Monday, February 22, 2010

Cukupkan tidurmu, peliharalah hatimu

JAngan Sesekali tido camnii...

Seorang Doktor berkata rancang tidur dengan baik supaya tidak terjaga waktu yang pelik.... Maknanya untuk tidur malam, usah tertidur. Jangan baca buku dan terlena tanpa persediaan untuk tidur. Kalau hendak tidur, biar betul-betul bersiap sedia dan tidur hingga ke subuh, dan bangun dengan segar....Doktor yang memetik kata-kata daripada pakar pemakanan itu menyebut bahawa seseorang seharusnya tidur jangan lewat pukul 11 malam. Ini kerana dari pukul 11 malam hingga 3 pagi, badan seseorang sedang membuang racun daripada hati. Sementara dari jam 3 pagi hingga 6 pagi, badan seseorang membuang pula racun daripada buah pinggang.

Sebab itu, seseorang wajar tidur dari pukul 11 malam hingga 6 pagi supaya segala keracunan dalam hati dan buah pinggang dapat dibuang dengan sempurna....
Tidaklah diketahui sama ada kata-kata doktor ini benar kerana penulis pun tidak sempat untuk bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Ia kerana doktor yang menegur penulis ini adalah seorang doktor falsafah dan bukannya doktor perubatan.

3 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

salam Hang Nadim...
Amboih aihhhh cam chipsmore... kejap ada kejap hilang... tapi lagi lama ilang dari timbul kot!

hang nadim said...

masMZ> salam...mas saya masuk pulau laa sebulan, bos hantar...nanti text laa kat hp tuu

masMZ KaKiJaLaN said...

????
Leh find friend ke??