi di kalangan jiran ada yang pengsan apabila mendapati tiba-tiba wanita itu berada di dapur mereka.

“Bagaimanapun, keadaan kini sudah pulih seperti biasa dan pondok di simpang sudah kembali riuh,” katanya.

Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali bersahabat dengan makhluk halus apatah lagi membelanya untuk kepentingan diri. Jika difikirkan secara logik, apa faedahnya berkawan dengan jin atau syaitan yang sudah sah akan ke neraka juga kesudahannya.


Nasib Peniaga tiada 'kabel'


KALAU melihatkan kepada senarai bantuan disediakan, sememangnya sebagai rakyat Malaysia tiada apa yang perlu dipertikaikan dengan kewibawaan kerajaan. Ramai anak muda termasuk aku begitu minat berniaga tapi..
Menerusi pengalaman kawan saya yang memohon pinjaman melalui Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) sejak Mei lalu, sehingga ke saat komen ini ditulis, dia masih tidak menerima kelulusan permohonan akibat kelembapan sebuah bank cawangan Banting yang menguruskannya.

Syukur, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan STEB khusus membantu belia yang terbabit dalam bidang pertanian.Namun, kerana pekerja bank yang menguruskan, sehingga hari ini masih belum diluluskan pinjamannya. Kalau mengikut kata pegawai belia daerah, proses pinjaman biasanya hanya mengambil masa di antara empat minggu atau selewat-lewatnya enam minggu.
Sekarang sudah lebih sembilan minggu. Sepatutnya kenalah faham, kami sudah keluarkan modal dari awal, berstatus belia dan benar-benar menjalankan perniagaan berasaskan pertanian.

Kami bukan mewarisi tanah berelung-relung, duit bergunung daripada keluarga. Kami bergiat dalam pertanian kerana keinginan untuk mengubah nasib keluarga, tetapi bila hendak membuat penambahbaikan dengan pinjaman, kena tunggu berbulan-bulan.

Inilah nasib belia Melayu. Disebabkan kawan saya ini tiada ‘kabel’ dengan mana-mana pegawai, dia hanya mewakili rakyat biasa, inilah harga yang perlu dia bayar sebagai rakyat biasa apabila memohon pinjaman, memakan masa sampai berbulan-bulan untuk diluluskan.

Jangan ditanya kenapa dan mengapa semakin ramai terjebak dengan kegiatan haram along walaupun amaran dan nasihat terus diberikan. Inilah puncanya. Wang sudah dilaburkan untuk perniagaan, apabila memohon pinjaman untuk menampung kos ‘overhead’ dan menambah modal, kena tunggu entah sampai bila.

Saya berharap sangat, kerajaan prihatin dengan aduan rakyat mengenai mutu perkhidmatan yang diberikan. Percepatkanlah proses pinjaman yang memang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera. Kerenah birokrasilah yang banyak membuatkan kami golongan muda sukar untuk mendapatkan pinjaman.

Memang ada segelintir yang dapat, tetapi berapa kerat? Siapa sebenarnya dapat pinjaman ini? Mereka ialah yang ada ‘kabel’, kenal orang dalam dan aktif dalam politik. Bagaimana kami Bumiputera rakyat Malaysia?

Sepatutnya, golongan belia yang memang sudah menjalankan perniagaan tidak diheret dalam kancah kerenah birokrasi dengan membuat kami tertunggu-tunggu, itupun belum tentu lagi lulus.

Saya faham, selalunya apa saja dasar yang dicanangkan kerajaan memang untuk membantu rakyat, lebih-lebih lagi seperti sekarang dalam keadaan kegawatan ekonomi, tetapi mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pula ‘lebih sudu daripada kuah.’

Pegawai bank yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan ini, jalankanlah kewajipan anda dengan jujur dan ikhlas untuk benar-benar membantu bangsa anda sendiri.

Janganlah terlalu memberi tekanan kepada pemohon dengan meminta pelbagai dokumen yang sebenarnya bergantung pada budi bicara pegawai untuk meluluskan atau menolak permohonan.

Patutlah along jadi pilihan rakyat Malaysia. Jangankan bank, pinjaman yang diuruskan kementerian pun kami terpaksa lalui bermacam kerenah.

Sepatutnya sebagai salah satu alternatif bantuan untuk kami, permohonan dipermudahkan dan tidak perlulah kami menunggu sampai berminggu-minggu, sedangkan kalau pinjam along, enam minit selesai semua urusan. Sekadar melaungkan slogan itu dan ini, kami golongan muda ‘tak makan’ dengan semua itu. Prihatinlah dengan aduan kami.
Aku ambik artikel ni yang dihantar melalui email dalam Metro hari nii Isnin 27.07.09 dan Aku amat bersimpati dengan Pemuda ni yang begitu bersungguh tapi digagalkan sistem kita yang telah berakal umbi...jadi aku harapkan sesuatu harus dilakukan oleh pihak yang berkenaan.




Thursday, July 23, 2009

Mengejar Projek

Khutbah jumaat di masjid kelana Jaya sebelah komplek MAS hari ni mengkisahkan Fadhilat yang harus direbut oleh umat Islam pada Bulan Shaaban. Hari ini ialah 2 shaaban 1430 tahun islam, jadi diceritakan berbagai kebaikan sepanjang bulan syaaban ni..dan sebulan lagi kita akan melangkah bulan ramadhan bulan puasa u, lepas tu Raya la polak...cepatnyer masa berlalu Hari ini aku akan tulis apa sahaja yang terlintas dikepala otak ni, Aku sebenarnyer angin sikit ni pesal pagi tadi aku beli dua bungkus Nasi lemak lauk telor dengan kerang jer, nak tau berapa harganyer rm9 semuanya..ish tak puas hati betul aku, lepas tu masa balik jumaat tadi aku bungkus la polak Nasi Beriani lauk Daging, pakcik tuu charge aku rm11 ,aku pung heran jugak apesal la diorang ni batul-betul sembelih orang lepas ni taubat aku tak beli lagi, agak-agak laa bila nak letak harga, ni betul-betul nak cepat kaya...aku rasa diorang baru nak belajar berniaga ni...hudoh tul perangai.Sebenarnya Aku dari kelmarin lagi berkampung dengan Bos aku kat opis menyiapkan beberapa tender yang perlu di submit hari ni sebelum pukul 12 tghari tadi, lepas hantar orang tua ke kampung hari tu esok pagi-pagi dah ada kat Kolumpo.. kalau bos aku dapat pojek ni, aku pung dapat tempiasnyerr doa-doalah yerr.... Ohhhhh Satgi aku nak balik kampung lagi kalau nak duian jom la ikut...duit lagi

Perhimpunan lilin apa tujuan sekalipun syirik - Pensyarah

Seminggu ni kita dikejutkan dengan kekecohan berkaitan kematian seseorang ni, berita ni hari-hari menjadi tajuk berita penting dalam akbar harian baik dalam barisan pembangkang mahupun sebaliknya di Sini Aku selitkan satu artikel menarik kalau nak tahu kena KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemimpin-pemimpin parti politik beragama Islam diingatkan supaya tidak menggadai kesucian agama serta akidah semata-mata mahu menarik sokongan masyarakat bukan Muslim.

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

"Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam. Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,'' katanya di sini semalam.

Beliau mengulas trend menyalakan lilin oleh pihak tertentu bagi memperingati atau membantah satu-satu isu dan kebiasaannya ia dianjurkan oleh parti-parti politik.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

"Kita perlu tahu membezakan antara urusan agama dan urusan masyarakat. Menziarah kematian orang bukan Islam adalah urusan masyarakat dan ia merupakan sesuatu yang amat digalakkan.

"Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,'' katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan, umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.

Beliau berkata, hukumnya jelas memandangkan perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan dalam agama Kristian.

"Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

"Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang. Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,'' katanya.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

"Malang sekali dalam negara kita sekarang politik telah mempengaruhi semua aktiviti. Kita tumpukan soal politik hingga lupa kepada nilai-nilai keagamaan, lupa kepada batas-batas yang telah ditetapkan dalam agama,'' katanya.


Wednesday, July 22, 2009

Isteri tidak hormat suami setelah menjawat jawatan besar

SAYA suami berusia 30-an dan bekerja sendiri. Saya dan isteri berkahwin dua tahun lalu selepas kami berkenalan ketika menuntut di pusat pengajian tinggi. Ketika itu dia periang dan baik budi pekerti.

Malangnya, sekarang tidak lagi. Isteri saya tidak menghormati saya sebagai suaminya...aku ambik artikel ni dari sebuah majalah tempatan kalau pembaca nak tau ceritanyerr sila..Segala-galanya berpunca apabila dia menjawat jawatan besar dalam kerjayanya selepas menyambung pengajian di luar negara.

Diringkaskan cerita, pendapatan isteri saya lebih banyak daripada saya dan itu yang saya rasa menyebabkan dia berasa lebih hebat hingga tidak lagi menghormati saya.

Berikut saya ringkaskan kesalahan isteri saya:

Suka meninggikan suara dan menengking apabila bercakap dengan saya.
Tidak berpakaian mengikut ajaran Islam. Bila saya tegur, dia tak mahu ikut.
Tidak menghormati orang lebih tua, termasuk anggota keluarga.
Kalau saya menelefonnya, dia selalu marah dan mengherdik saya. SMS yang saya hantar langsung tidak dibalas.
Suka boros berbelanja bersama rakannya yang kebanyakannya bergaji besar.

Apabila saya ajukan masalah saya kepada mentua saya, mereka memberitahu tidak mampu berbuat apa-apa. Saya hairan dengan jawapan itu kerana bagi saya, mereka sepatutnya boleh membantu dengan menasihati isteri saya.

Saya cuba bincangkan masalah ini secara baik dengan isteri, termasuk mengajaknya berjumpa kaunselor perkahwinan, tapi cadangan saya ditolak.

Yang saya lihat, isteri saya kurang didikan agama. Mungkin ini yang menjadi masalah utamanya. Bantulah saya Dang Setia, apa patut saya lakukan untuk melihat isteri saya kembali seperti dulu. Saya sayangkan rumah tangga saya.
SUAMI DILEMA
Ipoh, Perak



Berdasarkan makluman saudara, nyata sikap isteri saudara keterlaluan dan berdosa mengikut hukum Islam. Namun, tidak adil untuk sekadar menyalahkan dia. Persoalannya, mengapa dia boleh jadi begitu dan mampukah sikap negatifnya berubah?
Apabila saudara menyatakan isteri selalu marah dan menengking saudara, izinkan Dang Setia bertanya, mengapa sampai terjadi begitu?
Bukankah ada juga kemungkinan saudara turut bersalah kerana tidak membendung perkara itu sejak awal perkahwinan sehingga isteri ‘naik tocang’.
Biarpun dia belajar lebih tinggi dan gaji lebih lumayan, dia masih perlu patuh kepada saudara. Dang Setia tidak bermaksud ingin meletakkan kesalahan ke atas saudara, namun sekadar ingin mengetengahkan perkara untuk saudara fikirkan kerana mungkin boleh memberi manfaat.
Biasanya isteri hilang hormat terhadap suami apabila sejak awal perkahwinan lagi suami tidak menegur kesilapannya., mungkin kerana sayang atau disebabkan anggapan ia perkara kecil.

Namun, selepas tempoh lama dan apabila isteri terbiasa dengan sikap itu, baru suami berasa kurang senang dan mula memarahi isteri serta ingin isteri berubah sikap.
Ada juga kes isteri tidak hormat suami berpunca daripada sikap suami yang hanya mahu dia dihormati, tetapi tidak pernah menghormati hak isterinya.
Justeru, saudara perlu berubah dalam usaha mengubah sikap isteri. Maksudnya, saudara perlu berani dan tegas untuk memperbetulkan kesilapannya. Tunjukkan sikap saudara sebagai pemimpin rumah tangga.

Dang Setia bukan membicarakan soal ini atas dasar gender, tetapi sekadar menyatakan tuntutan agama Islam. Ini kerana mengikut Islam, seorang suami wajib menjadi pemimpin kepada isterinya.
Isteri yang berdosa kepada Allah berhak dijatuhi hukuman. Jika saudara sebagai suami cuba memperbetulkan kesilapannya tetapi isteri masih degil, Dang setia berpendapat tidak salah jika saudara menjatuhkan talak terhadapnya. Tapi aku polak berpendapat dia kena Queen control lerrr

Tuesday, July 21, 2009

'PANGGILAN' itu

Ketika itu aku masih muda lagi, dan baru bekerja dengan sebuah syarikat Perunding kejuruteraan sebagai pelukis Pelan di Damansara Utama. Ketika itu aku tinggal di sekyen 8 Shah Alam dan dengan menaiki motor kesayangan aku ex5 (yang banyak berjasa) aku berulang alik setiap hari ke sana. Aku ingat lagi no rumah tu, 404 blok 14 sec 8. Ketika itu kami menyewa seramai 4 orang, sewa pun agak murah lagi masa tu disebabkan kami menyewa terus dengan pihak PKNS...aku ingat sewanya dalam rm450 kot sebulan. Jiran sebelah rumah aku budak advance itm aku pun tak ingat nama mereka tetapi kenkadang diorang selalu gak pinjam motor aku masa tuuu...

Pada satu Malam beberapa bulan aku bekerja, sedang aku bergelak ketawa bersama teman serumah, tiba-tiba telepon rumah berbunyi dan kawan aku berkata ada PANGGILAN untuk aku dari Kampung, adik aku yang baru habis espm memberi salam dan tiba-tiba dia berkata ABANG cha dah takdak....aku seperti tak percaya apa dikata, katanya Abang cHa kemalangan dengan Lori dekat Kampung dan Dia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku tiba-tiba sebak dan tak dapat menahan sedih. Setelah berbincang kawan aku terus menghantar aku ke rumah pak saudara aku di Pandan Jaya, kebetulan Salah seorang Pak saudara seorang Guru Besar berkursus di Genting Highlands, kami semua berkumpul dan bertolok ke kampung malam itu jugak. Dalam perjalanan itu aku seperti tak percaya kerana seminggu sebelum itu aku sempat bercakap dengan aruah di telepon dan menasihati beberapa perkara. Tiba di Kampung kami semua tidak dapat menahan sedih. Sebenarnya Aruah masa tu bertugas sebagai Guru berdekatan di kampung aku, dan menyewa sebuah rumah dekat sekolahnya. Sebelum kejadian dia sempat balik ke rumah dikampung, aku rasa dalam Musim buah inilah dan mengambil buah rambutan dan manggis. Kejadian berlaku ketika aruah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya. Ketika kejadian aruah bersama isteri dan anaknya menaiki motor namun kak ipar dan anak saudara selamat dan hanya luka-luka kecil. Sesungguhnya aku pasti kita semua akan menerima PANGGILAN ITU, cepat atau lambat pasti datang, kita akan menerima PANGGILAN. Aku memohon dan berdoa Semoga roh aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. sekian.....asslamulaikum

Sunday, July 19, 2009

3 tahun tak 'disentuh'

Salam kepada pembaca semua semoga semuanyer dlm suasana luarbiasa baik, hari ni marilah kita berkongsi masalah dengan seorang isteri org ni yang menamakannya dirinya MARIAM kalau nak tau masalahnyer cuba klik SAYA ada masalah hubungan intim bersama suami. Perkahwinan saya sudah lima tahun dan suami tidak menyentuh saya hampir tiga tahun. Pada awal perkahwinan dia menyentuh saya apabila saya memulakan dahulu atau apabila saya bertanya, baru dia menyentuh saya. Selang sebulan, kemudian selang tiga bulan dan terus dia melupakan. Saya agak suami ada kelemahan batin kerana dia hanya menyentuh saya hanya sekali dan sekali pusingan, tiada ulangan. Cuma seingat saya berlaku beberapa kali ulangan apabila saya mula bersuara, iaitu tiga kali sepanjang perkahwinan.Kami pernah tinggal berasingan selama tiga bulan, ketika saya meminta perpisahan, tetapi saya tidak merujuk di mana-mana pejabat agama.
Suami mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan apa yang saya alami. Saya sentiasa berasa kekurangan dan sering menangis sendirian memikirkan diri. Berfikir juga adakah saya tidak cantik? Dari segi mana yang saya tidak menawan?
Saya pernah meminta teman memberikan tahap dari 1-10 untuk wanita 'hot' (paling laris) dan teman saya berkata saya di tahap 7. Saya juga wanita yang teratas dari segi rupa dan pakaian di kalangan pekerja wanita di pejabat, jadi cantik bukan masalahnya. Pelbagai cara saya gunakan, bersemuka dengan suami, bercerita mengenai perkara ini sudah beberapa kali dan meminta suami berubat. Mungkin suami kurang berusaha atau kecacatan dari awal, kerana kami tidak mempunyai anak.Saya pernah bertanya ibu mentua, kenapa saya tidak ada anak sedangkan enam abang dan kakak saya mempunyai lebih dari dua anak. Dia hanya berkata, jangan memaksa nanti ia tidak datang. Saya meminta jasa baik Dr memberi nasihat
JAWAPANNYA MACAMNI RINGkAS JERR

