Saturday, June 20, 2009

Kedai Kopi Ara Damansara

Meleleh tgk lauk ni..tapi ni n.sembilan style (ikan keli disalai dulu)

Kat tempat aku ni ada satu restoran melayu yang diberi nama Kedai Kopi Ara (jln Subang Airport belah kanan) . Beberapa tahun lepas masa aku pertama kali lepak kat sini makanan yang dipersembahkan agak menarik dengan sentuhan berkonsep melayu. Pada masa itu aku tengok hiasannyer simple sahaja, Ada beberapa meja kayu besar dimeja utama. Meja dan kerusi panjang yang ditempah khas, kerusi panjang yang tinggi diletakkan betul-betul depan kaunter dan tempat membuat air, kat atas meja polak ada talam kecik letak kueh mueh tradisional. Di dinding restoran polak ada gambar-gambar poster seniwati melayu klasik dan didepan kedai polak ada basikal tua. Aku dengan kawan pun memesan mee rebus dan kopi (sedap gak masa tu la). Lauk-lauk kat sini polak dihidangkan dalam talam dan didatangkan panas-panas(diorang perangat dulu la).Pada waktu tu ada seorang otai menggoreng kawtiaw, ramai jugak orang kawasan tu beratur bungkus agaknya sedap la tu. Pada masa tu pekerja polak memakai songkok dan baju putih macam baju pagoda tu. Memang klasik la. Lagu polak diorang pasang lagu-lagu lama..lagu era 40an. Konsep macam kopiam tapi ala-ala melayu. Sekarang aku dengar cerita Tauke dah lain, sebab dulu aku tengok lama tak beroperasi. Aku pun dah lama tak singgah...

No comments: