Thursday, July 2, 2009

Kepada Penduduk Tanjung kasau dan seluruh warga Negeri Perak


Berita ni dipetik dari Utusan hari ini lalu aku ingin menghebohkan kepada semua warga PERAK dan kampung Tanjung kasau yang ingin membuat aduan kepada pihak yang berkenaan sila kemukakan aduan-aduan mengikut saluran ke PUSAT ADUAN ini..beritanya begini seh.. IPOH 2 Julai - Mengambil kira kepentingan orang ramai, Barisan Nasional (BN) Perak kini mengorak langkah mewujudkan 'pusat khidmat dan aduan tanpa birokrasi.'
Menerusi pendekatan baru tersebut, setiap masalah yang dikemukakan akan cuba diselesaikan segera dengan merujuk terus perkara tersebut kepada pihak-pihak terbabit.
Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, dengan adanya tindakan segera, beliau berharap banyak masalah rakyat yang kurang diberi perhatian sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik.
''Pendekatan yang digunakan adalah bertindak segera, tidak perlu tunggu proses birokrasi. Contohnya, kalau berkaitan dengan hospital, kita akan rujuk terus perkara tersebut kepada pihak hospital, apa tindakan mereka.
''Orang datang untuk dapatkan perkhidmatan, perkara-perkara yang boleh diselesaikan segera, kita segerakan, ada juga yang perlu ambil masa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan perubatan kepada penerima di pusat khidmat tersebut di Jalan Seenivasagam di sini hari ini.
Menurut Zambry, apa yang menarik, pusat khidmat dan aduan berkenaan ditadbir oleh bekas-bekas ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) BN dan pertubuhan bukan kerajaan.
Beliau berkata, sejak dibuka sebulan lalu, sebanyak 28 aduan membabitkan pelbagai kes telah diterima dengan enam daripadanya telah berjaya diselesaikan.

Selain bantuan perubatan dan pembedahan jantung, katanya, antara aduan lain ialah bantuan untuk orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, sara hidup keluarga miskin, ketiadaan gelanggang bola keranjang serta aduan terhadap sikap para pemandu lori.
''Kita akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mereka sama ada Melayu, Cina, India atau Sikh," katanya.
Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh datang terus ke pusat khidmat dan aduan tersebut atau menghubungi talian 05-2554916.

2 comments:

en_me said...

salam abang hang nadim itteww..

hang nadim said...

salam saya pung nak jadi jutawang jugak (Ikln powerot)