Tuesday, August 18, 2009

GERIK akan majulah macam ni


Kejadian Berlaku diLebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli..mau pucat driver mcm ni
NaMpak tAk Gaung tuu..kalau kete menjunam terus tak jumpe..

aku kalau balik gerik pekena roti canai kuah sardin kat sini


Syarikat minyak dan gas tempatan berpotensi mendapat manfaat besar apabila projek Oil Capital bernilai AS$7 bilion (RM23.6 bilion) dimulakan, itulah kata OSK Research dalam nota penyelidikannya pada hari Isnin. Berita ini aku petik dari Bernama bahagian Ekonomi, Jikalau projek raksasa ni terlaksana kemungkinan tempat kelahiran aku Gerik akan mendapat sedikit sebanyak tempiasnya almaklum laa RM23 billion ponya projek, mungkin Kontraktor-kontraktor kecil, industri berkaitan dan penduduk setempat akan mendapat faedah, baik dari segi kerja-kerja huluan dan peluang-peluang pekerjaan


Projek Oil Capital itu yang sebelum ini dikenali sebagai Saluran Paip Rentas Semenanjung melibatkan pembinaan saluran paip sejauh 300 kilometer menghubungkan Yan di Kedah, Grik di Perak ke Tumpat di Kelantan.

Dijangka bermula pada 2011, fasa pertama akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan manakala fasa kedua selama dua tahun.

Daripada jumlah RM23.6 bilion perbelanjaan modal itu, RM10 bilion adalah bagi fasa pertama, RM12 bilion bagi fasa kedua dan RM1.6 bilion bagi prasarana pasaran.

OSK berkata perjanjian pemegangan saham sepatutnya dimeterai antara Assay Petroleum Sdn Bhd dengan China Oceanwide Holdings Group Co Ltd (COHG) yang tersenarai di Shanghai pada Jumaat lepas tetapi ditangguhkan pada akhir bulan depan.

Projek Oil Capital itu dikatakan akan dikendalikan oleh Assay manakala perbelanjaan awal RM4 bilion dibiayai oleh COHG sebagai modal awal untuk memulakan projek tersebut. (KALAU NAK DETAIL lagi klik!

"Meskipun sebelum ini kami menyebut bahawa sebarang perbelanjaan permodalan baharu tambahan dalam industri minyak dan gas akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi peserta tempatan kita, kami mengekalkan pendirian neutral kami bagi projek ini sehingga kontrak sebenar diberikan," kata OSK.

10 comments:

lad said...

link kan ke blog aku jugak

birU said...

salam hang nadim..

i pernah gak terlibat dgn bidang2 kontraktor macam2 kelas nih. apa lgi kelas f, c dll.
gomen mmg terbuka untuk melayu tapi banyak yg hanya jadi org tengah. dapat persen kat situ, dengan kurangnya ilmu dll.
tapi ada juga yg memang hebat dan mmg bidang dan ilmu dia.
tapi yg mcm ni kita patut ketengahkan, bukan guna kuasa or main politik. kat sinilah pincangnya ahli2 perniagaan melayu kita. kerana duit, kita jadi tak maju dan lemah.

macam2 adooo

thanx singgah dan beri komen rumah biru =)

hang nadim said...

biru> aku sokong kata-kata biru, sebenarnya begini ramai kalangan melayu dan berkobolehan, tetapi kenkadang sikap orang diatas(AHLI POLITIK) yang selalu menggunakan kuasa mereka untuk kalangan penyokong mereka telah menyebabkan Orang melayu yang berkobolehan dan boleh membuat kerja dipinggirkan. Kalau tak percaya cuba lihat pojek besar yang dianugerahkan kpd kelompok tertentu cth(MATRADE 14 thn baru siap) kemudiaan terbengkalai....ok ok ..pjg pulak

hang nadim said...

lad> tak lama lagi hang balik malaysia lah yerr, semoga berjaya ok nanti aku link kan

en_me said...

dah sampai pulau banding gerk jerrr.. salam awal ramadhan abang ittewww

Cik Skaf said...

salam. sedapnya roti canai cecah kuah sardin.... huhu..ingat mkn aje.

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

hang nadim said...

en_me> Dekat pulau Banding tuu...Seladang pung ada Oooo, en_me ni pandai cakap cina ker?


Cik Skaf>roti canai kuah sardin jarang jumper tau, mesti Cik Skaf suka makan sardin..pe pe pun Selamat Berpuasa..

PakKaramu> Salam disambut terima kasih buat PakKaramu

Azlin 773 said...

Hai ..Hang Nadim...nice lah entry ni...suke ah tengok gambar gajah tu..

saya nak copy kat blog saya yek..boleh ah...K. TQ ..minta izin ni.

Restoran Thaibah rupanya awak suka makan..
selalu kitaorang beli kat restoran Riaz atau sebelah tabung haji..

bila balik gerik dan tangkap gambar ??

anyway ...
selamat menjalani ibadah puasa ...
Selamat Menyambut Ramadhan ....

hang nadim said...

Azleena> Salam buat cikgu di Gerik, Ooo gambar tuu ambik dlm blog Org ler hehe, kalau balik Gerik Riaz dengan Thaibah jer tempat melepak..Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat azleena dan keluarga