Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Wednesday, July 1, 2009
Cadangan Menbina Kem PLKN berhampiran Kampung Tg.Kasau
Sebenarnya aku dengar cerita ni dari tahun lepas lagi, ada orang nak bukak kem PLKN dekat kampung kampung Tanjung kasau ni, tapi dihujung sungai kenering berhampiran dengan sempadan Felda Lawin Utara, lokasinya kalau dari kampung aku masuk ikut empangan lama dekat kebun getah dekat-dekat situ. Khabarnya ada beberapa orang kampung aku ni telah berurusan dengan Orang KL dan sedang mencari tanah kat sini, mengikut cerita Orang KL ni nak tanah seluas 50ekar, wow besar tuu. Semasa aku balik kampung bulan lepas, ada la rombongan KL ni datang ke tapak lokasi, tapi aku tak tau sejauh mana keseriusan mereka ni. Aku bertanya jugak beberapa orang kampung ada yang sokong dan ada yang bangkang tahap maksimun. Aku rasa memang tak jadi pun Kem ni, ingat senang nak ambik tanah orang kampung yang dah ada hasil getah ni, aku tanya Pak sedara aku dia nak RM1 juta sebab kena lalu kebun getah dia, berapa banyak kebun getah kena lalu sebelum sampai ke tapak Kem, pada pandangan aku cadangan tapak tu terlalu luas kalau setakat 10 ekar boleh la dapat agaknya.Atau mungkin jikalau cadangan ini berjaya dilaksanakan sedikit sebanyak akan memeriahkan sektor ekonomi penduduk kampung sendiri, tapi risikonya semasa projek sedang berjalan yang mungkin ambik masa beberapa tahun, masalah pencemaran akan berlaku dan sistem sungai akan teruk tercemar. Penting disini selepas siapnya Kem tersebut masalah akan berterusan kerana kebanyakan rumah kampung Tgkasau dan kampung berhampiran didirikan berdekatan sungai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment