Sunday, September 6, 2009

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan


Satu hari kamu terpikir untuk memulakan perniagaan sendiri. Kamu sedar KEPAKARAN kamu dan hubungan erat kamu dengan kelompok tertentu yang boleh menyokong kamu, begitu juga saudara terdekat dan rakan karib memberi sokongan padu. Lantas kamu tekad meninggalkan pekerjaan kamu dengan skim VSS atau berhenti sebagai seorang gentlemen(kalau pompuan nak sebut pe pulak ni)..

KAMU tekad memulakan perniagaan sendiri (tapi aku tak tahulah apa jenis-jenis perniagaan kamu tu nati)....Langkah pertama tubuhkan sebuah Syarikat, samada sebagai 'Pemilik tunggal' 'perkongsian' ataupun Syarikat Sendirian Berhad(proses rumit skit) tapi kalau perniagaan kecil-kecilan eloklah tubuh 'Pemilikan Tunggal' sahaja.

Senang sahaja caranya kamu boleh pergi ke Suruhanjaya Syarikat SSM dengan harga RM70 kamu telah mempunyai Syarikat sendiri, kalau kamu malas, kamu boleh menggunakan 'orang tengah' harga lebih kurang RM160. SSM menyedikan portal untuk kamu memilih dahulu nama yang belum digunakan, bila sampai di SSM tuliskan 3 nama yang berlainan yang kamu rasa boleh memberi Tuah kepada kamu.
Diborang tersebut kamu dikehendaki menulis apakah jenis perniagaan kamu , CONTOH

1)Membekal peralatan Perabot jalan
2)Membekal peralatan makmal
3)Membekal Makanan Basah dan kering
Kemudian pergi ke Bank, bukak sebuah akaun semasa (buku cek), kamu memerlukan rm1000 untuk membuka akaun ni, kadang-kadang BANK perlukan Introducer untuk proses ini.

Jikalau kamu ingin menjadi pembekal kepada Kerajaan atau Badan-badan yang berkaitan. Kamu perlukan Sijil Kewangan atau dipanggil 'KEPALA'.
Pihak Kementerian Kewangan menyediakan portal untuk kamu mengisi segala butir peribadi diatas borang yang disediakan.
Setelah lengkap bawa segala sijil berkaitan yang diminta, terus ke Kementerian Kewangan di Putrajaya. Sila berikan ID kamu di sana, anda boleh menambah 'KEPADA' kewangan dalam bidang lain setelah beberapa bulan. Setelah bayaran dibuat Pihak Kementerian akan menghantar Sijil berkenaan dialamat yag diberikan.

Sebenarnya banyak Badan yang boleh memberikan Pinjaman jikalau segala syarat yag dikehendaki lengkap, kamu tidak harus menyalahkan kerajaan disebabkan Bumiputera banyak diberikan kelebihan. Peluang harus direbut dan bukannya datang bergolek.
Apabila kamu memilih pernigaan sendiri barulah kamu akan merasai betapa susahnya, bertukus lumus memajukan perniagaan nanti. Apabila perniagaan berjaya kamu akan merasai HASIL Nya nanti, inyaallah. Gagal dan Berjaya perkara biasa ..aku pernah mengalami pengalaman begini.

6 comments:

Cik Skaf said...

salam Hang Nadim. wah baguslah ada entri mcm nie. :) (boleh jadi kesinambungan entri saya dahulu). Tapi sy fikir entri ini lebih fokus kepada "Bagaimana utk Mendaftar Perniagaan Anda" kan?. Moga leh jadi panduan awal kepada yg nak membuka perniagaan.

hang nadim said...

Cik Skaf> Saya memang diberi anugerah dalam bab Kesinanbungan ni, semoga pembaca akan mendapat panduan serba sedikit.. terima kasih..

Dida... said...

Salam Hang Nadim,

Terima kasih krn sudi singgah di blog saya & tinggalkan komen ringkas di blog saya.... :)

Saya pn bercita2 nak buka bisnes sendiri bila dah selesai contract keje hbnd dkt Arab nnti..n sekembalinya dari sini ke Malaysia.. tp masih belum ada idea nk bisnes apa... pengalaman tolong bisnes org lain tu ada laa..

lanz_evo7 said...

slmt memilih perniagaan yg menguntung kn..
smoge sucess!!bro..

asbesstos said...

herm... someday..aku memang akan buat sebuah perniagaan design & printing aku sendiri..mmg aku teringin sangat..huhuhu.. yela.. kerja bawah org memang tak berbaloi..

neway bro..tengs...sangat membantu

hang nadim said...

Dida> terima kasih memberi komen, semoga cita-cita Dida trlaksana, Sekarang ramai menggunakan Blog sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan, jual kurma ke..

Lanz_evo9> Lan nak bukak Bisnis Apo, jual barang spare part kereta POtong...masyuk ooOo

asbesstos> Aku rasa ko memang berbakat dalam bab design ni, ambik pengalaman banyak-banyak dulu dan bina hubungan dengan player-player ni..selamat berjaya.