Wednesday, June 30, 2010

Akhirnya data peribadi kita dipertahankan

KAT malaysia ni pelik sikit, ada syarikat swasta pulak yang menyimpan data peribadi seseorang, data peribadi seseorang digunakan oleh THE COMPANY contoh terdekat seperti Bank kononnya untuk menyiasat latar belakang seseorang, apa hak Syarikat seperti CTOS tuu, menyimpan data peribadi kita ni..gila punya prosedur .Aku tertanya-tanya siapakah ahli THE COMPANY yang melindungi syarikat seperti ini sebelum ni, keuntungan berpuluh juta, kemudian senang-senang jer nak Blacklist orang, ada satu lagi yang aku prihatin berkenaan samseng-samseng penarik kereta menggunakan laptop dan menembak(scan) no kereta..untuk mengetahu status kereta. DIsini apa-apa undang yang diguna pakai yang membolehkan seseorang memcerobohi maklumat yang dianggap sulit..Aku sarankan kalau engkorang berjumpa dengan samseng atau aku gelar penyamun berlesen ni, gunakan undang-undang yang ada untuk mempertahankan diri, atau susah2 belasah jer mereka ni. Disini aku petik2 kata Menteri Komunikasi dan Kebudayaan..... Rais berkata kedudukan syarikat-syarikat lain termasuk Credit Tips Off Sdn Bhd (CTOS) yang selama ini menggunakan data peribadi seseorang kini terletak di bawah bidang akta baru itu.

“Justifikasinya perlu dipohon kepada suruhanjaya tersebut, mereka tidak boleh lagi bergerak seperti biasa lantaran undang-undang ini akan mengenakan beberapa syarat dan sebelum syarat ini dipenuhi maka syarikat sepertinya tidak boleh beroperasi seperti sedia kala,” katanya.

Monday, June 28, 2010

Godaan tubuh wanita

LELAKI memang mudah terpedaya dengan fizikal wanita..KENAPA TAK PERCAYA? cuba perhati apabila ada seorang wanita cantik melintas didepan mata( macam iklan dlm tv tuu yg paparkan pelakon tuu melintas)..Macam tuu lah kat luar sana. Tetapi kepada wanita jangan cepat perasan, kerlingan lelaki bukan bermaksud mereka berminat atau jatuh cinta. Itu mungkin kerlingan sesaat bagi memenuhi libido yg sebentar...omputih kata Suddenly..Without any warning: abruptly, short. Idioms: all of a sudden. See fast/slow/velocity.
Bagaimanapun wanita harus tahu bahagian mana perkara ini berlaku aku nak sambung tapi segan pulak nk tulis

Thursday, June 24, 2010

Tempat Menarik Di Gerik berdekatan Kg. Tg Kasau laa

JALAN TERUS PERGI GERIK
Dalam perjalanan K.Kangsar-Gerik akan menemui Jambatan ni..sebelum itu bole la beli Ikan Pekasam kat tepi ni
BAGI mereka yang belum pernah ke Gerik dan bercita-cita nak pergi ke Sana, samaada ada Kenduri kawen ke, Seminar ker, nak memancing, melancong, bercuti, berburu, atau mencari-cari peluang perniagaan disana(peluang ni hanya terbuka kepada orang politk sahaja la sebab sini banyak kawasan balak dan ada berguni duit)menghantar anak ke MRSM kat sana ke. Perjalanan ke Gerik dari Kuala Lumpur bagi aku dah biasa, mungkin 3 jam, kalau naik bas tambah lagi sejam. Satu-satunye jalan dari KL ni boleh diikuti melalui Lebuhraya Selatan masuk ke Tol Kuala Kangsar, dari situ akan jumpa traffic light terus ke Gerik, kalau ke kiri saudara-saudari bole ke Taiping melalui jalan persekutuan(jalan lama la).....KALAU taknak bayar tol boleh laa ikut melalui jalan belakang ikut Kuala Selangor, terus ke Lumut keluar ke Taiping..Seronok jugak ikut jalan lama ni, tak payah bayar tol tapi perjalanan agak panjang la, tapi bole la melihat keindahan sepanjang jalan. APA_APA pun Aku mesti fofulorkan Kampung aku dulu satu DUNIA, dekat kampung ni tempat yang MENARIKnyer ialah (AKU TENGAH PIKIR) ???? Kalau suke masuk hutan kena pergi la ROYAL BELUM tuu, tapi nak masuk sini kena buat permit dulu, bila sampai sana ada org akan uruskan cuma bayar sahaja. Memancing di Tasik banding, melawat perkampungan orang asli disana. Dari Gerik Saudara boleh meneruskan perjalanan ke Kelantan( dlm 2jam) ke Thailand(sejam) ke Penang (sejam...lebey skt)