ISLAM sudah meletakkan tanggungjawab tertentu kepada suami isteri di alam perkahwinan. Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isteri sama ada zahir atau batin. Termasuk nafkah batin ialah kasih sayang dan hubungan seksual. Apabila suami gagal memenuhi tanggungjawab, rumah tangga menjadi tidak sempurna dan mungkin berakhir dengan perceraian. Islam tidak menghalang perceraian apabila terbukti ia membawa kebaikan kepada pasangan. Dalam kes puan, nampaknya suami tidak mampu memberi nafkah batin dalam masa yang agak lama. Beberapa usaha pernah dilakukan oleh puan seperti berbincang dengan suami dan ibu mentua mengenai perkara berkenaan, namun tiada penyelesaian. Memandangkan keadaan itu mungkin berterusan, saya mencadangkan supaya puan mengadu kepada hakim atau kadi. Puan disyorkan berjumpa dengan peguam syarie bagi mendapatkan nasihat dan mengetahui langkah yang perlu diambil. Dengan mengetahui prosedur yang sebenar, masalah puan dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul rasa permusuhan dan sebagainya.

Saturday, July 18, 2009

Rombongan dari Kampung sudah sampai

kenduri kat kampung tanjung kasau
Aku sampai ke kampung pada hari khamis malam jumaat kira-kira jam 12 tghmalam.Pagi tadi aku dan rombangan dari kampung halaman bertolak ke kolumpo dalam pukul 9 pagi dan sampai ke kl dalam tengahari. Aku dan Rombongan datang dalam 6 buah kereta dah berpecah dahulu. Malam ni dan esok akan berlansung majlis kenduri dirumah mak saudara aku di Kapar klang berhampiran kg tuan ponya blog 'biru' .Aku skarang berada diputrajaya baru sampai membawa kedua mak dan ayah di rumah adik aku. Saudara mara lain mungkin ke destenasi mereka dahulu....ke rumah anak menantu kot. Sekejap lagi akan begegas ke tempat kunduri untuk majlis makan malam. Aku rasa macam nak tido jer ni mengantuk sgt sehh, aku kalau tengahari selepas makan nasi memang laa tahap mengantuk yang amat sangat, berpinar mata jadinya tapi tahan jugak la. Mengantuk sungguh bawak keta waktu tu ishh . esok aku akan tambah dah edit apa yg patutlah ...

Thursday, July 16, 2009

Hukum guna pendinding

MEMBACA banyak kisah santau dan penggunaan ilmu hitam akhir-akhir ini sedikit sebanyak merisaukan saya. Saya ingin tahu apakah hukumnya seseorang yang menggunakan ilmu pendinding bagi melindungi diri daripada santau, guna-guna, dan perbuatan khianat yang berunsurkan ilmu hitam? Apakah ayat-ayat al-Quran yang mujarab untuk dijadikan pendinding diri? nak tau jawapanya elok sangat klik sini sehhh



Ilmu hitam seperti yang saudara sebut ialah sihir. Ia ditegah dalam agama untuk dipelajari untuk digunakan dengan tujuan mengkhianati orang lain. Berlindung diri daripada terkena amalan sihir memang wajar dilakukan. Ia sebagai usaha untuk mengelakkan dari kejahatan dan perbuatan khianat.

Banyak ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk pendinding diri seperti ayat tiga qul, bacaan yasin dan doa-doa makthurat atau doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW boleh diamalkan.

Elakkan daripada menggunakan tangkal sebagai pendinding kerana ia menyimpang daripada ajaran agama

Skim cepat kaya punca Melayu berhutang

Aku kalau tak posting sesuatu setiap hari rasa macam kurang lah sesuatu dalam hidup aku, 3 tahun lepas aku diperkenalkan oleh member aku dekat kolumpo ni, macam-macam skim cepat kaya masa tu contoh yang aku ingat Swiss cash , lepas tuuu muncul polak AB fund, dinar, E-barrel. Ramai jugak kalangan member aktif masa tu, aku pun terjebak jugak tapi dalam usd200 sahaja. Bila sahaja Bank Negara mengamuk semua kena tutup dan duit tengelam macam tu sahaja, sebenar ramai dikalangan kakitangan kerajaan yang masuk ketika itu, sebabnya diorang senang mendapat pinjaman dari koperasi atau bank. Sebenarnya mana ada duit senang dalam dunia ni, dah ada nas berusahalah kamu bersungguh kemudian bertawakal... kemudiaan barulah nampak hasilnya disini aku selitkan kata seorang aktivis ni cuba klik

KUALA LUMPUR 15 Julai - Biro Pengaduan Awam MCA menerima 65 aduan membabitkan peminjam ah long daripada kalangan kaum Melayu yang melibatkan pinjaman menjangkau lebih RM2 juta sejak awal tahun ini.
Ketuanya, Datuk Michael Chong berkata, daripada jumlah itu, 40 kes melibatkan peminjam lelaki manakala 25 lagi adalah wanita.
"Sebanyak 341 kes diterima sejak Januari sehingga Jun tahun ini dan peminjam daripada kalangan kaum Cina paling ramai iaitu 241 kes," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Beliau berkata, rata-rata peminjam kaum Melayu yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan 30 sehingga 40 tahun mengalami masalah kewangan dalam perniagaan dan ada juga yang terlibat dalam skim cepat kaya.
"Kalau kaum lain, mereka meminjam kerana berniaga dan berjudi tetapi dalam kes kaum Melayu, ramai terlibat dalam skim cepat kaya dan ada antara pengadu yang datang berhutang lebih RM700,000 dengan ah long," katanya.
Sementara itu, Michael Chong berkata, ah long kini menggunakan taktik terbaru bagi memungut hutang dengan cara menghantar wanita cantik dan seksi ke rumah atau premis perniagaan peminjam.
"Wanita itu akan menunggu di kedai-kedai atau rumah-rumah peminjam untuk memungut hutang. Selagi mereka tidak bayar, wanita ini akan datang berulang kali untuk memungut hutang," katanya. - BERNAMA

Wednesday, July 15, 2009

Fatwa Merokok

Tadi aku ada kerja dekat wangsa maju, sebelum itu aku kena pergi beberapa tempat dekat kolumpo, aku polak tadi keluar dah lambat jadi lambat la kerja semuanyer selesai. Lepas tu balik aku ikut MMR2 nak balik ke tempat aku lah, Sampai sahaja dekat dengan Taman Orang dok main Layang-layang tuu, baru aku nampak jem teruk kereta tak bergerak langsung, aku polak takde pilihan sebab dok atas jambatan nak hala mana lagi, aku kalau jem ni memang la pobia disebabkan kereta Posh aku ni masalahnya temperature naik tiba-tiba kalau kereta tak bergerak, aku takut kalau keta ni mati lagi laa susah.Aku tengok kalau aku aku teruskan jugak memang masalah ni. Aku cuba relax perlahan-lahan aku ke tepi, dekat sejam jugak sangkut ni, sampai jer Kepong aku masuk simpang ke kiri.. masuk Manjalara sebab aku tengok Magrib dah masuk. Aku terus pergi ke masjid Bandar Manjalara dekat situ, bila masuk parking jer....aku tengok satu signbord besar ...HARAM MEROKOK DI DALAM KAWASAN MASJID NI...... lepas tu ada signbord macam ni

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
tapi masalahnya aku memang seorang perokok adushh.....tak yah klik abis dah

