Tuesday, August 4, 2009

Menu Laksa Johor


Lapar La Pulak tulis menu ni..gambar cilok
kalau nak cuba resepi Laksa Johor ni aku karang lebih kurang. Walaupun aku bukan Orang Johor tapi aku agak pandai membuat Laksa Johor, Kalau tak paham sila tanya aku yerr. bahan-bahan agak banyak dan renyah tapi aku akan detailkan dan secara paling senang kalau nak belajar klik sini BAHAN: Spageeti(sepeket dlm 6 org boleh makan) planta, BAHAN UNTUK MEMASAK: Bawang besar(blender). bawang putih(blender). halia. cili kering (blender). serai(blender). lengkuas(blender). udang kering(sikit).udang geragau. rempah kari ikan. Kerisik. santan. ikan kembung(Nak mahal ikan tenggiri). BAHAN SAYUR: Timun. cili merah. daun kesum. limau kasturi. Taugeh.. salad

MULA-mula Rebukan ikan dahulu, ambik isi blenderkan. Kalau nak Blender semua pun boleh tapi nati ada yang termakan tulang pulak. Simpan air rebusan kejap lagi nak campur dalam kuah.....

CARA MEMASAK: Pasaskan sikit sahaja minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah diblender..kemudian masukkan Cili kering(Cili giling ke). Biar seketika masukkan Rempah Kari Ikan gaul lebih kurang. Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi..bila dah mendidih masukkan Santan, perhatian kuah laksa JOhor mesti pekat baru mantap masukkan garam secukup rasa.. gula ..pak Aji dan beberapa keping asam Gelugor( asam keping la). Kuah dah siap...

KEMUDIAN: Panaskan Air dan rebus Spanggeti tadi dalam 10 minit angkat kemudian gaulkan dengan Planta tadi.. kalau rajin boleh la ikat sejemput sejemput

Blender cili merah untuk dijadikan sambal bersama kuah nanti... potong timun Bulat-bulat buang kulitnyerrr dan Buat macam RING ONION, potong daun kesum halus-halus, potong limau kasturi. Taugeh( BASUH SAHAJA). Salad potong halus halus

Kemudian Ambik mangkuk masukkan Spaggeti letak taugeh diatas. KEmudian curah kuah Laksa tadi tabur pulak dengan Timun ring, onion daun kesum. Perah limau di Atas kuah tadi..Selamat Menjamu Selera..

7 comments:

GRuNGe said...

Adeh, apasal malam ni aku jenjalan blog banyak gambar makanan. Hari dimana aku diet tak makan malam pulak tu.

Btw, pada aku, rahsia laksa yang best terletak pada kuahnya. Sampai jilat pinggan tu kalau kuah best.

P/S: Aksi menjilat pinggan hanya boleh dilakukan di rumah. Dilarang melakukan aksi ini di gerai2 tumpuan ramai kerana ianya mungkin akan jadi ikutan.

jasrina rahim said...

omg! kau pandai masak laksa johor??

aku suka makan jugak tapi tak pernah try masak laksa johor. mungkin boleh cuba nnt..

Farhana said...

Halamak.. Saya orang johor.. Tetapi.. Tidak suke pulak pada laksa johor.. Huhu.. Hang nadim pandai masak mee rebus johor??? Haaa.. Yang itu farhana suka.. Sampai tahap menjilat pinggan ataupun mungkin boleh menggigit pinggan.. Hahaha.. =p

Sonang laa orang nak msuk minang.. Pndai masak ropenye.. Heehee.. =p

hang nadim said...

Grunge>Laksa Johor ni kalau yang tak biasa makan pun boleh jatuh cinta....
Jasrina Rahim>Adik aida rahim ker ni...hehehe nati nak try habaq mai
Farhana> Dr farhana per org johor tak padai makan laksa Johor.. Mee Rebus cara Hang Nadim buleh tak?

Cik Skaf said...

huhu.. kenapa tiba2 bagi resepi pulak nie.. tapi best lah...! thanx resepi tu, mcm ada kaedah lain skit yg biasa sy buat. Tapi okey lah, tambah2 ilmu. saya ni org johor yg gilakan laksa johor.

asbesstos said...

bro..saya org johor.. Laksa johor the bestt.. pekat.. berempah and menusuk tekak.. hehehehehe.... nyum nyum ......

hang nadim said...

cik Skaf>Sesekali nak berkongsi resepi nanti lupo polak cara nak buatnya. Memang la caranye lain sebab orang Perak yang buat hehe.
asbesstos>Pedas itu yang sedap tu tabur skit daun kesum dgn daun selasih