Thursday, August 27, 2009

Catatan Si Boy


Dari kita dok layan Politik yang tak tau mana yang betul dan kadang-kadang menyakit hati atau dok layan hiburan artis malaysia yang pandai berpura dan melalaikan kita. Baik aku imbaukan kenangan pada zaman ini, Opss rasanya cerita ni berbentuk hiburan jugak ke? entah laah.. Dulu aku suka sangat Majalah ni, namanyer GILA GILA, tak salah aku Majalah ni wujud dalam awal 80 an kot. Semasa zaman aku siri AKU BUDAK MINANG, CATATAN SI BOY memang layan gila aku suka sangat. Siri 'Aku Budak Minang' bercerita Ujang bersama atuknyer membesar bersama, siri 'Catatan SI boy' pulak pun panjang tetapi gambaran yang diberikan amat detail yang diimaginasi Seolah-olah aku pun turut sama berada dalam cerita itu. Ceritanyer tentang siri pengembaraan di Semenanjung dan Sabah Sarawak. Koleksi Ujang yang lain seperti 'ATUK', 'JIBAM' mengambarkan fasa-fasa kehidupan yang lain dari yang lain.

Apabila Majalah UJANG muncul dengan siri Novel dan komik yang luar biasa seperti 'Aku Hidup Dalam Blues' 'Pak cik Din' org gila tuu, 'Bersama Selamanya' dan banyak lagi....ermmmm
akan tetapi aku suka sangat satu siri ni namanyer 'Kartini' yang dikaryakan oleh kartunis bernama 'Tembakau', siri ni pun panjang jugak ceritanya tentang cintanya Kepada gadis yang bernama 'Kartini', dari awal dia bersekolah hinggalah 'Kartini' melanjutkan pelajaran ke menara gading namun cintanya tak kesampaian. Siri ni aku paling suka hinggakan aku Beli semua koleksi yang dihimpunkan kononnya nak diberi kepada seseorang....ish
Selepas kes kartunis Ujang disingkirkan dari Majalah 'UJANG' yang melibatkan kes mahkamah aku pun tak tahu kesudahannya

9 comments:

jijah montel said...

suka sgt dgn kartini.. watak ni pernah jadi idola saya dan kawan2 masa sekolah dulu.. hehheeee..

birU said...

dah lama x rajin beli komek, dedulu beli salina, bujal, huwaaaaaaaaaaaaaa

=)

lanz_evo7 said...

aku layan lg komik ujang..
satu2 nye lawak yg aku ble terima.

hang nadim said...

Cikgu Liza: aku jadi watak Hero laa pulak..hahaa

hang nadim said...

biru: biru ni pandai berpuisi laa, hang nadim dag lama tak beli Komik

lanz_evo7> Majalah tu still nama Ujang, walaupun katunis Ujang dah lama kena singkir. Mesti Novel 'Blues Selama lamanya' kekal lagi..

Cik Skaf said...

salam, dulu Hang Nadim layan gila-gila? huhu.. umur brp nie ek skang? Gila-gila tu popular masa zaman2 budak2 n remaja CikSkaf. Ingatkan Hang Nadim mbesar dgn Ujang/APO?. hehhe..

hang nadim said...

Cik Skaf..espm 1991 berapa gak umur skrang hehehe. Gila- Gila tuu dah penghujung kegemilanganyer ada daa pollow..

asbesstos said...

KARTINI... Legend bro Legend....

hang nadim said...

asbesstos> aku ingat endingnye di Tepi Pantai kata Hero "Kalau Orang Dah tak Sudi Buat lagi lagi Nak Susah payah" dan terus meninggalkan Hartini..opss rasanya la...