Tuesday, November 30, 2010

Sebuah Kisah Sedih..


Sekarang cuti sekolah dah bermula, jalan raya dekat Kuala Lumpur ni pun pagi2 tak laa berapa jem, Perjalanan lancar je..bawak keta pun tak tension bole gelak2 bila dengar celoteh radio sinar penangan Salleh yaakub dgn kawannye. Celateh salleh ni yg best ni pesal kegatalannye la..ada-ada shj ideanye. Pagi ni bila baca metro aku tersentuh sungguh cerita muka depannye. Sebuah kisah sedih....kemalangan maut yang tiada siapa pun dapat mengahalangnye. Seorang suami yg baru mnghantar isterinye ke tempat kerja terbunuh akibat ditimpa pokok mati. Beberapa minit setelah hantar isterinye....bagaimana perasaan isterinye...sungguh tragidis sekali. Semoga beliau ditempatkan dlm gologan org yg beriman amin. kucupan terakhir dlm metro hari mmg menyentuh perasaan. kepada semua hati dijalan raya...
via nokia e5

Monday, November 29, 2010

Bagaimana Perasaan kamu jika kamu dimaki ketika sdg bekerja


Kerja aku ni sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana berdepan dgn pihak yg ingin siapkan kerja secepat mungkin, dan boss aku yang dengu lagi mengung tu. Walaupun aku tidak pernah brpengalaman dlm bidang ni, tapi mungkin aku dianugerahkan utk mnyelesaikan semua masalah, maksud cari jln mcmna nak selesaikannya(kalau tk bijak tk masyuk la) .kKerja aku memasang ICT bangunan kt atas ni la. Apa yang diberitahu maincon dan semua subcon perlu siapkan projek ni dlm masa 2 minngu lagi...aku pun dah tak sabar-sabar nak belah mmg sakit kepala penat...hari2 kena drive ke seremban. Tapi banyak jugak aku belajar dan kenal ramai org, sampaikan ketua pengarah sendiri pun kenal .......hehe. Hari ni dapatla aku melepak sehari sbb kerja dibuat oleh subcon kami, jadi tak payah laa pergi buang minyak je. Berbalik kepada tajuk hari ni, aku rasa sakit hati sekali dan rasa betul2 ishhhhh mujur aku takde senapang. kejadian berlaku hari sabtu kelmarin dimana satu sambungan G.I paip untuk telekom telah tercabut, semasa hari tuu aku mengawasi laa kerja yg dilakukan oleh subcon, melihat dimana ada kerosokan sebelum jalan diturap. Jadi kami terpaksa mengorek sedikit utk menyambung semula paid yg telah tercabut ni(paip ni masih kosong belum ditarik fiber) Tiba-tiba datang laaa projek manager maincon ni terus memaki aku dgn kata-kata yang boleh menyebabkan seorang yg hilang sabar hilang kawalan. Äku rasa benda kecik jerr takde sesiapa rugi...tapi mamat ni memang mencari nahas, aku yang risau budak2 tarik kabel ni sahaja, mungkin ada darah panglima sekali diambil besi mampus mamat ni. Pada sesiapa jangan laa berperangi mcm ni, aku dgn tauke subcon mmg laa bole layan..tapi budak2 yg kerja tuu yang aku risau. Masuk dalam paper metro muka depan..Nahh,,, PROJEK MANAGER DIBELASAH BERAMAI-RAMAI ,GARA-GARA KURANG AJAR

Sunday, November 28, 2010

Bertemu kawan2 setelah sekian lama berpisah


sekarang ni boleh dikatakann semua org ada akaun facebok ,tapi ada jugak kwn2 aku yg tak bukak sosial network ni , mungkin diaorg rasa tak sesuai dgn jiwa mreka. sebenarnye pun mula2 dulu aku pun tak suke FB ni, tapi sblm tuu aku adada laa bukak acc kosong yg tk aktif pun. Lepas tu ada pulak kwn2 tanya....aku pun bagi laaa..tapi lama2 jadi ketagih pulak kt fb, blog mykampung pun telah diabaikan sekian lama mana laaa, kwn2 seperti biru, farhana, pasha, oobestos, lumut dn ramai lagi. Mintak maaflaa lama tk ke blog korang. Hari ni aku nak tulis sikit. -kadang tuuu sibuk jgk byk jugak idea nak tulis sampai aku dh kumpul mcm2 bahan dari paper tapi tk buat2 jugak. Berbalik certa fb nii aku rasanya, penangannye ialah dapat jumpa kembali teman sekolah, teman tempat kerja lama..dan juga juga teman yg penah aku minati bertahun lamanya. Tak sangka btl, tapi bila jumpa kwn2 sekolah ni, aku yg menjadi bahan sbbnye aku ni masih bujang..so tak dpt laa aku nak goreng lebih2 almaklum takde pgalaman....tapi inyaallah berkot doa mak dan ayah bertemu jugak tuu akhir nye amin.. Ermmm aku sambung kmudian je lah.