Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Tuesday, September 1, 2009
Belajar Memasak Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah
salam tuan tuan dan puan, hari ni aku nak kongsikan cara membuat NASI TOMATO dan AYAM MASAK MERAH, bersempena dengan Bulan Ramadhan ni mungkin ada yang ingin mencuba RESEPI ini...
RESEPI NASI NASI TOMATO: bahan-bahan beras Wangi, Susu cair, bawang besar,halia, bawang putih, minyak, planta dan sedikit (minyak sapi) tk letak pun takper, kayu manis dan bunga cengkih.
cara memasaknya: Panaskan minyak tumiskan sedikit bawang, halia yang dihiris(agak-agak je)..kemudian tumiskan lagi bawang, halia, bawang putih yg diblender(agak-agak jer), masukkan air mengikut beras nisbah 1:1.5(termasuklah susu cair)..kemudian masukkan susu cair dan Tomoto Puree dlm tin, kacau lebih kurang.. masukkan Garam(garam memainkan peranan penting kalau nasi tawar tak mantap la) dan Perasa(pati ayam ke) masukkan beras Wangi tadi kacau biar beras dan tomoto puree bercampur gaul tutup rapat(kalau boleh letak kain jangan biar wap keluar). Bila tercetusnya wap dicelah periuk tu dah masak laa Nasi Tomato itewww..
Note: Boleh jugak menggunakan Basmathi, untuk memantapkan lagi bancuh sedikit Bisto(YG hanya terdpt di Gold Storage) masukkan dalam beras yg sedang ditanak, Bahan ini akan Mengembangkan Nasi atau menjadi..sebiji-sebiji...
RESEPI AYAM MASAK MERAH: Bahan-bahannya Seekor Ayam, Minyak, bawang besar, bawang putih, halia, Cili kering(cili Giling la senang), tomato Puree, Sos Cili kimball untuk memantapkan rasa dan kepekatan dan warna..
Panaskan minyak..tumiskan Bawang besar,halia, bawang putih/campak kayu manis/bunga cengkih sikit..masukkan cili giling(atau cili kering yg diblender) masukkan sikit Tomoto puree( Sikit shj kalau byk nanti MASAM). Bila kuah mendidih masukkan garam(sedikit sbb Ayam telah digaramkan), gula secukup rasa..Masukkan SOS kimbal utk memekatkan kuah. Pastikan Sambal betul Masak(bila pecah minyak) Akhir sekali Masukkan Ayam yang telah digoreng Separuh masak gaulkan bersama kuah....Sekarang siap di hidangkan...Saudari boleh menghiaskan Resepi ini dengan bawang goreng dan sebagainya...jikalau ada kemuskilan sila tanya pada Tuan Ponya Blog ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
satu soalan. sedap ke??
lagi satu soalan. nk buat acar nye? mcmne??
kepak ayam tu... ;p~~
oii..sedapnya.petang nanti mau cari nasi tomato la utk bebuka.
nak cari kat mana nih...adui
x sangka pandai masak..
nampak sedap...
Salam Ramadhan Hang Nadim, membalas kunjungan anda ke sini.
nanti weekend ni maksu nak terai ler
huii..sedap ke hang buat.suke masak eh.aku pun suke gak,msak mee grg.. :)
salam hang nadim,
biru, dlm banyak2 nasi minyak, beriani, nasi ayam ke, nasi tomato yg paling senang bagi biru. ringkas jerk, dan ayam masak merah juga paling mudah kan kan,
cuma sedap dgn x jerk, ekekkek
thans singgah umah biru,
kad rayamu x sempat dipos lagi, bz sangat kat opis nih. kalo sempat, i pos..
tunggu!!!
lagu kat blog i untuk u, hehhehe
=)
terer hang masak na...bagus2...hehe
hehhehehe.. best!!.. aku dah kopipes dah.... TQ!!!
h.a.ze.r.i.n: Sedapler kalau kena caranyer(selawat dulu), acar tu dinamakan jelatah..Nenas/timun/karat/bawang besar cili merah...Potong bahan ni gaulkan campurkan gula dan garam(sedikit cuka makan) kalau tak suka CUKA gantikan dgn SUnquik atau Sos CIli.
Jasrina: Ohhh Puan Jas suka kepak yer...
AjuE> dah lama tk masak Menu ni. Semua Pasar ramadhan ada jual Nasi Tomato ni...dekat Taman Tun Rm5.oo
Ella> boleh ler sikit-sikit/ Diposting yg lalu ada saya tulis RESEPI NASI ALOHA
MARIA> terima kasih sudi ke Kampung saya...
Mak Su> Boleh bukak Posa Umah Mak Su minggu ni/ Note: beras wangi + Air + Susu kena betul diSukat kalau lerlebih Air Lembik NASI Nati..
Biru> Jangan lupa Pos kad raya nanti nak balas ni/ Senang je kan...Kalau Biru nak resepi Nasi ALOHA ada kat Posting..
Lanz_Evo9> hahha aku advance sikit nick ko, aku dulu ada bisnis katering..oh panjang cerite
POSH76> posh hari ni masak pe/ Nak Kirim Ke..
cikgu liza> resepi ini aku buat atas permintaan cikgu le, kalau tak paham sila kemukan soalan./ saya cuba beri jawapan yg detail..
Hang nadim.. Nasi minyak pula bila ye boleh dapat resepinya??? Heehee.. (ayat ada makna ni hang nadim.. jawab jgn tak jawab.. kah kah kah..)
Farhana> Nasi Minyak ni pelik sikit lain Negeri lain Resepinyer, Ohh inyaallah..
wah nasi tomato... penambah bau bolehlah masukkan daun pandan....wangii
Post a Comment