Wednesday, August 5, 2009

1001 Macam Cara Menguji CinTa


Alhamdulillah...
Makan pagi dengan Tengahari nii...JOm makan

LELAKI memiliki 1001 macam cara untuk menguji cinta orang yang disayanginya. Cara menguji itu melalui pelbagai helah, taktik dan teknik sehingga kadangkala sukar mahu membezakan sama ada ia satu 'ujian' atau sebaliknya.
Sebagai kekasih, wanita mungkin berasa sudah memperlakukan segalanya buat jejaka yang disayangi. Namun, pernahkah bertanya pada diri, mungkinkah si dia terpesona pada anda setulus hati?

Bagi sebahagian lelaki, itu belum cukup untuk membuatnya tekad memilih anda menjadi suri hidupnya.
Di saat hubungan dengan si dia bermasalah, tiba-tiba anda dihubungi seseorang yang meluahkan rasa hatinya pada anda. Bagaimana agaknya penerimaan diri sedangkan anda sedia maklum si penggoda baru itu teman baik kekasih anda
Hati tertanya-tanya, bala apa yang menanti sedangkan lelaki itu tahu anda sudah lama berpasangan dengan rakan baiknya..............Setelah lama berhubungan lalu berderai cerita sebenar - si dia sengaja memperalatkan rakan karibnya untuk menguji cinta anda.

Sebenarnya, bermacam-macam cara kekasih menguji pasangannya. Berikut mungkin sebahagian cara anda diuji dan berhati-hati kerana sebahagian golongan Adam punya 'permainan' tersendiri.

Fakta berikut mungkin boleh dijadikan panduan penting untuk anda:

•Materialistik

Untuk mengetahui anda materialistik atau sebaliknya, lelaki akan menguji dengan memberi anda hadiah murah atau mengajak makan di gerai biasa, bukan di restoran eksklusif. Ia sekadar untuk melihat sejauh mana penerimaan anda.

•Menguji tahap cemburu

Lelaki selalu ingin tahu pasangannya jenis kuat cemburu atau sebaliknya. Dia akan menguji dengan cara mengenalkan anda pada teman perempuannya. Jika reaksi anda biasa saja, mungkin anda lulus ujiannya.

•Telefon perempuan lain di depan anda

Reaksi anda tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar dan ia memberikan reputasi yang anda lulus ujian itu. Sebaliknya, jika anda marah dan mengatakan tidak suka dia menelefon perempuan lain apatah lagi menunjukkan sikap melampau, mungkin anda gagal melepasi tahap itu.

•Hubungan dengan bekas kekasih

Keinginannya untuk mengetahui perasaan hati anda dengan kekasih lama, memang cukup tinggi. Justeru, berhati-hati jika dia memperli atau mengungkit cerita lama sekadar menguji ketahanan anda. Jangan cepat melenting.

•Mengukur tahap kesetiaan

Dia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Anda pula kerap menghubunginya dan tidak keluar dengan lelaki lain selama dia ke luar daerah. Dia pula akan menguji dengan pelbagai cara, antaranya meminta bantuan rakan untuk menggoda anda. Untuk itu, berhati-hati dengan permainan ini, takut anda terjebak dengan rakan baiknya sendiri.

•Tahap keegoan

Mereka menghindari hubungan dengan perempuan ego yang sering ingin menang dalam apa saja perkara. Si lelaki pula akan menguji keegoan ini dengan mengajak ke tempat yang anda tidak suka dan anda harus menunjukkan nilai diri sejujurnya.

•Alasan anda menyukainya

Dia ingin tahu apa tujuan anda menjalin hubungan dengannya. Adakah kerana harta benda, paras rupa atau kebaikan?

12 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Uji menguji mcm dalam exam plak.. Kah kah kah.. Ape perlu mnguji kalau hati sudah cinta, sudah sayang, sudah yakin.. Hurrmmm.. Slalunya kalau org yg mnguji ni dia tak yakin ngan cinta dan pasangan dia.. Huhu.. Ini adalah pndangan pribadi semata.. Kalau bofren daku wat macam tu, mmg siap ku reject tros.. Heehee.. =)

Cik Skaf said...

Elehhh.. nak menguji2 pulak. :p

gjiEsaLim said...

aii,penting ke ujian ni??
tu seme atas psangan masing2 la..
ade je jenis sorang setia,sorang curang,
tp sbb syg,peluang byk kali pon xpe..

hang nadim said...

Cik Skaf>nanti tak teruji la pulak, tapi skrang ni bebudak mintak ujian diluar batasan kalau tak percaya tanya si asbesstos
gjiEsaLim>Ramai macam tu kan...kalau dah Sayang

hang nadim said...

Farhana>Dr. Farhana Kalau dah sayang tua 10 pun takpe kan..Ohh Hang Nadim sedia menjadi bahan sebarang ujian..

auM Chak @ eiMyLiciOus said...

aum chak bukan terpikat dgn posting 100 cara ke ape uji2 tue...sbb dah baca kat metro kan td....

tp wowwwwwwwwwwwwwwwwwwww makan sorang2 naaaaa
ptt la aum chak tunggu td tak muncul2...

heeeeeeeeee........mkn kat opish lak tue....
:P :p :p :p

hang nadim said...

Ohhhh hang tunggu kat mana? Aku tunggu dekat kg abdullah hukum tadi hehe..Mengantuk la pulak...

Cik Skaf said...

ok nak respn sikit pasal "menguji" kononnya tu, boleh tak? (3 aje, yg lain biarlah org lain smbung)
materialistik - klau pmpuan x mau makan kat gerai, itu tanda dia materialistik ke? Ppuan tak kisahlah, mkn kat manapun asal dgn bf dia, kalau kata dia tak nak tu, mgkin sbb gerai tu nampak kotor, atau ramai lelaki2 duk kumpul, dia rasa segan masuk berdua2an ngan bf. sama juga x nak minum air tepi jalan, sbb kurg kebersihan.
tahap cemburu - lahai, kalau setakat diperkenalkan sbg kawan opis ke apa , takde gf yg cemburu lah, yg ppuan cemburu bila bf tu siap nampak mcm nak m'nggatal dgn ppuan tu. (kang kalau tak cemburu, kata tak sayang pulak)
Telefon perempuan lain - eleh! nak uji2 pulak camtu. Bila gf jeles, tak lulus ujian lah ek? amboiiii..! okey try bagi gf call lelaki2 lain,kawn ofis, kwn chat, kwn skolah, berbual2 manja sambil ketawa mengekek2 ..tgk muka dia mcm mana?..jeles ke tak? sakit hati ke tak? huhhu.. pandaiii.. nak menguji2 gf konon.. nyampes.! :P

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Kenape komen saye last baru balas? Tak aci tau pakcik hang nadim ni.. Pilih kekasih.. Uwaaa... =(

Hahaha.. Siapakah yg beza 10 tahun tu yek??? Hoho.. Hang nadim betul ke boleh terima sebarang ujian? Tak kot.. Hang tuah je rasanya boleh.. Tak pun hang tu.. Hik hik.. =p

hang nadim said...

Cik Skaf>Bawak kat uptown hawkers pun kira okeylah yerr..sesekali bole la pekena Tomyam kat Ayuthia ke. Cik Skaf mahu perang besar kalau lagu tuu kan....

Farhana>Hang Nadim dah banyak terima ujian, komen untuk Dr.Farhana dibaca berkali-kali....jap nak baca lagi.

Anonymous said...

huhuu..sedap nampak makanan tu lapar la..

hang nadim said...

Ava> ava nun jauh disana..kalau hantar POS takleh...kat malaysia nii makanan macam-macam ada