Wednesday, May 13, 2009

Apa Nak jadi nii...

masa aku kat kampung ni banyak jugak perkara yang tak enak aku dengar, dulu-dulu kes kecurian sekrap selalu terjadi sebab masa tu harga getah yang agak tinggi lani lain polak jadinya. korang nak tau per polak yang hilang sekarang ni kat kampung aku ni? Minggu lepas lembu sekandang hilang kat kampung padang jeri sebelah kampung aku ni, pastu polak buah pisang menjadi tumpuan penagih penagih tegar, mungkin harga pisang yang tinggi kot, banyak la pokok-pokok pisang orang kampung yang menjadi mangsa, sekarang tak kisah samaada pisang yang muda atau pun dah tua semua disapu oleh penagih dadah ni., memang orang kampung sudah mengenalpasti mereka yang terbabit melakukan kerja ni, kira geng pencuri skrap jugak la, tetapi disebabkan mereka ni belum lagi terserempak dengan orang kampung jadi tiada la tindakan yang boleh dibuat buat masa sekarang. Aku harap perkara ni dapat dibasmi dengan segera demi kesejahteraan dan keamanan kampung ku kampung tanjung kasau.

Wednesday, May 6, 2009

Iklan RHB yang best

Aku suka tengok sangat iklan RHB yang baru tuu, ceritanya pesal seorang mamat ni nak mintak kawan kawan opisnya menjadi penjamin, dalam iklan ni menunjukkan kwannya semuanya menghilangkan diri dengan belbagai cara...lawak lawak ..moralnya bukannya senang kalau nak mintak org jadi garentor ni...susah oii

Rupa-rupanya banyak yang aku ketinggalan


Rupa-rupanya banyak yang aku tak tau perkembangan akhir-akhir ni dikampung aku ye laa dah 5 bulan tak balik. Mak beritau, katanya kedai kamal dah dijual kat paklong dan dibuat stor sahaja sekarang, dulu kamal ni bukak kedai runcit kat lubuk bedil nama tempat ujung kampung aku, dan dia sekeluarga dah pun berpindah kat kampungnya di Lenggong, mungkin perniagaannya merosot maka terpaksa la dijual shj tempat tu, lepas tu kedai makan zamree (formerly org kaya baru) pun dah ditutup dan sekarang diambil alih bapaknya menjalankan kedai barang runcit. Kedai zamreel ni betul betul tepi jalan berdepan dengan Air mineral kat kampung tanjung kasau ni. Kedai makan ni baru bukak setahun kot, mungkin dengan pengurusan yang lemah dia tak dapat bertahan barangkali. Sebab berniaga ni kena cukup segala ilmu dan seninya kalau setakat nak pakai bukak memang la tak berapa lama la berniaga, tapi khabarnya paklong Koha anak makwa dah bukak kedai teh tarik baru jalan nak masuk ke kampung , bersebelahan padang bola tu, koha ni memang dah lama berniaga, aku dengar perniagaannya lumayan mungkin dengan pengalaman menebar roti canainya tu. Aku harap dia akan maju jaya

Tuesday, May 5, 2009

Majlis Sambutan Maalud nabi di kampung aku




di sini aku sertakan gambar antara aktiviti keagamaan yang di jalankan di kampung aku, berkat pemufakatan diantara orang kampung maka majils ni berjalan dengan lancar

