Thursday, January 21, 2010

"Maafkan Natrah....."Begitulah Tajuk Surat ini


Salam..aku baca cerita ni dalam akhbar mingguan malaysia bulan lepas, bila aku baca rasa touching laa pulak, cerita seseorang yang menamakan dirinyer sebagai Natrah yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnyer. Aku rasa cerita ni mungkin dapat menyentuh hati kita semua betapa besarnyerr kebesaran YAng Maha Esa. Semoga cerita ni akan menjadi teladan untuk kita semua. kisah begini.. Maafkan Natrah, Ina dan Aida...itulah tajuk cerita ini.
...."Pada 14 tahun yang lalu, saya dalah penuntut IPTA di selatan tanah air.

Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.

Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.

Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.

Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.

Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.

Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.

Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.

Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.

Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.

Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.

Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. "

Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak.

Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.


Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu.

Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.

Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.

Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling.

MAAFKAN NATRAH (NED)."

NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur

Begitulah cerita dari Natrah.. Memang sedihkan... So kita salinglah memperingati diri kita serta orang sekeliling kita ttg semua ini... Jadikanlah cerita ini sebagai ikhtibar..


Monday, January 18, 2010

Kecurian Skrap atau Getah beku kembali Berleluasa

Aku sekarang ni dah hampir seminggu melepak kat kampung, disebabkan dok kat KL pun hanya menghabiskan duit, baik aku balik kampung sekejap. Tapi kalau ada panggilan tel.terpaksa laa aku bergegas segera kr Kolumpo. Aku sekarang ni kalau travel jauh-jauh dah tak menjadi hal, cuma kalau memandu petang-petang tuu aku Kalah, pulak lepas makan Nasi tengahari. Masa tu pulak panas terik, accond kuat Gilerr...memang mengantuk tahap maksima. Pada satu hari tuuu, aku rasa memang mengantuk sungguh. Aku dok cari tempat REhat tak sampai2, satu ketika tuu... Aku terlelap 30 saat...... Aku Mengucap panjang lepas tuu, mujurlah keta tak ade kat sebelah, tapi lepas tuu segar la pulak. Kalau memandu waktu malam aku takder masalah dari KL sampai ke perlis tanpa berhenti pun aku boleh tahan. Lain kali kalau drive tengahari sorang-sorang ni kena pasang CD kuat-kuat tak leh dengar lagu-lagu mendayu ni...bahaya sungguh.
Berbalik tajuk aku tuu, Sekarang ni harga getah kembali melambung bayangkanlah Seguni boleh dapat hampir RM200. Semalam aku tanya haraga 1kg ialah RM5.80. memang mahal tuuu sebab dulu masa murah hanya RM0.92 untuk 1kg. Aku rasa kalau pembaca dari Kampung paham laa, kalau orang Bandar haram tak paham apa yang aku tulis ni. Akan tetapi dekat kampung ni sekarang dah tak macam dulu, ramai sangat penagih-penagih tegar. Dalam situasi macam ni diorang ni akan mencuri laa getah beku ni kat Kebun-kebun orang kampung. Aku rasa tak lama lagi ada yang kena tembak....

Wednesday, January 13, 2010

Macam-macam Berlaku Semenjak Dua Menjak ni

Aku pun tak tahu macamana nak mulakan...Semenjak dua menjak ni macam-macam perkembangan berlaku dalam Negara dan luar. Dari perkembangan Parlimen yang nyaris-nyaris Kerajaan digulingkan, akibat kehadiran ahli parlimen tak cukup korum yang mungkin rasa(sibuk kawin lain, sibuk nak bercuti). Ermmmm gadis idaman Melaya yang dah putus cinta scha al-yahya dan sekarang kapel pulak dengan aku ish ish ...susah pulak nak eja namer nii...hehehe alamak perr lagi aku nak tulis niii takda idea laaaa....bagi idea sikit. Macam biasa awal tahun ni semua projek belum berjalan lagi, jadi dapatlah melepak secukup-cukupnyer setelah bekerja keras selama beberapa bulan. ermmmm tapi boring gak kalau asyik melepak ni, lain laaa kalau ader duit yang banyak apa sahaja boleh buat, pergi sana pergi sini. Beli tuuu beli ni.
Ooooooo Minggu lepas aku berkesempatan pergi Ke IBu Pejabat JKR di MId Valley tu, mujur laa hari tak berapa sibuk, aku kalau pergi sini memang sakit kepala nak cari Parking, tension betul...nak jumpa orang sekejap sahaja. SEmasa aku turun kat bawah tuu, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki.. DAtuk K dengan hulubalang-hulubalangnyer.
WEiii Orang tua ni Memang Hemsem laa, nampak karisma dia tuuu...tapi aku rasa aku pun akan jadi hemsem macam dia kalau ditempat dia...betul tak ? selepas aku bersembang dengan budak-budak depan tuu, rupa-rupanya pejabatnyer kat depan tuu...oooo...OK laaa

Saturday, January 2, 2010

aku kembali ke Persada Blogger

salam kepada semua...peminat-peminat diluar sana, saya akan kembali menulis tidak lama lagi, terima kasih kepada semua... heheheh nati saya sambung yerrr