Monday, January 18, 2010

Kecurian Skrap atau Getah beku kembali Berleluasa

Aku sekarang ni dah hampir seminggu melepak kat kampung, disebabkan dok kat KL pun hanya menghabiskan duit, baik aku balik kampung sekejap. Tapi kalau ada panggilan tel.terpaksa laa aku bergegas segera kr Kolumpo. Aku sekarang ni kalau travel jauh-jauh dah tak menjadi hal, cuma kalau memandu petang-petang tuu aku Kalah, pulak lepas makan Nasi tengahari. Masa tu pulak panas terik, accond kuat Gilerr...memang mengantuk tahap maksima. Pada satu hari tuuu, aku rasa memang mengantuk sungguh. Aku dok cari tempat REhat tak sampai2, satu ketika tuu... Aku terlelap 30 saat...... Aku Mengucap panjang lepas tuu, mujurlah keta tak ade kat sebelah, tapi lepas tuu segar la pulak. Kalau memandu waktu malam aku takder masalah dari KL sampai ke perlis tanpa berhenti pun aku boleh tahan. Lain kali kalau drive tengahari sorang-sorang ni kena pasang CD kuat-kuat tak leh dengar lagu-lagu mendayu ni...bahaya sungguh.
Berbalik tajuk aku tuu, Sekarang ni harga getah kembali melambung bayangkanlah Seguni boleh dapat hampir RM200. Semalam aku tanya haraga 1kg ialah RM5.80. memang mahal tuuu sebab dulu masa murah hanya RM0.92 untuk 1kg. Aku rasa kalau pembaca dari Kampung paham laa, kalau orang Bandar haram tak paham apa yang aku tulis ni. Akan tetapi dekat kampung ni sekarang dah tak macam dulu, ramai sangat penagih-penagih tegar. Dalam situasi macam ni diorang ni akan mencuri laa getah beku ni kat Kebun-kebun orang kampung. Aku rasa tak lama lagi ada yang kena tembak....

5 comments:

masMZ said...

bila nak balik nih Hang Nadim??

cik jijah said...

gila mahal getah sekarang... kalau buat betul2 and tadek orang kacau.. mesti boleh hidup selesa..

HJCHOT said...

leh pakai toyota estima

hang nadim said...

masMz> saya dah kembali kat kL ni, ingat bulan ni 3 kali balik kampung...ermm bila nak Joging kat Tasik Perdana.

Cik Jijah> memeng mahal, sapa ada kebun Getah dalam 20ekar tuu selamba jer sehari bole dapat rm2...3 ribu sehari..mau tak mengung.

HJchot> salamualaikum...Saya nak Toyota MARK X...

masMZ said...

Dah balek?! Maner pekasam nih?

Baru je balik dari area Tasik Perdana tu, tapi bukan jogging. Masuk Muzium Kesenian Islam tengok pameran perjalanan haji sepanjang zaman :) Nak jogging kat sana ke? He.. Ahad pagi kosong lagi.. [uii mak aiii jauhnya nak berjogging nak kena masuk pekan kolumpo tu, ermmm]