Aku ingat Dah Nak jadi...rupenye hampeh...

waduh-waduh
Sebenarnya lama aku tak menulis sendiri ni, selalunyer aku ambik ideal atau certa dalam suratkabar jerr...tapi hari ni sebab menemankan bos kat kedai mamak ni sambil tengok bola kesudahan...bekas penjajah tanah melayu Jepun menang 3-1 lawan Demmark. Aku certa la sikit lebih kurang kat dalam ni. Baru-baru ni dalam 3 bulan lepas la,(seorang yg aku penah kenal lama dulu2) entah macamner aku telah menjadi angau dengan seseorang, aku ingat semuanyer indah, aku pun ingat nak tutup buku. Maksud aku aku nak kawen laa .Bos pun nak sponsor lebih kurang...Ape nak tulis ni sila.. RUPA-RUPAnya tinggal angan-angan, entah apa la pulak tiba2 SI Dia tel tak angkat, mesej tak jawab...mengung betul, hari tu bukan maen lagi...subuh2 nak mesej aku, Aku ni laa jenis species yang cepat mengalah, kalau mesej berpuluh tak menjawab tandanyer memang laa taknak lagi, walaupun hari2 aku menjengok ke laman Fesbooknyer.Sebenarnyer aku layan fesbook tu dulu sbb dia la..Skrg blog pun dah terabai. Hero sekarang ni kira tengah frust la, mana tak frust aku beri hint dah kat orang tua aku..salah aku jugak kot..lantaklah. APa-ape pun mungkin ini ade hikmah dan pengajarannyer. Sebagai Hero dalam certa ni..hero tak bole putus asa. Kalau Si Dia nak baca certa ni baca laa...ermmmm aku rasa ada bagi alamat blog ni dulu. Mengantuk laa pulak bila bos nak balek ni dah pukul 4.30 pagi..aku igt baru pukul 3

Sunday, June 20, 2010

Balik Kg Tanjungkasau

Hari rabu malam hari tuu, aku dapat jugak balik ke kampung, tapi 2 hari tak leh bangun badan sudah lembik, sakit perut laa pulak...aku rasa mungkin disebbkan gaya pemakanan yang melampau laa, macam-macam aku sapubaru sampai sekejap tadi..

Tuesday, June 15, 2010

Ada Yang Gila talak...Ada yang Merajuk Sampai tua

Semalam aku baca dlm metro seorang perempuan yang merajuk sampai tua kerana tidak dapat berkahwin dengan pilihan hatinyer, kini warga tua tersebut duduk seorang diri, dia kini duduk seorang diri dipinggir sebuah kampung dengan rumah yang yang agak daif lagu usang, tapi bila aku tengok namanyer tuuu, andaian aku ialah mungkin orang tuanyer dulu mahu dirinyer berkahwin dengan orang gelaran Syed kot(sbb aku tgk namanye Syarifah..)..mungkin ..Satu cerita menarik lagi seorang lelaki yang gila talak dalam mingguan malaysia, diceritakan lagi bekas isterinya dulu tidak cantik, gemuk. Kemudian menjadi cantik atas usaha kerasnya kalau sudi baca kat sini..
WANITA muda cantik bergaya itu berhati-hati menyusun langkah. Begitu menarik penampilannya. Pembawaan diri menunjukkan dia amat bahagia. Teman rapat berbisik: ''Setahun lepas dia manusia berbeza. Gemuk, tiada keyakinan diri. Yang sedihnya dia ditinggal suami gara-gara tidak cantik.''

Saya terkedu. Beberapa saat selepas itu, terlontar satu perkataan: ''Kejamnya.''

Teman yang bertindak sebagai kaunselor tidak bertauliah kepada wanita itu mengupas lanjut. Kebetulan ketika itu kami makan tengah hari bersama. Wanita itu menyapa, bersalaman dan memeluk teman saya. Ada air mata bergenang tetapi bukan kerana sedih sebaliknya membawa tafsiran yang pelbagai.

