Monday, October 10, 2011

Mee Goreng Basah Pecah Batu Lawin..


Aku dulu suka sangat makan mee goreng basah dekat pecah batu nii..masa tuu tiap minggu aku ditugaskan oleh mak saudara aku ambik duit getah dkt kg air pulau tuu, jadi upah nya aku singgah laa beli mee kt sini. Masa tuu Jalan Lama lagi kat situ selalu laa Geng2 lori balak berhenti mandi sbb dekat situu air nye sejuk. Orang kata suaminya tuu kerabat Raja dari pahang lepas tuu datang kt situu bukak tanah, berniaga dok situ sampai laa skarang, aku pun tak tau samaada perkara tuu betul ke tak? Tapi kat Lawin orang panggil dia engku. Pada ketika ituu lewat 80an kot.. mee goreng tuu mmg top.Bak kata orang meniti dibibir lagi2 kalau orang yang belanja lagi la sedap. Selalu yang masak Mee Goreng basah nii bini dia laaa, walaupun Mee yang dia masak nii sedap dan tersohor...muka dia tuu tak macam orang nak berniaga pun, kita tengok pun takut.. lansung aku tak paham memang sombong sungguh. Walaupun perkara tuu dh 25 thn berlalu aku masih lagi teriang2 kesombongannya dan riak mukanya tuu. Mungkin sebab tuu laa orang akan makan sekali dua shj lps tuu taubat tk singgah lagi. Sekarang diaorang masih lagi dudok kat tepi Jalan Baru tuu..jalan nak masuk Felda Papulut tuu..alaaa lepas dari Pekan Lawin dlm 1KM tengok belah kanan tuu. Ada kedai sebelah kiri..kalau dari Gerik sebelah kanan laa..aku pun dah 20 thn lps tak singah kedai tuu. Tapi mungkin sekarang dia berubah kot...kot..bydaway depa masih berniaga lagi tuu, singgah laa try Mee Basah tuu.

Tuesday, October 4, 2011

Naik ke Utara


Rasanye aku kena ke Utara dalam dua minggu...sebelum tuu boleh laa singgah Kg.tg.kasau seketika

Sunday, October 2, 2011

Kampung Yang Tenggelam

TIGA puluh lima tahun telah berlalu. Bagi yang mengalaminya sendiri, tidak sedetik pun nostalgia Kampung Temengor yang terletak di Gerik, Perak ‘tenggelam’ dalam ingatan.

Kisah lampau kewujudan kampung Melayu itu hanya tinggal sejarah apabila Lembaga Letrik Negara kini Tenaga Nasional Berhad (TNB), membina empangan stesen hidroelektrik di kawasan tersebut.

Pelaksanaan projek yang mengambil masa lima tahun bernilai RM340 juta itu, telah menenggelamkan keseluruhan ‘isi perut’ sebuah kampung terpencil tetapi dianggap paling istimewa oleh setiap penghuninya.

Maka ‘berkuburlah’ di dasar Tasik Temengor rumah-rumah bertongkat kayu dan beratap rumbia, masjid, sekolah termasuklah juga tanah sawah, dusun serta sebahagian kebun getah.

Penenggelaman Kampung Temengor sekali gus menandakan berakhirnya suatu zaman ‘primitif’ bagi masyarakat tebing sungai yang telah wujud selama lebih 300 tahun dahulu.

Namun, benarlah kata orang, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Setelah projek hidroelektrik itu siap sepenuhnya pada tahun 1978, ia berupaya menyumbang sebanyak 348 megawatt keupayaan terpasang dan menghasilkan tenaga purata berjumlah 900 juta unit setahun.

Malah, penghijrahan membabitkan 124 buah keluarga menghadapi kehidupan baru di Kampung Ganda Temengor menjadi bukti usaha gigih TNB membangunkan potensi hidroelektrik di Semenanjung Malaysia selain memberi sinar baru kepada mereka yang terlibat.

Yang pasti, jika dahulu, rumah penduduk tidak dilengkapi kemudahan asas, skim penempatan semula yang ditawarkan TNB lengkap dengan ciri-ciri serba moden. Antaranya termasuklah sebuah rumah dengan bekalan elektrik dan air serta tanah seluas hampir lima hektar (12 ekar) untuk bercucuk tanam.

Biarpun ingatan pada kampung asal yang ditinggalkan sejak lama dahulu masih segar, namun tidak ramai anak kampung itu yang berpeluang untuk kembali ke kampung asal mereka sejak melalui detik-detik penghijrahan pada 26 Jun 1976.

Yang pasti, walaupun tiada apa lagi yang tersisa kerana keseluruhan kawasan Kampung Temengor telah lama ditenggelami air, pokok-pokok getah yang ‘terselamat’, cukup untuk mengubati kerinduan terhadap kenangan lalu di kalangan waris yang tinggal. Hehehe jangan marah aku cilok dlm Utusan bertarikh 1.10.2011...layan

Saturday, October 1, 2011

Balik kampung Ikut Jalan belakang-keluar taiping

Melayan Jiwa

Hari tuu aku kesempatan balik kampung ikut jalan Kuala selangor..semasa ituu lebuhraya LATAR belum bukak lagi. Tapi baru-baru ni Lebuhraya LATAR dh beroperasi, kita boleh masuk dari rawang, ,Hiway Gutrie atau Jalan Besar leps penjara Sg.Buluh tuuu.. Jalan nii jauh laaa sikit kalau nak sampai ke Gerik tuu akan tetapi satu sen tol pun tak perlu dibayar tapi itupun kalau kita tk ikut LATAR yang berakhir ke IJOK tuu..Semasa aku balik hari tuu aku ikut Jalan Kuala Selangor, lepas tuu tembus ke jalan Air Tawar melalui sawah padi yang sayup-sayup mata memandang....seperti didlm gambar, rasanye kawasan tuu dah masuk daerah Pasir Salak......kemudian tuu terus aku masuk kawasan estet dari Beruas keluar Terong Taiping,kita boleh jugak ikut Pantai Remis keluar ke Terong ikut jalan biasa. Entah macamna aku boleh ikut estet mujurla kereta tak berapa banyak..rasanye jalan tuu boleh jugak keluar ke Manong Kuala Kangsar. Sesekali boleh laaa kalau nk tengok bendang selepas sempadan Teluk Intan tuu..ok laaaa aku nak jumpa lepak tengok bola sat..jumpa lagi.