Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Monday, May 10, 2010
Adegan Kejar Mengejar Dengan Budak Kelantan
Sebenarnyer adegan ni tak laa macam cerita James BOND tu, Tapi bila aku ingat menda ni lucu jugak, kejadian berlaku awal tahun hari tuu kot dalam tengah malam. Aku ni kalau balik kg suka malam2 cepat sampai sikit Hiway pun tak berapa sibuk. Tiba-tiba agak-agak dah nak sampai pun dekat kampung aku tuu berhampiran Lenggong. Semasa aku tengah melayan perasaan sorang-sorang siaran radio pun dah putus-putus, entah dari mana aku pun tak pasan tak silap aku ada dua buah kereta melulu masuk dan terus cucuk dari belakang, aku ni pantang sikit pemandu jenis macam ni, lepas tuu tak sabar-sabar nak potong padahal ada kenderaan tengah datang dari depan, Ni confirm budak kelantan ni nak balik kampung(dlm kepala aku.... memang btl la nampak ada stiker negeri depa lepas potong) Untuk pengetahuan semua, jalan Gerik nii memang laaa menjadi laluan alternatif bagi mereka pulang ke Kelantan bila hari Raya Puasa atau Raya Haji. Keadaan macam ni menyebabkan abang pun dah panas, selepas jer melalu jalan DALAM GAMBAR NI, aku beri diorang potong dulu... lepas tuuu aku ikut rapat-rapat tapi aku tak potong, walaupun aku pun bukannyer berani sangat, aku acah jer mmg selalu aku kt KL ni, aku tengok kereta diorang pun kereta standard jer takder turbo-turbo pun, aku ni kalau sampai satu tahap jadi panas mengung gak hehehe, so adegan kejar cucuk mencucuk ni pun berakhir laa bila sampai kat kampung aku, aku tengok Kereta depan pun dan panas sebab aku nampak dia main break..dok tekan-tekan break, dia tak aku dah hafal semua corner kat Jalan Ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wahhhhh.. Potong potong.. Huhu.. Bahaya tu.. Sabar ye hang nadim.. Heehee.. :)
P/S: Dtang berkunjung ni. Heee..
DR.farhana saya pulak cucuk diorang lepas tuu kasi diorang panas pulak, Dr bertugas dekat mana ner sekarang?
Post a Comment