Tuesday, July 14, 2009

Esok Aku Nak Balik kampung

aku cilok Gambar blog Orang nii Sebab viewnya Cantik
Esok aku nak balik kampung, tapi aku kena uruskan dahulu beberapa kerja yang telah di amanahkan oleh Bos aku, sambil balik ni bole laa aku mencari info terkini untuk dientrykan pada posting akan datang, mestilah sebab blog ni aku dedekasikan untuk Kampung aku dan pesal diri aku ada jugak aku kisahkan, mana tau pengalaman yang aku pernah tempuhi mungkin sedikit sebanyak akan menjadi menjadi pengajaran atau pun akan memotivasikan untuk menjadi yang terbaik dikhalayak terbaik kepada pembaca Amnya. Aku balik sebab nak ambik kedua orang tuaku makan kenduri kawen di subuah rumah mak sedara yang tinggal di Kapar Klang. Aku ingat petang sikit boleh la gerak sapa nak ikut Jom arr ? opsss tk yah klik

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEGALANYA telah terancang oleh gerakan ni, aku dedikasikan Artikel ni untuk kita semua dan merenung kembali walaupunpun sekumit.
Aku tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai MEREKA ini. Tapi aku ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini. ceritanyer begini sehh sila klik

Aku amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


Monday, July 13, 2009

Bagaimana dunia tanpa lelaki

DAPATKAH anda bayangkan dunia tanpa lelaki? Apabila tiada lagi lelaki di dunia ini, maka tidak akan lagi kedengaran gelak-ketawa kerana tiada sesiapa lagi untuk dijadikan lawan ketawa!
Begitu juga apabila hendak membuat keputusan kerana tiada siapa yang mahu membuat keputusan untuk kita walaupun keputusan yang dibuat oleh orang lelaki kadangkalanya salah. Artikel ni begitu menarik perhatian hati aku kalau saudari sudi sila klik.
Baru-baru ini laporan akhbar ada menyiarkan tentang sepasukan saintis dari Universiti Newcastle, England, mengejutkan dunia perubatan berikutan kejayaan mereka menghasilkan air mani manusia daripada campuran bahan kimia dan vitamin.
Ini sekali gus dijangka menjarakkan lagi jurang perbezaan nisbah populasi wanita yang dikatakan hari ini melebihi kaum lelaki.
Bagi golongan saintis kajian tersebut merupakan satu penemuan penting yang memerlukan banyak kajian seterusnya tetapi hakikatnya ia hanya memberikan implikasi yang besar dari segi soal akhlak dan moral.
Di sini sebagai mengimaginasikan beberapa pro dan kontra daripada sudut pandangan wanita tentang apa akan jadi apabila dunia tanpa lelaki.
Sembilan perkara yang tidak akan terlepas dari-(dari persepsi penulis sebenar artikel ni la seorang wanita. Aku hanya cilok jer..
1] Lelaki selalunya betul
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk dipersalahkan.
2] Lelaki akan memberikan nasihat sedangkan anda hanya mahu mereka menjadi pendengar
3] Lelaki selalunya gagal memahami wanita. Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.
4] Lelaki mengambil kesempatan apabila stokin bersih mereka bertambah dengan tiba-tiba(aku tak paham)
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya. (hantar dobi jer)
Mereka tidak mampu mengikut walaupun hanya sekadar senarai membeli-belah yang mudah
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.(aku serik soping dgn pompuan gilerr boring...)
5] Lelaki ini misteri
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.
6] Lelaki lebih suka sesat daripada bertanyakan arah
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.(salah aku selalu tanya Org per kalau tk jumpa jalan)
Mereka selalu inginkan kemenangan berada di pihak mereka
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.
7] Lelaki mampu menghadapi saat-saat kesukaran
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.
8] Mereka perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus. ( sebab tu lahh lelaki nafsunya tak sama dgn perempuan)
Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa 9] lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama.
Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.
Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi.

Sunday, July 12, 2009

Pelajar rahsia status isteri kedua

SAYA pelajar universiti berumur awal 20-an namun sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua. Masalahnya, perkahwinan saya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga saya dan suami. semoga menjadi pengajaran kalu sudi klik disini

Saya setuju berkahwin dengan suami kerana saya ada sejarah hitam dalam hidup dan kami tidak mahu lagi terjebak dalam kancah maksiat. Hanya perkahwinan dapat menyelamatkan kami.Saya terharu apabila suami tidak pernah mengungkit kisah saya. Sekarang saya sangat bahagia tetapi kadangkala berasa sangat bersalah terhadap keluarga saya kerana berkahwin secara senyap-senyap.Perasaan ini sedikit sebanyak mengganggu prestasi pembelajaran saya. Saya juga sering berasakan seolah-olah tidak begitu penting di dalam hidup suami dan terseksa kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan.Ini kerana setiap kali kami keluar, saya perlu berjalan jauh dan berpura-pura tidak mengenalinya. Jiwa muda saya sangat tertekan. Pernah satu masa, kami terpaksa membatalkan pertemuan kami kerana dia ada urusan dengan isteri pertama.Disebabkan saya masih belajar dan menetap di hostel, kami jarang bertemu. Hal ini membuatkan saya terasa diabaikan. Sebenarnya, saya sedar suami tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana pada awal perkahwinan dulu kami bersetuju hanya akan mengisytiharkan perkahwinan kami selepas saya tamat belajar.Saat menulis e-mel ini, jiwa saya memberontak untuk mendedahkan perkahwinan kami. Terlalu berat dugaan yang saya lalui selaku isteri kedua.Sejak kecil, saya tidak pernah berkongsi permainan, jadi saya tidak pernah terfikir apabila dewasa saya akan berkongsi suami.Setiap kali pulang ke rumah pada waktu cuti, saya rasa sangat bersalah terhadap orang tua saya kerana membelakangi mereka. Apa patut saya lakukan?

ILA JAWAPAN ..Masalah saudari adalah satu lagi contoh akibat buruk apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Ini kerana, mengikut Islam, perkahwinan adalah sesuatu yang perlu dihebahkan kepada umum, bukan dirahsiakan.Banyak hikmah tersembunyi di sebalik arahan Allah ini, antaranya supaya mengelak fitnah dan membolehkan pasangan berkahwin itu hidup secara normal sebagai suami isteri.Selain itu, Islam mengajar seorang anak supaya menghormati ibu bapa dan sentiasa mendapat restu atau kebenaran mereka dalam apa jua tindakan yang dilakukan.Jika arahan itu tidak dilakukan, akan hadir masalah kerana Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda: “Keredaan Allah itu berada dalam keredaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa.”Berdasarkan dua kesalahan saudari iaitu merahsiakan perkahwinan dan tidak mendapat restu ibu bapa, Dang Setia rasa sudah jelas apa tindakan perlu saudari lakukan untuk menyelesaikan masalah.Jawapannya ialah saudari perlu berterus-terang mengenai perkahwinan saudari kepada ibu bapa dan suami saudari juga perlu melakukan tindakan serupa terhadap ibu bapa serta isteri pertamanya.Selepas tindakan itu dilakukan, secara automatik status rahsia perkahwinan saudari akan gugur dan insya-Allah mudah-mudahan dapatlah saudari dan suami hidup sebagai pasangan normal.Bagaimanapun, Dang Setia sedar melakukan semua itu bukan semudah menulis atau sekadar bercakap tetapi kesukaran terpaksa saudari dan suami tempuhi. Anggaplah semua kesukaran itu sebagai hukuman yang perlu saudari terima dengan reda.Tiada orang lain yang boleh saudari dan suami salahkan di sebalik segala yang berlaku, melainkan diri sendiri. Apabila kita berani buat, kita juga kena berani terima akibat daripada perbuatan kita.Lagipun, kita juga perlu rasional adakah ingin susah selama-lama atau susah sekejap dan insya-Allah selepas itu senang untuk tempoh lama.

Naik Bas Dari Gerik ke Penang


Aku dulu pernah bersekolah di bkt mertajam, jadi aku selalu lah berulang alik Gerik-Butterwoth. Semasa tahun tu Lebuhraya gerik-kulim belum dibina lagi mungkin baru dalam cadangan. Satu-satu jalan masa tu mengikut jalan Gerik-Baling-Butterworth. Jalan tu polak sedang giat dinaik tarafkan jadi memang la berlubang dan berdebu dan agak sempit. Perhidmatan bas Ekspress Gerik ke Butterworth masa tu hanya sebuah sahaja kalau hari minggu memang la penuh dengan pekerja indusri atau mereka yang ada urusan di sana. Kalau Bas Ekspres penuh terpaksa la naik bas loncat melalui Baling ke Buterworth. Kalau tiket takder nak naik jugak, terpaksa la naik berdiri sampai ke sana atau duduk selamba kat tangga bas. Perjalanan ke Butterworth ni masanyer macam nak pergi ke Kolumpa kalau naik kereta la. Aku ingat penah sampai 3 jam lebih baru sampai ke Betterworth ni, bila sampai jer memang bau tengit, samapi rambut pun boleh jadi keras sebab kena habuk. Bas polak masa tu mana ada aircon kalau ada pung tk berfungsi teruk betul..

Saturday, July 11, 2009

Perang Salib

Sebenarnya aku cuba buat posting yg dipendekkan akhirnya berjaya juga jadi aku ambik satu artikel ni sebagai experimen .Perang Salib adalah ekspedisi ketenteraan yang dilakukan untuk merebut kembali tanah suci Palestin dari tangan penganut Mohammedanism, demikian definisi yang ada di beberapa kepustakaan Katholik. Benar, definisi ini versi Katholik tentu saja.
Beberapa ulama’ enggan menyebut perang ini sebagai perang salib. Mereka punya istilah sendiri iaitu Perang Sabil yang berasal dari kata Perang Sabilillah atau Jihad Sabilillah (Perang atau Jihad di jalan Allah). Definisi umat Islam tentu saja adalah Perang di Jalan Allah untuk mempertahankan tanah suci Palestin dari serbuan kafir Harbi Kristian. Perang ini berlangsung panjang, selama empat abad, iaitu dari abad ke-11 sampai abad ke 15. Perang ini terfokus di Palestin memperebutkan tanah suci Palestin, walaupun kemudian merambah juga ke Asia kecil dan Eropah Timur. Perang ini memang inisiatif pihak Kristian, demikian menurut kebanyakan kepustakaan.
Palestin yang merupakan tanah wakaf umat Islam, tanah para Nabi, kiblat pertama umat Islam, dan tanah tempat Isra Mi’raj direbut oleh umat Islam dari kekaisaran Bizantium (Romawi Timur) pada masa kekhalifahan Umar bin Khaththab, tepatnya tahun 638 M. Perebutan wilayah ini juga atas undangan orang-orang Kristian Palestin yang lelah dengan penjajahan Bizantium dan mereka mendengar bahawa kekhalifahan Islam terkenal sangatlah adilnya. Sejak itu sampai abad ke-11 Palestin berada di wilayah kekuasaan Kekhalifahan Islam. Orang-orang Kristian di seluruh dunia bebas berziarah ke Palestin.
Pada abad ke-11 Palestin berada di bawah kekuasaan orang-orang Turki yang sudah merebut kekuasaan dari tangan kekhalifahan Abbasiyah. Orang-orang Turki adalah bangsa pengembara. Mereka tinggal bukan hanya di wilayah yang disebut negara Turki sekarang ini melainkan di Turkistan, Asia Kecil dan Parsi.
Turkistan (negeri orang Turki) adalah wilayah yang luas meliputi Anatolia (Negara Turki sekarang), Xinjiang (sekarang dijajah Cina), Azerbaijan, dan Asia Tengah yang meliputi Kazakhtan, Uzbekistan, dan Turmenistan (yang berarti Tanah Orang Turki). Salah satu suku Turki iaitu Seljuk bergerak ke Anatolia dan mereka berperang dengan orang-orang Kristian di bawah pimpinan Alexius I. Alexius meminnta tolong kepada Paus Urbanus II untuk merebut kembali Anatolia dari “Kaum Kafir.”
Paus Urbanus II mengabulkan permohonan pertolongan dari Alexius bahkan untuk ekspedisi yang lebih besar dan lebih dari itu lagi. Palestin, tanah suci umat Islam, Kristian, dan Yahudi yang berada di Pantai Timur Laut Tengah yang berada di bawah kekuasaan umat Islam sejak masa Umar bin Khaththab harus direbut kembali, demikian pendapat Paus Urbanud II. Paus tersebut memanggil untuk “Perang demi Salib” untuk merebut tanah suci dari tangan “Kaum Kafir.” Paus mengumumkan dan mengirimkan surat ke semua Raja-Raja di seluruh Eropah. Paus menjanjikan Kejayaan, Kesejahteraan, Emas, Tanah di Palestin, dan Syurga bagi para kesatria yang mahu berperang. Pada saat itu Khalifah Abdul Hakim dari Dinasti Seljuk menaikkan pajak ziarah ke Palestin bagi orang-orang Kristian Eropah. Paus menyebutnya “Ini Perampasan,” oleh kerana itu Tanah Suci Palestin harus direbut kembali. Perang ini diumumkan sebagai “Perang Salib” dan dimulai tahun 1096 dipimpin oleh Tahta Suci Roma. Anak-anak muda, bangsawan, petani, kaya dan miskin memenuhi panggilan Paus. Peter The Hermit dan Walter Si bokek memimpin kaum miskin dan Petani-petani ke Perang Salib tapi mereka dikalahkan dan dihancurkan oleh Pasukan Turki suku Seljuk di Medan pertempuran Anatolia dalam perjalanan menuju Jerusalem.
Pasukan yang benar-benar tentara sebenarnya berasal dari Perancis dipimpin oleh Baldwin dari Flanders, Robert dari Normandia, dan beberapa bangsawan. Pasukan ini menang melawan Khalifah Abdul Hakim pertama di medan Perang Anthiokia (sekarang Syiria) tanggal 3 Juni 1098 dan setahun kemudian memasuki dan merebut Jerusalem pada tanggal 15 Juli 1099 mereka mengalahkan pasukan Muslim dan Yahudi. Terjadilah pembantaian keji oleh Orang Kristian terhadap umat Islam dan Yahudi. Sebanyak 40.000 orang tak berdaya dibunuh dalam dua hari.
Perlawanan tetap berjalan sampai tahun 1101 dan inilah periode Perang Salib Pertama. Selama itu Jerusalem dikuasai oleh Orang-orang Eropah Kristian. Perang Salib Kedua terjadi pada tahun 1145-1147.
Perang yang besar-besaran dan sangat legendaris adalah Perang Salib Ketiga. Di pihak Kristian dipimpin oleh Philip Augustus dan Richard Si Hati Singa rajanya tokoh Legenda Robin Hood. Di pihak Islam dipimpin oleh Shalahudin Al Ayyubi. Pada masa itu kekhalifahan Islam terpecah dua iaitu Dinasti Fathimiyah di Kairo yang bermazhab Syi’ah dan Dinasti Seljuk yang berpusat di Anatolia yang bermazhab Sunni.
Shalahuddin prihatin akan hal ini, menurutnya Islam harus bersatu untuk melawan Eropah Kristian yang juga bersatu. Shalahuddin yang keturunan Seljuk, Turki kebetulan kekerabatan dengan Khalifah Dinasti Fathimiyyah, ia kemudian berhasil menyatukan kedua kekhalifahan ini dengan damai. Tapi tetap saja Shalahuddin masih melihat umat Islam lemah dan malas berjihad dan mereka dihinggapi penyakit Wahn iaitu cinta dunia dan takut mati. Umat Islam juga tidak mengenal ajarannya, tidak mengenal sejarah Nabinya. Ia pun kemudian menggagas sebuah pesta yang diberi nama peringatan Maulid Nabi Muhammad. Di pesta ini dikaji habis-habisan Sirah Nabawiyah dan Atsar Sahabat terutama semangat jihad mereka. Pesta ini berlangsung dua bulan berturut-turut. Akhirnya banyak pemuda muslim yang semangat berjihad berbondong-bondong mereka mendaftar untuk berjihad membebaskan Palestin yang saat itu dikuasai oleh orang-orang Kristian Eropah. Merekapun di didik ketenteraan yang akhirnya Perang Salib III atau Perang Sabilpun berlangsung. Palestin digempur habis habisan. Orang Kristian terkepong hanya di Jerusalem.
Dan tidak berapa lama kemudian mereka kalah. Shalahudin berhasil merebut Palestin pada tahun 1187. Orang Kristian lalu mendatangkan bala bantuan dari Eropah yang dipimpin oleh Philip Augustus dari Perancis dan Richard Si Hati Singa dari Inggeris. Pada saat itu Richard sakit keras dan Shalahuddin mengendap-endap ke tenda Richard dan bukannya membunuh musuhnya, dengan ilmu kedoktoran yang hebat Shalahudin mengubati Richard dan sembuh.
Richard terkesan dengan kebesaran hati Shahuddin, iapun menawarkan damai dan ia akan menarik mundur pasukan Kristian pulang ke Eropah. Merekapun kemudian menandatangani penjanjian damai dan dalam perjanjian itu Shalahuddin membebaskan umat Kristian untuk mengunjungi Palestin secara bebas asal mereka datang dengan damai dan tidak membawa senjata. Perjanjian damai itu ditandatangani tahun 1191 M.
Perang Salib keempat berlangsung tahun 1204 bukan antara Islam melawan Kristian melainkan antara Takhta Suci Katolik Roma yang merebut Takhta Kristian Ortodoks Romawi Timur di Konstantinopel (sekarang kota ini bernama Istanbul di Turki).
Perang Salib kelima (1218-1221) orang-orang Kristian yang sudah bersatu kekuasaannya itu berusaha menaklukkan Mesir sebagai pintu masuk ke Pelestina tapi mereka gagal total.
Kaisar Frederick II (1194-1250) secara peribadi memimpin perang Salib keenam. Tapi tanpa pertempuran yang bererti dan berdasarkan pengalaman berdialog dengan Muslim di Pulau Sicilia ia pun berdialog, berunding lagi dengan Muslim iaitu Sultan Mesir Malik Al Kamil yang juga keponakan Shalahuddin, akhirnya disepakati perjanjian damai Jerusalem tetap dikuaai oleh Muslim tapi Nazareth (kota tempat Nabi Isa dibesarkan) dan Betlehem (kota kelahiran Nabi Isa AS) diberikan kepada Orang Eropah Kristian dan Frederick dilantik tahun itu juga menjadi di tahta suci Nazareth dan Betlehem.
Dua perang Salib terakhir iaitu ketujuh dan kedelapan dipimpin oleh Raja Perancis Louis IX (1215-1270).
Tahun 1248 Louis menyerbu Mesir tapi gagal dan ia menjadi tawanan perang. Untuk kebebasannya ia harus menebus dengan emas yg sangat banyak. Louis mencuba lagi pada Perang Salib kelapan pada tahun 1270. Ia menyerang Tunisia tapi ia dikalahkan oleh Sultan Dinasti Mamaluk, Bibars, dan Louispun meninggal di Medan Perang.
Sejarawan sepakat sampai tempoh ini saja yang disebut Perang Salib, tapi beberapa Sejarawan Katholik menganggap penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad II AL Fatih dari Turki tahun 1453 juga sebagai perang Salib, Sejarawan Islam juga menganggap ini sebagai Perang Sabil. Penaklukan Spanyol Islam oleh Ratu Isabella tahun 1492 juga dianggap sebagai Perang Salib.
Sebelum Perang Salib, orang-orang Eropah Kristian tahu dengan sangat sedikit tentang orang-orang Islam. Tapi setelah perebutan Jerusalem oleh orang Eropah Kristian mereka mulai mengenal Islam sesungguhnya. Selama ini orang Islam dikesankan sebagai orang yang kejam mereka sedar bahawa mereka sendirilah yang kejam. Dan ternyata orang Islam adalah orang yang bertolak-ansur kecuali kalau mereka diperangi. Selama ini Eropah Kristian menganggap Islam agama pedang ternyata kemudian orang Eropah sedar bahawa Islam agama damai. Selama ini juga kesan di mata Orang Eropah Kristian bahawa Nabi Muhammad orang yang gila seks kerana beristeri banyak akhirnya mereka sedar kenyataan tidaklah demikian. Mereka juga jadi belajar kitab-kitab ilmu pengetahuan, peradaban, dan kebudayaan Islam. Eropah yang saat itu disebut mengalami Masa Kegelapan mulai menemukan titik terang peradaban mereka. Mereka belajar astronomi, kedoktoran, filsafat, dan pelayaran dari umat Islam. Dan mereka sedar akan doktrin Jesus bahawa cintailah musuhmu justeru setelah peristiwa Shalahudin Al Ayyubi mengubati musuhnya iaitu Richard Si Hati Singa.
Selama ini orang Eropah Kristian menganggap bahawa Islam adalah agama yang kejam ternyata mereka kemudian sedar Islam agama yang sangat tasamuh. Di dalam kekhalifahan Islam, semua pihak termasuk orang Yahudi, Kristian, dan Zoroaster ternyata menikmati kebebasan beragama..
.

Aku pernah Kerja Delivery Pizza Hut

Sebenarnya seronok jugak kerja pizza hut ni, dulu aku penah kerja sebagai delivery Pizza hut selama 2 bulan di sekyen 11 Shah Alam. Selain tugas sebagai penghantar Pizza ni kami jugak diajar selok belok didalam kedai dan cara-cara membuat Pizza. Dan yang paling 'Best' mestilah cara nak bacuh tepung dan membuat dough dan membuat topeng Pizza itu. Sebenarnya senang jer nak buatt Pizza ni rupanya cuma bahannya sahaja yang kena cari dekat Pasaraya. Ketika itu Pizza Hut di situ baru sahaja beroperasi dan kamilah orang yang merasmikan dan menjahamkan motor-motor kat situ, Aku ketika tu bukannya berani sangat naik motor ni, tapi atas dasar tugas lama-lama aku jadi berani(tiap-tiap hari kena maki dgn Penunggang moto), almaklum kami nak kejar masa 25minit selepas message sampai untuk hantar pizza ni, kalau lambat kitaorang terpaksa kasi free jer kat custemer. Pengalaman jatuh motor ada jugak, aku rasa dekat section 19 berhampiran dengan stesen komuter,jalan kat situ agak berminyak dan KORNERnya memang layan, waktu tu mungkin aku dari section 18 nak short cut hantar pizza kat secton 19 atau 21. Kemalangan agak teruk(motor la) tapi aku mujurlah luka-luka kecil waktu itu. Bila hantar pizza ni mestilah jumpa dengan bermacam orang kalau yang Kaya dan baik dapat merasa tips. Aku yang seronok hantar pizza ni, terutama dekat OPIS atau dekat rumah pelajar dapat la berkenalan dengan Pelajar Uitm yang menyewa kat luar masa tu atau Budak kerja kilang(kalau yang melawan tu aku call la). Tugas sebagai Delivery ni aku Kena la hafal semua jalan dan lorong-lorong dekat Shah Alam ni sampailah Kat kawasan-kawasan kilang.'Aku masih ingat lagi jln-jln'tu sampai skrang. Bila habis kerja ni selalunya pizza yang tak habis perlu dibakar sebelum dibuang jadi masa ni kami membawa balik dan menjual kepada member-member. Alaa Rm10 yang large tu dan kalau yang rajin datang kat kedai tu kami seludup dan deal tunggu kat belakang kedai hehhehee dapat beli rokok.

Friday, July 10, 2009

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik Sahaja.

Sebenarnya aktikel ini menarik untuk dibaca yang aku ambik dari syurgadunia.blogspot.com/ kalau rajin bacalah mungkin dapat menambahkan ilmu didada,
aku dah edit artikel ni menjadi ringkas.
Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri.
Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel-sel, sel-sel ini pula terbina dari molekul-molekul, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya.. kita hanyalah tenaga yg dizahirkan. Ilusi "fizikal"nya kita ini hanyalah didunia yg sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan "roh" yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG (Magnetoencephalograph) yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.
Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.
Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta?
Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak?.
Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung.

Putrajaya Pada Tahun itu

Cantik Gambar Pemandangan Tasik Banding ni..

