Sunday, July 19, 2009

3 tahun tak 'disentuh'

Salam kepada pembaca semua semoga semuanyer dlm suasana luarbiasa baik, hari ni marilah kita berkongsi masalah dengan seorang isteri org ni yang menamakannya dirinya MARIAM kalau nak tau masalahnyer cuba klik SAYA ada masalah hubungan intim bersama suami. Perkahwinan saya sudah lima tahun dan suami tidak menyentuh saya hampir tiga tahun. Pada awal perkahwinan dia menyentuh saya apabila saya memulakan dahulu atau apabila saya bertanya, baru dia menyentuh saya. Selang sebulan, kemudian selang tiga bulan dan terus dia melupakan. Saya agak suami ada kelemahan batin kerana dia hanya menyentuh saya hanya sekali dan sekali pusingan, tiada ulangan. Cuma seingat saya berlaku beberapa kali ulangan apabila saya mula bersuara, iaitu tiga kali sepanjang perkahwinan.Kami pernah tinggal berasingan selama tiga bulan, ketika saya meminta perpisahan, tetapi saya tidak merujuk di mana-mana pejabat agama.
Suami mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan apa yang saya alami. Saya sentiasa berasa kekurangan dan sering menangis sendirian memikirkan diri. Berfikir juga adakah saya tidak cantik? Dari segi mana yang saya tidak menawan?
Saya pernah meminta teman memberikan tahap dari 1-10 untuk wanita 'hot' (paling laris) dan teman saya berkata saya di tahap 7. Saya juga wanita yang teratas dari segi rupa dan pakaian di kalangan pekerja wanita di pejabat, jadi cantik bukan masalahnya. Pelbagai cara saya gunakan, bersemuka dengan suami, bercerita mengenai perkara ini sudah beberapa kali dan meminta suami berubat. Mungkin suami kurang berusaha atau kecacatan dari awal, kerana kami tidak mempunyai anak.Saya pernah bertanya ibu mentua, kenapa saya tidak ada anak sedangkan enam abang dan kakak saya mempunyai lebih dari dua anak. Dia hanya berkata, jangan memaksa nanti ia tidak datang. Saya meminta jasa baik Dr memberi nasihat
JAWAPANNYA MACAMNI RINGkAS JERR

ISLAM sudah meletakkan tanggungjawab tertentu kepada suami isteri di alam perkahwinan. Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada isteri sama ada zahir atau batin. Termasuk nafkah batin ialah kasih sayang dan hubungan seksual. Apabila suami gagal memenuhi tanggungjawab, rumah tangga menjadi tidak sempurna dan mungkin berakhir dengan perceraian. Islam tidak menghalang perceraian apabila terbukti ia membawa kebaikan kepada pasangan. Dalam kes puan, nampaknya suami tidak mampu memberi nafkah batin dalam masa yang agak lama. Beberapa usaha pernah dilakukan oleh puan seperti berbincang dengan suami dan ibu mentua mengenai perkara berkenaan, namun tiada penyelesaian. Memandangkan keadaan itu mungkin berterusan, saya mencadangkan supaya puan mengadu kepada hakim atau kadi. Puan disyorkan berjumpa dengan peguam syarie bagi mendapatkan nasihat dan mengetahui langkah yang perlu diambil. Dengan mengetahui prosedur yang sebenar, masalah puan dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul rasa permusuhan dan sebagainya.

10 comments:

en_me said...

mungkin ada masalah lain kott.. macam mulut isteri yg celupar ghitewww.. hmmm

hang nadim said...

en_me nati kena cobit dgn isteri muda teww...

jijah montel said...

husband dia gay..

Anonymous said...

aku suspek laki dia tu......

Anonymous said...

haha..mungkin lemah tenaga batin kot??minumlah kopi tongkat ali..kekeke..herm yang penting bawak berbincang la kan...semoga dia menemui jalan penyelesainnya..amin...

hang nadim said...

cikgu liza> i miss u ahaks
jasrina> u suspek per pulak ni
ava>kat brunei ada tongkat Ali ker?

Fina Sophie said...

hmm.. must be something yg not right dari pihak isteri ataupun dari pihak suami. wktu ni la komunikasi tu plg penting. perhh.. mintak dijauhkan dari masalah2 mcm ni.. hehehe

hang nadim said...

Fina> Aku pun takder pengalaman la dalam hal ni, stamnina kena jaga, amalan orang-orang lama harus dipraktikan selalu..:)

lanz_evo7 said...

isteri dia x pandai action 'hot' x? :)
xpun laki dia kena buat org..x naik bila bersama. huk3

hang nadim said...

Lanz_evo7...ibarat Proton lama la kalau turun enjin lain yg power... kasi bikin sikit boleh kejar Evo7 ko ni.