Tuesday, July 21, 2009

'PANGGILAN' itu

Ketika itu aku masih muda lagi, dan baru bekerja dengan sebuah syarikat Perunding kejuruteraan sebagai pelukis Pelan di Damansara Utama. Ketika itu aku tinggal di sekyen 8 Shah Alam dan dengan menaiki motor kesayangan aku ex5 (yang banyak berjasa) aku berulang alik setiap hari ke sana. Aku ingat lagi no rumah tu, 404 blok 14 sec 8. Ketika itu kami menyewa seramai 4 orang, sewa pun agak murah lagi masa tu disebabkan kami menyewa terus dengan pihak PKNS...aku ingat sewanya dalam rm450 kot sebulan. Jiran sebelah rumah aku budak advance itm aku pun tak ingat nama mereka tetapi kenkadang diorang selalu gak pinjam motor aku masa tuuu...

Pada satu Malam beberapa bulan aku bekerja, sedang aku bergelak ketawa bersama teman serumah, tiba-tiba telepon rumah berbunyi dan kawan aku berkata ada PANGGILAN untuk aku dari Kampung, adik aku yang baru habis espm memberi salam dan tiba-tiba dia berkata ABANG cha dah takdak....aku seperti tak percaya apa dikata, katanya Abang cHa kemalangan dengan Lori dekat Kampung dan Dia meninggalkan kami buat selama-lamanya. Aku tiba-tiba sebak dan tak dapat menahan sedih. Setelah berbincang kawan aku terus menghantar aku ke rumah pak saudara aku di Pandan Jaya, kebetulan Salah seorang Pak saudara seorang Guru Besar berkursus di Genting Highlands, kami semua berkumpul dan bertolok ke kampung malam itu jugak. Dalam perjalanan itu aku seperti tak percaya kerana seminggu sebelum itu aku sempat bercakap dengan aruah di telepon dan menasihati beberapa perkara. Tiba di Kampung kami semua tidak dapat menahan sedih. Sebenarnya Aruah masa tu bertugas sebagai Guru berdekatan di kampung aku, dan menyewa sebuah rumah dekat sekolahnya. Sebelum kejadian dia sempat balik ke rumah dikampung, aku rasa dalam Musim buah inilah dan mengambil buah rambutan dan manggis. Kejadian berlaku ketika aruah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya. Ketika kejadian aruah bersama isteri dan anaknya menaiki motor namun kak ipar dan anak saudara selamat dan hanya luka-luka kecil. Sesungguhnya aku pasti kita semua akan menerima PANGGILAN ITU, cepat atau lambat pasti datang, kita akan menerima PANGGILAN. Aku memohon dan berdoa Semoga roh aruah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. sekian.....asslamulaikum

6 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

~ Ketika itu masih muda lagi??? Sekarang dah tak muda ek.. Hak hak hak.. =p

Sbb tu, sntiasa laa kita brsedia sbb kita tak tau bila panggilan tu akan tiba.. =)

biru said...

alfatihah buat yang telah pergi, semoga roh2 mereka di cucuri rahmat. insyaAllah....

hope hang nadim sihat sentiasa...

terima kasih sudi singgah rumah biru

=)

Anonymous said...

Mudah2x sebelom kita terpanggil,kita semua sempat bertaubat ngan Allah tak kira lah dosa kecil atau besar..Semoga kita semua sentiasa di rahmati oleh Allah swt... :)

Mohamad Faizal Abdul Ralib said...

Yg pergi takkan kembali...

Yg hidup kenalah beramal kepada Allah...

Barulah hidup aman dan damai..

GRuNGe said...

Wuits, berapa kah umur ko skang wuits. Japs, panggilan tu memang semua orang dapat. Ada dua panggilan yang tak dapat kita elakkan.

1. Panggilan Ilahi.

2. Nature Call (Panggilan Alam) - Kena buang yang kecil mahupun yang besar.

hang nadim said...

farhana>Masih tu sebaya dengan farhana la..
biru>hang nadim mengucapkan terima kasih tidak hingga..inyaallah
ava>sesungguhnya dunia ini hanya sementara, semoga kita semua tergolong dlm golongan yg beriman.
mohamad faizal>aman dan damai selalu hendaknya
GRuNGe> Umur aku kat profile tu laa bro...terima kasih Semuanya Assalamualaikum