Putrajaya ialah nadi dan Pusat Pentadbiran kerajaan Negara kita ni pada hari ini, aku sebenarnya sangat arif selok belok putrajaya ni, jadi hari aku ni aku nak kisahkan serba sedikit pengalaman aku semasa disana, kalau sudi..layann sehh..Semasa tu majikan aku telah mendapat satu projek membekal makanan dari JPM untuk orang-orang kampung yang datang dari Trengganu dah Kedah,pada hari selasa untuk orang dari Trengganu dan hari Jumaat untuk orang dari Kedah(semasa itu Trengganu masih lagi ditangan Pas).Tapi kalau jamuan pada hari Jumaat dapat la bertemu dengan mantan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir. Pada waktu itu banyak bangunan kerajaan masih dibina dan belum siap sepenuhnya.
Selalunya kehadiran orang-orang kampung ni dalam lingkungan 500 orang dan kadang kala hingga 700org(ramaikan) aku diberitahu pada ketika itu budget(harga) untuk makan seorang ialah rm25 termasuk makan pagi. Jamuan besar-besaran diberikan pada mereka di sebuah Dewan dibawah masjid putrajaya setelah mereka di bawa melawat sekeliling Putrajaya ketika itu, dewan dibawah masjid sangat besar boleh memuatkan hampir 700 orang, aku diberitahu ada dua dewan tapi hanya satu digunakan. Tugas aku ketika itu ialah menyiapkan semua menu dan turut sama menghantar ke putrajaya( Kerja sia-sia hampeh) bayangkan dalam kuantiti tu aku perlu menyiapkan dari malam sampailah keesokan harinya. Kerja menyiapkan kelengkapan dan melayan ditugaskan kepada sekumpulan tentera yang membuat kerja ini sebagai kerja sambilan(diorang memang cekap) dan aku turut sama membantu menyiapkan segala meja-meja untuk beberapa ahli kenamaan. Keadaan Majlis memanglah dalam suasana tegang jikalau pada hari Jumaat ini kerana waktu yang singkat dan kehadiran mantan perdana menteri, para tetamu diberi makan secara hidang dalam jumlah 10 orang satu meja (lagi la kelam kabut)dan perkara yang paling tak akan aku lupakan bila mantan perdana berucap ringkas dan memberi pujian masakan pada hari itu... perr...tapi semuanya hanya kenangan belaka, sebenarnya bekas Majikan aku banyak tak membayar atas usaha dan kerja-kerja aku tu. Itulah pengalaman bekerja dengan Orang.

Thursday, July 9, 2009

ynde8b3th9

ynde8b3th9

Daging berkecai di 'paya hangus'


Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
kalau nak tau lebih detail bacalah kosmo yer..seram gak cerita ni, tapi kejadian berlaku kira-kira 32tahun yang lalu..sampai sekarang masih menjadi misteri kejadian ni telah mengorbankan semua penumpang termasuk beberapa vip. Sebenarnya aku takde idea nak letak per hari ni layan je lah.

Penampilan Mesti Kemas Cantik Segak


Penampilan kena sempurna begitu kata Abu Yazid Al Busthami pelopor sufi layann sehh seperti yang diceritakannya, Pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah...seterusnya(nak detail baca kt Lenggangkangkung-my.blogspot.com) tapi semenjak dua menjak ni aku memanglah berpakaian kemas

Wednesday, July 8, 2009

Manoharan tuntut bukan melayu diberi status bumiputera

Berita ini agak terlebey sudah tengok sekarang sebab beri muka pada orang-orang macam ni, sekarang barulah kita tahu langit tinggi rendah, jangan sesekali biarkan berlaku...layannn.. SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama

DUN Perak mungkin bubar

Halaman hadapan akhbar Guang Ming Daily 6 Julai 2009 menyiarkan berita utamanya dengan tajuk DUN Perak Mungkin Bubar. Akhbar itu melaporkan perkembangan politik negeri Perak kembali bertiup kencang. Dua ADUN yang keluar pakatan pembangkang dulu, iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi mungkin kembali ke pangkuan parti itu kerana tidak puas hati terhadap BN, pertukaran kuasa pemerintahan dijangka boleh berlaku atau pun DUN Perak dibubarkan.( Ini bukan aku yang kata tapi suratkhbar cina ni yang tulis tapi kalau betul laa boleh aku balik kampung mengundi lagi, aku walaupun bermastautin di kolumpo tapi hatiku tetap kat kampung, aku memang berdaftar sebagai pengundi si sana, mintak-mintak jadi lah mesti dapat gula-gula banyak kali ni, takde gula-gula takder lah undi). Dengan pelbagai ‘tanda politik’ ini menunjukkan DUN Perak akan dibubar dalam tempoh enam bulan ini.
Halaman ini melaporkan temu ramah wartawannya dengan Jamaludin dan exco negeri Perak, Datuk Mah Han Soon . Jamaludin menafikan berita yang beliau tak puas dengan BN, sebaliknya dia berkata, semua ini rekaan Ngeh semata-mata.
Bagaimanapun, Jamaludin berkata, setahunya Osman pernah bertemu dengan Mohammad Nizar tetapi hanya kebetulan sahaja tanpa sebarang perbincangan. Dia sendiri pula pernah menerima panggilan Mohammad Nizar tapi tak menjawabnya. (baca kat bawah ni..)
Bagi Han Soon, berita DUN Perak mungkin dibubar itu karut semata-mata. Sesiapa yang berkata sedemikian memang pengacau, tujuan mereka hanya mahu mengalih perhatian daripada masalah krisis dalam pakatan pembangkang.

Tuesday, July 7, 2009

Rumah Anak Yatim Ummu Salamah-Air Panas Gerik

Dulu rumah ni Orang panggil Rumah Hitam

Aku jumpa laman sesawang Rumah anak Yatim ni sebenarnya yang terletak di Kampung Air Panas Gerik berhampiran Sekolah Menengah Sultan Idris Shah..(sek lama aku la) mana la tau kot-kot ada hartawan dari Gerik nak beri sumbangan ke,ikut dari jalan lama selepas kampung Tanjung rambai jumpa Rumah Anak Yatim ni.(cadangan tapak baru jln masuk Kg Air Ganda).rajin baca lah
LATAR BELAKANG RUMAH ANAK YATIM UMMU SALAMAH.
Asrama anak-anak yatim Gerik (persendirian) didaftarkan dengan rasmi sebagai UMMU SALAMAH SDN BHD. Asrama ini adalah percuma kepada anak-anak yatim. Persediaan termasuk tempat tinggal, makanan serta persekolahan. Sekarang hanya menyara sejumlah kecil anak-anak yatim lagi miskin, kini merancang kepada pembesaran. Berhajat untuk menampung sehingga 100 orang anak asuhan.Sebagai menampung sebahagian perbelanjaan, pihak pengurusan asrama memutuskan untuk membuat jualan wakaf tanah di LOT 2877, Jln Air Ganda, Kg Air Panas, Gerik. Harga jualan adalah ditetapkan RM10 sekaki persegi. Pecahan sijil wakaf adalah 1/10 kaki RM1, ½ kaki RM5, sekaki RM10. Lot kembar lima kaki RM50 dan lot sepuluh kaki RM100. Satu ekar dari tanah tersebut telah dibeli dengan harga RM 25,000 untuk pembinaan asrama yang tetap.Perancangan juga termasuk membeli tanah seekar lagi disebelahnya dengan nilai RM28,500. Anggaran keseluruhan pembangunan adalah RM450,000, dijangka siap pada penghujung tahun 2009.
Kepada sesiapa yg ingin turut serta menyumbang dalam pembesaran ini boleh menggunakan no akaun dibawah:
UMMU SALAMAH SDN BHD (Maybank):
5580-7911-4983
UMMU SALAMAH SDN BHD (CIMB) :
0810 0003505-05-4 Website
http://www.ummusalamah.com/

Ibu pengsan selepas rayu Dilla pulang

TAPAH 6 Julai - Seorang ibu yang terlalu tertekan dan rindukan anak tunggalnya yang hilang sejak enam hari lalu, pengsan di hadapan sekumpulan wartawan di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini hari ini.
Sebelum itu, Latifah Mohd. Sabri, 48, merayu-rayu sambil menangis meminta anaknya, Nur Fazilah Mohd. Yusof, 16, atau Dilla agar pulang segera ke rumah kerana terlalu bimbang dengan keselamatan anaknya itu.''Dilla baliklah, mak rindu. Kalau sayangkan mak baliklah nak. Mak tak marah, hari-hari mak tengok baju dan gambar Dilla.
''Dilla sayang mak kan, kalau mak salah mak minta ampun tapi kalau jadi sesuatu jangan menyesal," rayu Latifah.
Katanya, sehingga kini Dilla masih gagal dihubungi walaupun berita mengenai kehilangannya itu sudah disiarkan Mingguan Malaysia kelmarin.
Menurutnya, Dilla dipercayai keluar meninggalkan rumah kerana merajuk setelah dimarahi ibunya pada kira-kira pukul 7.30 pagi, Rabu lalu.

Dilla hilang setelah menghadiri kelas tambahan dan latihan hoki di sekolah dan tidak pulang terus ke rumah selepas itu. Aku baca cerita Dila dlm Mingguan Malaysia ahad lalu, mengikut cerita Dila ni telah berkenalan dengan seorang lelaki di dalam lama sosial mungkin Myspace atau frenster kot, jadi mungkin setelah diracun secara halus oleh seorang lelaki ni Dila telah hilang pertimbangan dan hilang dari rumah..Aku rasa ada kat sekitar Tapah ni..seterusnyaaa....
Dia dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Hadi malah rakan-rakannya memberitahu Dilla dilihat bersama lelaki itu menaiki bas ke Cameron Highlands.

Dalam pada itu, Samsudin berkata, pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Dilla segera menghubungi Pusat Khidmat DUN Ayer Kuning di talian 05-4018002. (PENTING DI SINI SILA BACA YANG KAT BAWAH INI..>

Jelas beliau, kes seperti itu telah berlaku dua kali sebelum ini dan kedua-dua mangsa yang hilang ditemui dalam keadaan tragis iaitu mati dibunuh oleh lelaki yang melarikan anak gadis terbabit.(kalau rajin sila baca utusan muka depan)

Monday, July 6, 2009

Sek Men Sultan Idris air panas Gerik

masa rehat tkde duit lepak kt parking ni la
Aku dulu bersekolah di sek. men. sultan idris shah 11 Gerik. Bila aku lalu sekolah ni, aku mesti teringat nostalgia lama semasa.. aku tingkatan satu tahun 198.. kat sek men men sultan idris ni, begini sehh masa tu aku jenis mat skima sikit...ye laa baru nak masuk sek men. Bukannya macam budak lani semua serba tau seh, tak payah ajar..depa lagi advance. Masa aku kat kelas 1waruna ke, aku pung tk ingat nama kelas aku. Dalam kelas aku masa tu ada la 3 serangkai budak pompuan ni, budak dari Ipoh tiba-tiba masuk sek. kat Gerik, perr lawa gak budak ni. Seorang nama sherlina, sorang siti aida, sorang lagi linda( linda ni mak dia penah jadi Tim.men dulu) ermm teka sendiri jer la.
Jadi kat sek tu cepat laa diorang mengecapi keglamouran sebagai 3 serangkai yang menjadi pujaan budak-budak lelaki .Budak-budak kenal sangatlah dengan diorang ni.Sekarang entah berapa anak la yer. Ohhh lupa nak beritahu Sherlina ni kacukan cina serani rasannya...sebelum tuu tak penah pakai tudung masuk sekolah ni kena laa pakai tudung(sbb semua org pakai tudung). Masa tu Bapak dia OSPd Gerik tak salah aku la. Aku pung glamour gak semua budak kenal aku sampai skarang hehee..aku pung tak tau sebabnya mushkil sekali aku.
Sherlina ni orangnya tinggi lampai...mcm melayu pon ada macam cina pung ada...dia pandai sesuaikan diri masa tu kot, linda ni polak putih cantik..cute mute, siti aida ni polak orang hitam manis... sedap mata memandang. Aku rasa ada la beberapa patah perkataan aku sembang dengan diorang ni, Dalam kelas tu mestila ada samseng namanyer Ayem sorang lagi hassan kot. Aku rasa laaa duit aku ilang masa rehat tu pkejaan diorang laa.

Kekasih menghilang diri

SAYA seorang gadis berusia 22 tahun. Saya mempunyai teman lelaki dan hubungan kami telah berusia empat tahun. Untuk pengetahuan Putri, kekasih saya tua setahun daripada saya. Masalah yang ingin saya luahkan adalah berkenaan teman lelaki saya yang menghilang daripada saya tanpa apa-apa khabar dan berita. Saya telah cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya. Adakah ini membuktikan yang dia memang bukan jodoh saya? Jika benar apa yang harus saya lakukan kerana saya tidak berupaya untuk melupakannya.

Saya telah cuba untuk melupakannya tetapi kenangan bersamanya sentiasa ada dalam minda saya.

n Yang terluka, Negeri Sembilan.

Karangan di atas aku cedok dari utusan semalam bertajuk(kekasih menghilang diri) dari ruangan soal jawab putri yang datang dari seorang gadis dari negeri sembilan, kasihan dia kan.. muda-muda begini memang asyik terluka sajer.. kat sini aku polak nak yang beri pandangan dan tohmahan(kerasnya) dari demensi aku layan sehhhh...mungkin pandangan aku tak sama dengan pandangan PUTRI ponya jawapan.

Kepada Yang Terluka

Sebuah madah ada menyebut, jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Saudari seorang lemah hanya kerana cinta, saudari dinasihatkan datang ke kampung Tgkasau kita berikhtiar mandikan saudari lupakan kisah lama, Mandi cara orang lama-lama. Saudari cari hobi yang boleh lupakan dia.membeli belah ke..tulis blog ker..dan sentiasa berdoa panjangakan yang tak putus putus pada yang esa semuanya ada hikmah disebaliknya...lagi engkorang tambah lah yer..(tapi aku rasa teman lelaki dia dah ada yang lain ni)..

Sunday, July 5, 2009

Pengalaman Yang Amat Berharga

salam semua, artikel ni dah lama aku tulis tapi baru hari ini aku postingkan..aku rasa sudah tiba waktunya..ceritanya begini sehh kalau sudi bacalah...Disini aku nak coretkan kisah aku ditipu oleh kawan aku sendiri. Kejadian yang berlaku 2 tahun lepas..awal tahun 1997 betul2 mengajar aku pengalaman dan erti susah senang hidup ataupun pengalaman berniaga. Aku berharap kalau korang baca kisah aku jangan sesekali mudah percaya pada kawan yang baru kenal 2, 3 bulan, kalau nak usahasama berniaga, eloklah kita kenal latar belakangnya dahulu, keluarganya ataupun di mana tempat tinggalnya , sekurang-kurangnya kalau terjadi apa-apa boleh jugak kita cari dia atau upah orang belasah dia.
Aku dulu berniaga kantin sekolah, dari kecik kecik pastu boleh la beli serba sedikit harta(nak kena beli lain). Sebelum kejadian berlaku aku selalu la melepak satu tempat ni dekat Kelana Jaya. Tempat ni betul-betul depan Kompleks MAS jalan menuju ke LHDN(showru), kalau korang biasa kat situ korang tau la tempatnya. Waktu tu aku suka sangat lepak kat situ almaklum laa petang2 ramai la stewades dok melepak kat situ :]) dapat tengok jer la, kebetulan kawan baik aku bukak car wash kat situ masa tu sambil memberi sokongan kat dia. Udah melepak situ aku pung kenal la ramai rangkaian yang bekerja kat situ, untuk pengetahuan korang tempat tu kepunyaan beberapa budak Umno yang sedang meningkat naik (dah jadi Ketua pemuda Umno Subang)skrg. Waktu pung berlalu budak-budak situ tau la aku berniaga katering, Pada satu hari manager situ namanya (bekas manager) fairuz sound kat aku hang nak projek tak? aku memang tau waktu tu diorang memang tgh membekal makanan dekat MAB malaysian airpot. Aku pung tanya la macamana?, kata manager tu dia dah masuk projek tu pakai nama kampeni dia, dan dia nak aku jadi sub, aku masak tapi modal aku dulu lepas tu dia akan ambik dan hantar kat sepang. Katanya budget rm18 sekepala( rupa- rupanya selepas aku siasat selepas aku 'terkena' sekepala harganya rm28) semasa persetujuan aku dengan dia aku tak buat surat hitam putih.. cuma aku catitkan dalam buku aku. (aku la mengong pedehal membe aku dah sound)
Setelah projek ni berjalan selama sebulan, kekadang yang makan ada la dalam 120 orang, paling banyak 600 orang. Sebelum tu dia ada buat la wayang bayar sikt kat aku, aku rasa ada la beberapa ribu inggit. Bila aku kira-kira bil aku yang tak 'seberapa' tu lebih kurang dalam rm60,000 sebulan kemudian...(BANYAK TU), dia cakap payment belum masuk lagi. Aku pung tunggu la dengan sabar hari demi hari, tunggu ponya tunggu dia dah tutup hanpon, aku pergi cari ke rumahnya tapi dia dah berpindah rupernyer(memang cekap).. si Fairuz ni sial betul. kemudian terbongkarlah dia ni memang kaki penipu, lepas tu aku pung kepupusan tunai sebab hutang keliling(siang malam berdoa camner nak settle hutang org ni) kantin polak tak dapat sambung tender. Aduh merananya aku......Dan sampai hari ini aku dok berusaha kembali mengembalikan kegemilangan aku..sekian terima kasih..camno nak kawin lagu ni.