Wanita itu dalam proses bercerai. Beberapa kali dia diminta menghadiri sesi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam. Bertemu dengan lelaki yang pernah bergelar suami dalam hidupnya pada setiap sesi membawa semangat baru dalam hidupnya. Dia bersenam, aktif di gimnasium, mula bergaul dan meningkatkan keyakinan diri.

Membatalkan

Kali terakhir bertemu suami menyimpulkan cerita yang berbeza. Lelaki itu membatalkan hasrat untuk bercerai. Dia tergoda dengan keanggunan isteri yang ditinggalkan kerana pernah menjadi tidak cantik, gemuk dan tiada keyakinan diri.

Sedangkan ketika tali pernikahan dipateri, bentuk fizikal isterinya sememangnya begitu.

Diberitakan hidup lelaki itu kini tidak keruan. Pergerakan isterinya sentiasa diekori. Siang malam dia mengetuk pintu rumah dan pintu hati si isteri. Kemuncaknya dia menelefon isterinya memberitahu mahu mengambil nyawa sendiri lantaran niatnya untuk membatalkan perceraian tidak dipersetujui si isteri.

Dia mahu menghentikan denyutan nadi, namun ugutan demi ugutan tidak mampu mencairkan hati wanita yang amat terluka itu. Dia tidak mahu mengulangi episod luka ditinggalkan lantaran si suami jatuh cinta dengan wanita lain atas nama kecantikan. Dia tidak tahu takdir yang menunggunya di hadapan. Mana tahu kemalangan menimpa mencacatkan bentuk fizikal dirinya, tak mustahil dia akan ditinggalkan sekali lagi lantaran rupa paras dan bentuk badan mendasari mahligai yang dibina, bukannya keikhlasan atau cinta sejati.

Keadaan suami umpama orang gila mengejarnya ke sana sini juga tidak mengundang simpati. Kalau dahulu dia dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri tetapi hari ini dia nekad tidak mahu berpaling biar pun dinasihatkan berkali-kali supaya memberi peluang kedua kepada si suami. Pegawai kaunselor di jabatan agama juga buntu. Wanita itu sememangnya tidak mampu dilenturkan lagi menyebabkan lelaki itu gila talak dan tidak henti-henti meratap hiba.

Teman saya bertanya apa tindakan saya jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Mendengar jawapan segera saya mungkin mengambil tindakan yang serupa, dia menggeleng-geleng kepala. Katanya, dalam hidup memberi dan membuka peluang kedua adalah sesuatu yang mulia dan hasilnya mungkin lebih indah. Dia juga memberitahu tidak pernah menyangka wanita boleh berubah menjadi sekeras itu. Sebagai doktor perubatan dia jarang bermain dengan psikologi tetapi dalam mengutip pengalaman wanita itu, dia mengakui selain keras hati, ego kaum Hawa tidak kurang tingginya berbanding lelaki.

Malah perbuatan tidak waras itu boleh saja menambah kebencian bukan saja bekas isterinya malah banyak orang lain terhadap lelaki itu. Kita pernah membaca laporan berita seorang lelaki membaling jendela rumah seorang gadis gara-gara pinangannya ditolak. Perbuatan itu dilakukan berhari-hari terutama menjelang dinihari. Walaupun bukan gila talak namun hakikatnya sama - segagah manapun lelaki belum tentu kuat apabila hasratnya ditolak. Selembut mana pun hati wanita, akan ada masanya menjadi keras sehingga tidak mampu ditembusi......(penulis ni mungkin geng Oprah ni)

NOta> jangan marah yer aku copy paste je ni

Thursday, June 10, 2010

hye

Nak balik kampung ke taknak..kampung ada kenduri..nak balik ke taknakLepas jumaat laa...isnin kena ada sini..aduh

Tuesday, June 8, 2010

Bagaiman Anak Bekas Menteri Besar Perak Memiliki Helikopter Peribadi ?