Banjir Besar Tahun lepas

kat sini aku sertakan beberapa gambar semasa banjir besar kat kampung tanjung kasau, gambar
ni cuma gambar selepas banjir laa, nati aku cari lagi kalau ada. Dulu dulu pihak tok ketua ada jugak mintak senarai kerugian tapi hampeh senyap jerIA. Kerugiaan agak banyak laa tapi nak buat mcamna dah hukum alam, ketika kejadian banjir aku telah berada di kuala lumpur, aku rasa kejadian berlaku akhir bulan syawal masa tu, sebenarnya selepas aku tak dapat memperbaharui tender kantin aku, aku membawa semua barang atau kelengkapan kantin aku satu lori dari kl dan di letakkan di belakang pankin belakang rumah aku, akibat banjir besar hari tu habis separuh barang-barang dihanyutkan oleh arus sungai, bila aku balik masa tu keadaan rumah agak teruk sekali macam dalam sawah padi daa. DAN AKU SELITKAN BERITA DARI HARAKAHDAILY
Banjir lumpur yang melanda beberapa buah kampung kesan limpahan air Sungai Kenering dekat sini baru-baru ini telah mengakibatkan puluhan rumah mengalami kerosakan teruk selain harta benda hanyutSebanyak 55 keluarga di Kampung Padang Jeri, Tanjung Kasau, Tanjung Lobak, Air Pulau dan Ulu Lawin menjadi mangsa banjir yang tidak disangka-sangka itu kerana pertama kali berlaku seburuk itu sejak kira-kira 40 tahun lalu.
Berikutan itu, kerajaan negeri telah mengambil tindakan segera bagi meringankan bebanan serta penderitaan mangsa-mangsa terbabit dengan membuat lawatan serta menyampaikan bantuan kewangan.
Bantuan sebanyak RM150 kepada setiap keluarga mangsa disampaikan pada sebelah pagi selepas kejadian banjir lumpur melanda pada sebelah malamnya.
Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang ditemani Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim yang dibawa melawat ke rumah-rumah mangsa oleh Yang diPertua PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Shukri Ahmad, Setiausaha PAS kawasan, Abu Bakar Mat Saleh dan rombongan.
Misbahul Munir berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan segera untuk bantuan kepada mangsa-mangsa terbabit berjumlah RM9,250 termasuk bantuan untuk makan tengah hari kepada kira-kira 300 mangsa.
"Banjir lumpur akibat limpahan air Sungai Kenering itu berlaku pada sebelah malam selepas hujan lebat di bahagian hulu sungai.
"Pada pagi keesokannya itu kita telah membuat lawatan ke tempat kejadian sambil memberi bantuan sebanyak RM150 kepada setiap keluarga mangsa," katanya kepada Harakahdaily.
Misbahul Munir berkata, banjir itu membabitkan 55 buah rumah, ada yang hanyut dan banyak yang mengalami kerosakan teruk dan difahamkan paling teruk sejak 40 tahun lalu.
Katanya, kerajaan negeri akan mengkaji tindakan segera sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah berkenaan daripada berulang lagi, sama ada kemungkinan akan mengarahkan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) mendalamkan serta melebarkan laluan sungai itu. - mks._

Sunday, May 3, 2009

Pemandangan Tasik Banding







Aku sebenarnyanya jumpa gambar ni dalam internet jadi aku pung berasa bangga laa ada jugak tempat menarik berdekatan kampung aku.. Gambar ni ialah Tasik Banding kira-kira 50km dari bandar Gerik, kalau nak pergi ke Taman Royal Belum kira dah dekat la dari situ..sebenarnya apa yang menarik kat sini pemandangannya, bagi orang yang suka memancing tasik banding lokasi yang sesuai sekali. Kalau dari kampung aku nak drive dalam 60km agaknya

Friday, May 1, 2009

Sekadar Ingatan Kepada Semua


Para sahabat bertanya kepada rasulullah mengenai seksaan golongan yang sengaja meninggalkan solat. Dan rasulullah menjawab " Katanya sesiapa meringankan dan melalaikan solat 5 waktu yang dipadhukan keatasnya, akan menerima seksaan allah dengan 15 azab. 6 daripada seksaan itu diterima ketika didunia, 3 ketika hampir waktu ajalnya, 3 ketika berada didalam kubur dan 3 lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat".

Cik Temenggong Kelantan Manohara Pinot


There might be many teenagers out there that show their fondness of splurging on indulgences, but few would show their fondness of compassionately caring and helping for others. The young Manohara Pinot has just adopted two children - one with special needs - to be taken care of at her house. With Indonesian and French descent, she calls Cannes her home and Jakarta her ‘new’ home.
She started her love for fashion at an early age. She loves Roberto Cavalli dresses, Christian Louboutin shoes, Birkin bags, Audemars Piguet and Roger Dubuis watches just to name a few. A close source said that Manohara is exteremely down-to-earth, unlike any other women you see toting Birkins on Louboutin heels, “She is beautiful, outside and inside,” added our source.
Besides preparing to enroll in public relations major at a university in Jakarta, this soft-spoken young lady enjoys painting and writing in her free time. With beauty and grace that resemble Marella Agnelli, combined with such an impeccable manner, Manohara always looks effortlessly elegant and stunning.