Friday, August 7, 2009

7 wasiat raja Melayu


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

itulah kata-kata yang diucapkan Oleh Raja Nazrin yang aku petik dalam Utusan Malaysia pada 7.08.09 takde sambungan..See u When I see u .

5 comments:

jasrina rahim said...

RAMD kor yg tertua.. itu yg abah aku banggakan sangat.

hang nadim said...

jasrina rahim>sekarang anaknya telah mengikut jejak Abahnya....Abah mesti bangga dengan anak seperti jasrina. Dah balik KL ker tuu...?

Farhana said...

Hang nadim.. Ape maknenye see u when i see u??? Hak hak hak.. =p

Dah baca gak berita ni kat paper.. Heehee.. =)

Tu jek nak komen.. =p

Cik Skaf said...

Terima kasih atas artikel ini. Tak sempat bca paper.. :). Cikskaf dpt rasa, semangat patriotik hang nadim sgt tinggi.

hang nadim said...

Farhana>dalam maksudnyer tuuu..hehe hang kat melaka ker ada kenduri kot
Cik Skaf>Semangat Patriotik mestilah tinggi aku angin masa MU lawan Malaysia. Apalah org malaysia sokong barisan penjajah, Berapa ramai terkorban dibunuh penjajah ni. Berapa banyak harta tanah melayu dibawa balik ke Sana. Memang aku Geram dekat penjajah....