Bagaimana anak bekas seorang Menteri Besar Perak memiliki Helikopter peribadi, adakah dipinjamkan daripada seseorang, mamat ni aku pernah jumpa dulu-dulu kat Damansara, masa tuu dialah paling hebat kat sini Orang pertama yang memiliki M3 yg berharga RM750k..Masa tuu Uptown tengah hot,jadi kelibatnyer selalu kat situ. TAPI masa tu geng lepak aku selamba jerr perli dia, cakap kuat-kuat pulak...."wei anak Org kaya" mcm tulah kurang. Disini aku selitkan kata-kata Fasha Sadha kepada sebuah akbar tempatanBenar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya hari ini (semalam). Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Saya akui ramai pihak akan mula membuat spekulasi terhadap isu ini, namun saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara ini kerana lebih penting ialah tanggungjawab saya kepada drama yang masih berbaki tiga hari selepas 15 hari saya berkampung di sini. Saya perlu fokus untuk habiskan kerja saya dan kehadiran Rizal adalah semata-mata untuk melawat saya di sini dan itu tidak langsung menjejaskan prestasi saya di lokasi penggambaran. Apa yang boleh saya simpulkan hubungan kami masih di fasa mengenali antara satu sama lain. Terlalu awal untuk saya berbicara soal jodoh kerana 2010 adalah zaman kebangkitan saya. Jadi, mustahil untuk saya memusnahkan misi itu hanya kerana isu seperti ini

Saturday, June 5, 2010

TIDAK ADA SEMANGAT TOLONG MELAYU

Aku suka sangat membaca Forum dalam Utusan Malaysia, dari situ kita dapat mengetahui macam-macam perkara diluar terutama orang-orang bawahan, dasar dasar kerajaan yang banyak meminggirkan dan melupakan golongan ni banyak memberi kesan pada pilihanraya yang lalu, Walaupun pada hari ini keadaan semakin baik dan berubah, ADA satu artikel itu mengceritakan kekesalan seorang IBU kerana anaknya tidak mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di Universiti Luar Negeri walaupun anaknya mendapat 10A dalam peperiksaan SPM, dan kekesalannya bagaimana seseorang yang bergelar dan mempunyai harta mendapat biasiswa untuk anaknya dan mampu untuk untuk menghantar anaknya belajar dimana sahaja, memang tak adil sungguh kan...disini aku selitkan juga Forum dari seorang Usahawan melayu kepada peminpim-peminpim MELAYU...keluhannya begini SEKARANG ini pun usahawan Melayu macam saya tersangat susah untuk mendapatkan projek dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh orang Cina dan India.

Malang menimpa syarikat GLC yang CEOnya Melayu tak sedar diri, tetap ambil syarikat Cina dan India untuk menguruskan pelbagai projek GLC walaupun CEO itu dilantik kerana Melayu dan orang kampung macam saya yang sokong UMNO.

Sedih, puak-puak Melayu yang diberi kuasa dan pangkat di GLC dan jabatan kerajaan pada hari ini tidak ada semangat tolong Melayu. Sebab falsafah dia ‘tolong perut dulu’. Beza dengan CEO Cina dan India semangat kaum dulu, itulah ‘kiasu’ yang dipegang erat oleh orang Cina.

USAHAWAN MELAYU

Thursday, June 3, 2010

Restoran Kampung Tanjungkasau di Damansara Satu Hari Nanti


Gulai Kawah daging...perr
Satu hari nanti aku bercita-cita nak bukak Sebuah Restoran yang dinamakan nama kampung aku ni..Restoran aku akan berlatarbelakang Kampung sebagai hiasan dalaman...(angan-angan0 betul laaa..Menu-menu pulak lebik banyak berkonsepkan Menu yang dibawakan khas dari daerah aku seperti...Tapi itulah kalau nak bukak restoran dekat kawasan ni Sewa sekurang-kurangnyer RM4000-RM7000..pastu deposit confirm 3 bulan, renovation lagi, mana nak cari RM100k ni, tapi kalau dah terkenal nanti harga yang dibayar tak menjadi masalah bagi orang-orang kat sini, janji sedap ,orang tak komplem pun. Menu istimewa setiap hari ada, Daging Hitam( sedap Ooo daging ni) gulai daging campur umbut pisang, Ikan pekasam, ikan bakar sungai(mana nak cari ikan ni) ada pulak sambal hijau cili padi(power punya pakai lesung batu),Pecal, kerabu taugeh. Banyak lagi laaa