Wednesday, April 29, 2009

Gulai Daging dengan umbut Pisang...sedapnyaa


Tuan -tuan dan Puan-puan Resepi ni agak Femes kat kapung aku, Aku beritahu lebih kerang macam ni cara memasaknya....( dah lama aku tak makan gulai ni)
Bahan-bahan ( 4 org )
500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil) (kambing lagi laa sedap)
2 paket serbuk kari daging
500 ml santan
1 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas bawang merah (kisar halus)
6 ulas bawang putih (kisar halus)
1 inci halia (kisar halus)
2 sudu besar cili boh
Sedikit air asam jawa
Minyak utk menumis
1 gelas air
Garam, gula dan MSG secukupnya
Cara-cara
Panaskan Minyak. Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi. Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh. Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
Masukkan santan dan kecilkan api. Masukkan pula tulang atau daging dan batang pisang tadi. Biarkan mendidih dan batang pisang empuk(biar daging dah tak liat).Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya. Masak sehingga boleh dihidangkan dihidangkan...gulai ni kalau makan panas-panas lagi bes. makan polak kat tepi sungei

3 comments:

haa33 said...

memang sedap...meleleh air liur. Btw sapa ni, tanjung kasau nama blok aku weh...

mankuchai said...

memang sangat teringin nak makan ni....search resepi terjumpa blog ni...umbut pisang yg dalam batang pisang tu ker?

hang nadim said...

mankuchai-hahaha....umbut tuuu dalam batang pisang laaa..potong2 masuk dlm gulai daging tuu